Tuesday, December 23, 2008

Selamat Hari Lahir ke 21: Bersediakah berubah?


Selamat Hari Lahir !

Alhamdulillah semalam saya sudah memasuki abad ke 21. Abad? Maksudnya umur 21 tahun. Bila umur sudah meningkat maknanya tanggungjawab juga meningkat. Selain tanggungjawab diri bertambah, tanggungjawab kepada orang lain pun turut bertambah.

Selain bertambah umur ini, saya terfikir apakah saya sudah membuat yang terbaik untuk diri dan keluarga? kepad sahabat? kepada masyrakat? Semua soalan ini membuatkan saya muhasabah diri yang diri ini boleh ditarik hidupnya bila-bila masa sahaja.

Ramai beranggapan bahawa bila umur kita bertambah kita akan berjaya mematangkan diri. Tetapi sebenarnya persoalan ini merupakan soalan kedua selepas kita mengetahui siapa diri kita sebenar. Untuk mematangkan diri bagi pendapat saya kita perlu mengetahui apa kelebihan kita yang sebenar. Saya sendiri memang mencari apa kelebihan diri yang boleh dibawa ke bidang saya ceburi.

Semua ini perlukan kepada usaha diri sendiri untuk memaksa diri menjadi yang terbaik. Umur 21 tahun merupakan masa untuk kita mengenal pasti kelebihan kita dan terus melatih diri menjadi seseorang pada masa depan. Persoalan diri ini saya serahkan kepada anda untuk tolong jawabkan?

Akhir kata selamat hari lahir ke 21 along@izzat. Semoga ditetapkan di jalan ini dan menjadi insan yang berguna kepada diri, keluarga,masyarakat dan agama.

Carilah kelebihan diri yang sebenar!

Terima kasih kepada semua sahabat yang ingat akan hari lahir saya. Semoga ukhuwah kita akan bersama hingga ke akhir hayat!

4 comments:

Muhamad Aliemran Bin Norasid said...

tahniah kepada along. nampaknye along da x layak untuk join batch kmi. dengn ini kami gugurkan jwtn along sbgai ketua batch shingga ada diantara ahli batch kmi seusia dengan along.....

Ahmad Izzat Atan (AIA) said...

insya allah ali. terima kasih. tahun depan abg jadi batch kamu balik. hehehe..

Unknown said...

sanah helwah ya gamil..!!

halim qittun said...

wah abg ijat..tahniah..da 21..tggu ek nnt abg ijat pgang balik title ktua batch ktorang..sori le bg..hadiah lom ada..