Saturday, December 27, 2008

Pengalaman di Port Dickson


Anak Buah saya


Bersiap sedia untuk berkayak!

Pada 15-17 Disember yang lalu, saya berkesempatan menyertai program pemantapan syahsiah di Kolej Uniti Port Dickson. Program ini dianjurkan oleh Kafa Masjid Kolej Islam Malaya Petaling Jaya. Kebanyakan peserta adalah pelajar Kafa itu sendiri beserta alumni sekolah yang berumur antara 9 tahun hingga 16 tahun.

Bertemakan syahsiah cemerlang,pelajar gemilang, bermulalah satu kehidupan baru di bumi port Dickson. Satu kehidupan yang menekankan aspek syahsiah selain motivasi diri dan ibadah. Syahsiah pelajar di sini boleh dikatakan baik walaupun ada seorang atau dua orang yang kurang dari segi itu. Bagi saya sendiri, program ini juga ingin mengisi masa cuti pelajar sambil diisi dengan aktiviti kerohanian dan fizikal yang tentunya amat menyeronokkan.

Program ini juga disertai oleh mahasiswa UIA yang menjadi fasilitator program ini. Mereka semua ini sedang cuti semester. Kebanyakan mereka dari UIA Kuantan dan UIA Gombak. Berbekalkan modul yang dipimpin oleh Ketua Fasi iaitu Mohd Suhairi dan AJK Displin Abang Khairul Ridwan, program ini bermula dengan satu matlamat untuk mendidik anak bangsa kita.

Di dalam program ini, banyak aktiviti luar tidak kurang juga aktiviti dalaman. Hal ini bertujuan untuk membina ketahanan diri dari segi mental, fizikal, rohani dan emosi. Setibanya mereka di sini, mereka dipecahkan ikut kumpulan dan dipimpin oleh fasilitator yang telah ditentukan. Saya dikira bertuah mendapat anak buah yang baik-baik dan mudah mendengar kata.

Setiap kumpulan perlu memikirkan nama,lambang dan logo. Kumpulan saya setelah lama dibincangkan bersama anak buah akhirnya terbinalah nama Usrah. Ini pun saya yang bagi nama. Maklumlah budak-budak lagi. Dalam kumpulan saya ini yang paling muda adalah darjah tiga dan paling tua adalah tingkatan lima. Pening saya dibuat mereka.

Aktiviti yang paling menyentuh diri dalam program ini adalah slot bersama Balang. Nama sebenarnya saya lupa. Beliau ini mempunyai satu konsultan latihan yang khusus dalam membina kesedaran kepada golongan muda. Slot beliau yang lebih kepada realiti zaman sekarang membuatkan saya juga merasai apa yang peserta rasa dalam slot ini. Beliau banyak menunjukkan apabila kita membuat dosa apa yang akan terjadi beserta dengan praktikalnya sekali. Beliau ini sebenarnya pernah menyertai askar dan caranya juga lebih kurang seperti askar. Gerun juga apabila beliau membuat perumpamaan api neraka dan api dunia. Api dunia beliau menggunakan mancis dan seorang pelajar dipanggil untuk merasai kepanasannya. Tidak tersanggup peserta itu menanggung kepanasan. Memang menakutkan.

Selepas itu, ada juga aktiviti yang menyeronokkan. Yelah, tidak lengkap jika tiada aktiviti yang gembirakan diri. Sedih pun sedih juga tetapi gembira pun mesti ada juga. Tidak begitu semua?

Program berkayak bagi saya amat menyeronokkan. Mana tidaknya, ini merupakan kali kedua berkayak dalam hidup saya. Sebelum kami semua berkayak, kami di beri taklimat cara permainan ini. Orang yang memberi taklimat ini merupakan jurulatih PLKN dan sudah biasa dalam aktiviti berkayak ini. Sebenarnya untuk bermain kayak ini, bukan mudah. Banyak ilmu yang kita perlu tahun seperti cara untuk menghentikan kayak, cara untuk meyelamatkan diri jika kayak kita terbalik dan sebagainya. Sehari pelajaran memang tidak mencukupi. Taklimat yang diberikan itu hanyalah perkara asas dalam berkayak. Hanya Allah swt sahajalah yang mengetahui perasaan saya ketika itu. Susah untuk dibayangkan lebih-lebih lagi apabila kita berkayak di tengah-tengah lautan. Satu pengalaman yang amat menyeronokkan.

Akhirnya tibalah masa ke penutupan program. Program ini ditutup oleh Pengerusi KAFA itu sendiri. Penyampaian hadiah juga disampaikan kepada semua peserta. Kumpulan saya mendapat tempat kedua terbaik. Saya pun tidak tahu cara pengiraan mereka. Gembira bukan main lagi anak buah saya mendapat hamper besar. Tidak termakan mereka.

Sebelum majlis berpisah, kami sempat untuk mengambil gambar bersama-sama dengan Pengerusi KAFA. Suka duka, Penat lelah semuanya dihabiskan dengan perasaan puas. Walaupun kami semua penat melayan mereka tetapi hati kami puas. Saya sendiri sangat penat dengan program ini. Tetapi amat puas dengan diri.

Akhir kata, biar kita berpenat demi Islam daripada berpenat benda yang tidak berfaedah. Biar diri kita menjadi taruhan, daripada agama kita dimaki dan dihina.

Ingatlah, Masa yang kita ada singkat sekali. Masa tidak akan menunggu kita. Berilah sedikit masa untuk agama nescaya Allah swt akan memberi lebih daripada apa yang kita sangkakan.

Tuesday, December 23, 2008

Selamat Hari Lahir ke 21: Bersediakah berubah?


Selamat Hari Lahir !

Alhamdulillah semalam saya sudah memasuki abad ke 21. Abad? Maksudnya umur 21 tahun. Bila umur sudah meningkat maknanya tanggungjawab juga meningkat. Selain tanggungjawab diri bertambah, tanggungjawab kepada orang lain pun turut bertambah.

Selain bertambah umur ini, saya terfikir apakah saya sudah membuat yang terbaik untuk diri dan keluarga? kepad sahabat? kepada masyrakat? Semua soalan ini membuatkan saya muhasabah diri yang diri ini boleh ditarik hidupnya bila-bila masa sahaja.

Ramai beranggapan bahawa bila umur kita bertambah kita akan berjaya mematangkan diri. Tetapi sebenarnya persoalan ini merupakan soalan kedua selepas kita mengetahui siapa diri kita sebenar. Untuk mematangkan diri bagi pendapat saya kita perlu mengetahui apa kelebihan kita yang sebenar. Saya sendiri memang mencari apa kelebihan diri yang boleh dibawa ke bidang saya ceburi.

Semua ini perlukan kepada usaha diri sendiri untuk memaksa diri menjadi yang terbaik. Umur 21 tahun merupakan masa untuk kita mengenal pasti kelebihan kita dan terus melatih diri menjadi seseorang pada masa depan. Persoalan diri ini saya serahkan kepada anda untuk tolong jawabkan?

Akhir kata selamat hari lahir ke 21 along@izzat. Semoga ditetapkan di jalan ini dan menjadi insan yang berguna kepada diri, keluarga,masyarakat dan agama.

Carilah kelebihan diri yang sebenar!

Terima kasih kepada semua sahabat yang ingat akan hari lahir saya. Semoga ukhuwah kita akan bersama hingga ke akhir hayat!

Sunday, December 21, 2008

Selamat kembali


Jadual saya sem ini

Akhirnya saya selamat kembali di bumi UIA. Bumi yang penuh dengan ilmu dan budi. Bumi yang akan saya berjuang untuk menuntut ilmu terutama dalam bidang saya iaitu akauntan.

Sem ini saya berasa lega kerana dua perkara. Pertama saya mendapat keputusan peperiksaan yang boleh dikatakan membanggakan. Kedua saya berjaya memasuki kuliyyah akauntan setelah sekian lama menunggu dengan debaran.

Sem ini juga boleh dikatakan sem yang sangat padat dan berisiko kerana semua subjek saya adalah membaca. Hanya satu sahaja subjek mengira. Semua subjek ini memerlukan kepada pengurusan masa dan pemahaman yang tinggi.

Semoga semester ini saya akan berusaha dengan lebih kuat lagi. Apabila sudah masuk kuliyyah subjek pun bertambah susah. Bertambah sem maknanya bertambahlah tanggungjawab. Doakan saya dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Di Lab Ekonomi
24hb Disember 2008
12.00 tengah hari.

Thursday, December 18, 2008

Pengajian di Maahad Derang


Bersama ustaz Majid (Mudir Maahad Tarbiyaah Islamiyyah Derang )


Bersama ustaz Abu Khair




Bersama sahabat-sahabat


Di ibu pejabat ABIM Kedah

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya sampai ke Derang. Keinginan saya untuk datang ke sini memang sudah lama lagi. Hal ini kerana keadaan suasananya yang zuhud dan aman ditambahkan dengan tenaga pengajar yang berwibawa menambahkan lagi saya untuk mengaji di sini.

Tanggal 11hb saya selamat sampai di Alor Setar pada pukul 3 ptg. Tetapi saya menuju ke Datuk Kumbar dahulu. Di sini adalah ibu pejabat ABIM Kedah. Kami semua perlu berehat di sini kerana arahan maahad derang. Ini juga kerana hal kenderaan untuk kami bawa ke sana dan sebagainya.

Apabila saya sampai di ibu pejabat ABIM Kedah ini, saya dapat merasakan mereka semua betul-betul gigih mendidik anak bangsa kita. Mana tidaknya sekolah rendah islam kedah ini jikalau kita lihat boleh dikatakan agak sederhana dan hanya mempunyai dua bangunan sahaja. Sekolah ini juga sekaligus menjadi ibu pejabat ABIM Kedah dan tempat berkumpulnya semua ahli ABIM Kedah dan Persida. Di sebelah sekolah ini pula ada sawah padi yang amat luas sekali. Sesuai sangat jika kita hendak belajar menuai padi di sini.

Kita sambung ke Pengajian Derang. Program pengajian kilat ini adalah inisisatif PKPIM Pusat untuk menghidupkan kembali amalan mempelajari secara bertalaqqi. Kitab yang digunakan adalah Bidayatul Hidayah ataupun permulaan Hidayah.

Buku ini ditulis oleh Imam Al-Ghazali dan diterjemahkan oleh Sheikh Fahmi Zam Zam Al-Maliki yang juga merupakan Mudir 2 Maahad Derang ini. Kitab yang banyak membincangkan tentang panduan amalan harian. Buku ini sangat baik untuk semua golongan mempelajarinya. Di dalamnya ada menceritakan tentang Adab-adab melaksanakan ketaatan, cara meninggalkan maksiat dan adab pergaulan dan persahabatan.

Tenaga pengajar yang mengajar kami sebanyak 4 orang iaitu Ustaz Hafiz Mustafa Lubis, Ustaz Abu Khair, Ustaz Ilyas dan Ustaz Majid. Semua ustaz ada bahagiannya masing-masing dalam mengajar kami. Kebanyakan ustaz di sini adalah bekas pelajar Maahad Derang dan lepasan universiti Pakistan, Syria dan India.

Nanti saya akan ceritakan isi pengajian derang dengan lebih mendalam kepada semua. Tidak sabar-sabar saya ingin berkongsi dengan anda semua. Artikel ini lebih untuk mendedahkan dahulu akan gambaran secara keseluruhan tentang buku yang dibincangkan di Maahad Derang ini.

Apa-apapun banyak ilmu yang saya dapat daripada program ini. Pertama, ustaz-ustaz di sini sangat tinggi ilmunya walaupun tidak mendapat apa-apa kelayakan dari kerajaan malaysia. Kedua, tempat ini sangat dijaga oleh ustaz-ustaz di sini. Dijaga dari segi kewangan yang masuk, adab-adab sesama mereka dan amalan harian mereka.

Dari segi duit yang masuk memang sangat terjaga. Jika ada orang yang ingin menderma ke Maahad Derang ini, mereka akan menapis dengan bertanyakan dari mana duit ini datang dan sebagainya. Memang saya teruja mendengar akan hal ini.

Akhir sekali, saya menyarankan kita semua menjadi pencinta ilmu yang sebenar. Banyak ilmu yang kita dapat hari ini jika tidak dari sumber yang betul, ia akan memakan diri kita kembali. Oleh itu, perlunya kepada ilmu hati yang sebenar kerana jika kita tinggi ilmu tetapi tiada keberkatan akan ilmu kita pelajari, ia tidak membawa apa-apa faedah kepada kita. Ingatlah kata-kata Pak Hamka,

" Kata-kata yang datang dari hati akan sampai ke hati orang itu, jika kita bercakap dengan perasaan benci dan marah akan sampailah benda tu kepada mereka"





Wednesday, December 10, 2008

Dari Jambatan Pulau Pinang ke Derang


Selamat tinggal Pulau Pinang


Saya bersama abah saya atas feri

“Lepas raya abah nak bawak korang pergi Pinang. Naik bukit bendera” Ayah saya menawarkan tempat bercuti. Saya pun gembira dengar. Tiba-tiba saya teringat saya ada program pada 11hb tu. Saya pun bertanya ayah saya. Rupanya dia hendak pergi pada 9hb. Lega saya.

Saya sampai di Pinang pada 9hb petang selepas berseronok beraya di kampong Gemencheh dengan sepupu saya makin membesar dengan cepatnya. Anak Pak Su saya sekarang sudah pandai berjalan. Sebelum ini dia kecil comel je. Geram saya dibuatnya.

Keluarga saya ada dua orang yang sudah mendapat keputusan UPSR. Alhamdulillah semua mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah buat wahida dan izzati. Mereka bercadang hendak masuk SHAMS. Memang saya sangat galakkan. Senang saya hendak tengok2kan mereka. Macam bapak plak saya ni. Apa-apapun semoga terus berjaya dalam periksa seterusnya.

Sekarang saya sudah sampai di Pinang. Sudah dua hari saya di sini dengan pelbagai tempat saya sudah jelajahi. Saya rasa satu pulau pinang ini saya sudah jelajah. Dari bayan lepas sampailah ke George Town. Sampai sesat la dibuatnya. Saya pun pening dengan pulau pinang ini. Papan tandanya susah hendak faham. Mungkin juga sudah lama tidak pergi ke sini.

Rancangnya apabila sampai di sini hendak pergi Bukit Bendera. Itu tujuan asal saya ke sini. Tetapi yang sedihnya apabila sampai di sana Bukit Bendera masih dalam pembaikan. Memang sedih sangat. Saya sempat ambil gambar dari luar sahaja sebagai tanda kenangan.

Hari ini sudah masuk hari ketiga saya disini. Sudah tibanya saya keluar dari hotel ini. Semasa saya menulis artikel ini saya sedang dalam perjalanan untuk pergi ke derang. Ayah saya mengambil jalan balik dengan menaiki feri. Seronok dapat berjalan dengan menaiki feri. Rasa gayat pun ada juga. Maklumlah sudah lama tidak pergi menaiki feri di Pulau Pinang.

Selepas ini saya hendak pergi ke Maahad Derang. Memang lama saya berhajat untuk ke sini. Suasana di pondok memang sangat berlainan dengan suasana di tempat lain. Selain untuk menimba sedikit ilmu saya berhajat untuk bermuhasabah diri akan dosa saya yang banyak dilakukan oleh insan yang hina ini. Semoga dipermudahkan saya untuk menuntut ilmu di sini.

Doakan saya selamat sampai di sana dan keluarga saya sampai ke Seremban. Semoga segala kerja yang dilakukan ini diberkati oleh Allah swt. Nanti saya ceritakan pengalaman saya di Maahad Derang. Tunggu artikel seterusnya. Terima kasih.

Tuesday, December 9, 2008

Subuh yang terakhir


Rumah yang dibawa tanah runtuh




Tanah yang masih bergerak



Sedih rasanya apabila hati penulis membaca berita ini. Apa tidaknya kejadian tanah runtuh ini sudah terjadi dahulu. Dan sekarang kejadian ini berlaku lagi. Kejadian seperti ini sepatutnya tidak berlaku jika kita semua belajar dari kesilapan. Memang benar pepatah oleh Mantan PM kita, Tun Mahathir Mohamad yang "Melayu mudah lupa".

Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini yang mengorbankan seramai 4 orang ini sangat memilukan hati saya. Mana tidaknya seorang mangsa yang terkorban bernama Shaiful Khas sempat memberitahu ibu bapanya bahawa rumah bergegar kuat dan bergerak sebelum ditimbus dengan tanah. Gegaran berlaku sebelum subuh berkumandang.

Mangsa dikesan dengan petunjuk telefon bimbitnya dari ayahnya. Tambahan dari itu, memang perangai si mangsa agak pelik seperti kenyataan oleh ibu bapanya yang mana beliau sebelum malam kejadian beriya ingin tidur di ruang tamu daripada kebiasaan tidur di bilik atas.

Itu adalah salah seorang mangsa daripada 4 orang mangsa. Pendekkan cerita semua mangsa yang terlibat ada kisah sedih di sebaliknya. Daripada cerita gembira kepada cerita yang sangat sedih. Semuanya lumrah hidup yang perlu dihadapi.

Saya secara peribadi memang sedih dengan kejadian ini. Mana tidaknya kejadian seperti ini sudah beberapa kali berlaku di depan mata kita. Dan pemimpin kita yang sepatutnya menjaga keamanan negara dan rakyat hanya pandai bercakap sahaja. Mereka tidak memikirkan masa depan bangsa mereka terutamanya pemimpin Melayu. Hanya manis di mulut tidak bisa melakukannya. Sudah terhantuk baru terngadah.Pendek kata jika pemimpin kita tidak menyedari hakikat kehidupan yang sebenar, langit yang dikatakan tinggi itu akan rendah sebelum masanya.

Akhir kata, jangan biar rakyat merana akan tangan-tangan anda yang tidak bertanggungjawab. Sedarlah kerajaan pada hari ini dan akan datang serta parti politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang bahawa politik yang tidak sihat ini bisa akan merugikan diri dan juga rakyat jika tidak digunakan dengan sebaiknya. Jangan biarkan rakyat yang tidak berdosa itu menjadi mangsa kealpaan anda semua.

Semoga subuh yang mendatang menjadi subuh yang baik sebagai permulaan hari dan juga hari yang seterusnya. Doakan semoga kita semua mati dalam keadaan beriman dan diredhai Allah swt. Amin.


* Pemuda Pujangga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam dan bloggers yang sudi melayari blog ini. JadikanHari Raya Korban ini untuk mengenang akan peristiwa Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail dan juga peristiwa para nabi kita yang lain. Pengorbanan inilah yang semakin luntur dan hilang daripada jiwa setiap dari kita. Bersama kita membina erti pengorbanan yang sebenar.!!!!

Saturday, December 6, 2008

Usah Putus Asa


Sahabat perjuangan dalam PPINS

Semasa artikel ini ditulis, penulis baru sahaja mendapat berita seorang sahabat penulis mengalami satu pengalaman yang sangat pahit untuk didengar dan untuk dihadapi. Saya pun tidak tahu hendak berkata apa-apa semasa saya dengar berita ini. Berita yang kalau boleh kita sendiri tidak mahu dengar. Berita sedih ini membuatkan saya berfikir tentu ada hikmah di sebalik semua ini.

Saya pun lepas dengar itu terus bertanyakan sahabat-sahabat lain apa patut dibuat. Sahabat rapatnya mengakui keadaan sekeliling yang membuatkan dia begini. Tetapi dia dan sahabat jemaahnya sangat rapat sekali. Sahabat saya ini begitu sedih apabila mendengar perkara ini terjadi kepadanya. Hal ini kerana setiap masa beliau memberikan semangat usah putus asa dalam pelajarannya. Berbagai-bagai cara kami buat untuk membantunya agar ia cemerlang dalam bidangnya.

Pelajaran di universiti bagi pendapat penulis sangat rumit dan susah jika kita tidak pandai menguruskan diri dan masa sebaiknya. Diri dan dunia luar juga memainkan peranan yang penting untuk mencorak kehidupan kita pada masa akan datang. Jika di kampus, cara belajar kita akan mempengaruhi sikap kita apabila bekerja nanti. Hal ini dapat dibuktikan apabila sikap kita dengan mengambil sambil lewa dalam pelajaran seperti lambat ke kelas, main-main dalam kelas dan sebagainya akan memungkinkan kita masa alam bekerja juga akan main-main. Semua perkara ini nampak seperti remeh untuk diceritakan.

Mesti ada antara kita akan berkata “ Masa belajar inilah nak enjoy” Tak begitu. Dialog ini pasti akan keluar kepada sesiapa yang masih tidak sedar akan hakikat dunia ini. Hakikat dunia seperti bumi. Satu hari kita akan berada di atas dan satu hari kita akan berada di bawah. Jika masa belajar kita main-main dan tidak mengamalkan cara belajar yang sihat, pasti kita akan merana pada masa akan datang.

Walaupun kita seorang yang cemerlang dalam belajar tetapi jika kita tiada adab belajar yang baik ia adalah sama juga dengan orang yang tidak cemerlang dalam pelajaran mereka. Kuncinya sikap dan ‘attitude’ kita mencorakkan diri ini untuk menjadi yang terbaik.

Ingatlah bahawa kecemerlangan dunia pada masa sekarang tidak akan menjamin kecermelangan dunia pada masa akan datang. Tetapi kejayaan yang hakiki adalah apabila kita bersyukur dengan kejayaan yang kita miliki dan redha dengan ketentuan ilahi. Perancangan DIA lebih rapi dan tersusun dan daripada perancangan kita. Berserahlah segalanya kepada Allah swt atas apa yang kita lakukan. Semoga Allah swt memberkati hambamu ni. Amin.

* Teruskan berusaha sem depan.

* Doakan yang terbaik di dalam apa juga bidang yang diceburi.

* Tetapkan iman agar menjadi salah seorang hamba yang bersyukur.

Thursday, December 4, 2008

Khemah Ibadah di Bangi


Bersama fasilitator yang lain. (napa tak pandang sini? )


Jungle Tracking yang menyeronokkan


Kumpulan Ibnu Sina


Bersiap sedia untuk jungle tracking


Praktikal Solat


Pada 1-3hb Disember yang lalu, penulis berkesempatan untuk menghadiri program Khemah Ibadah sebagai fasilitator anjuran Surau Taman Desa Makmur dan Jawatankuasa Penduduk di sana. Objektif program adalah untuk memberikan pengetahuan tentang ilmu fardhu ain dan fardu kifayah. Selain itu, program juga ingin menerapkan tentang sahsiah dan akhlak yang sebenar kepada peserta.

Peserta yang datang ke program ini kebanyakannya dari kalangan penduduk di situ dan ada juga yang datang dari jauh. Seramai 41 orang peserta yang menghadiri program ini. Rata-rata umur peserta adalah dari 8 tahun hingga 15 tahun. Pasti anda tahu bagaimana keadaan program kan???? Pelbagai ragam adik-adik ini membuatkan saya sendiri kadang-kadang naik pening sebenarnya. Kadang-kadang seronok pun ada juga. Biasalah saya ini jenis suka layan adik-adik kecil yang comel ini.

Biasalah apabila di dalam kawasan perumahan seperti ini memang kita tidak dapat dari pelbagai ragam anak-anak kecil ini. Bayangkan LDK sedang berjalan, seorang anak penduduk ini datang kepada saya minta kamera. " Bang, nak amik gambar?. Berkali-kali juga dia datang meminta kamera. Saya ada kamera dan adik ini suka sangat amik gambar. Sampai habis bateri kamera saya dikerjakannya. Nak marah pun tidak boleh. Perangai budak kecil memang macam ini. Nak buat macam mana. Getus saya dalam hati.

Apa-apapun, hidup ini perlu memberi dan diri kita juga perlu diberi. Berikanlah sedikit ilmu kepada sesiapa walaupun kita sebenarnya tidak mempunyai banyak ilmu. Sekali anda memberikan ilmu kepada orang lain, orang itu akan sentiasa ingat ilmu yang anda berikan. Maka, janganlah kedekut dengan ilmu anda. Kongsikanlah dengan adik-adik dan masyarakat. Nescaya ilmu kita akan bertambah. Semoga saya berkesempatan menyertai program seperti ini lagi. Program dengan budak-budak seperti ini memang menyeronokkan.

*Tahniah kepada Achik/Hawa Mas Azmar atas program ini. Teruskan perjuangan sahabatku.


Sunday, November 30, 2008

“Kembali ke Pangkal Jalan”



Mewakili Jawatankuasa Pendidikan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), ingin melahirkan rasa kekesalan terhadap tindakan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih berteka-teki terhadap perlaksanaan Pengajaran Sains dan Matemaik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Setelah hampir enam tahun, dan daripada lambakan kajian yang telah dibuat, JPP-PKPIM merasakan sudah tiba masanya PPSMI dimansuhkan dan “kembali ke pangkal jalan”.

Saya tidak menentang Bahasa Inggeris yang merupakan anatara bahasa utama dunia, tetapi PPSMI bukan cara yang terbaik untuk meningkatkan penguasaannya di kalangan pelajar. Tidak ada teori yang telah terbukti secara praktis yang membernarkan persepsi longgar ini.

Saya masih konsistan dengan prinsip bahawa “pemartabatan Bahasa Melayu harus diperhebat, penguasaan Bahasa Inggeris perlu dipertingkat” namun pastinya dengan fokus dan keutamaan yang logik dan rasional seperti mana yang telah ditegaskan oleh Datuk Haji Baharuddin Zainal semasa membincangkan “Bahasa Melayu Dijunjung Bahasa Inggeris Digendong” dalam buku kecil siri Bicara Siswa keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM).

Selain itu, pandangan songsang yang berterusan mengagung-agungkan Bahasa Inggeris sebagai senjata terpenting mencipta tamadun baru Malaysia bukan sahaja tidak masuk akal, tetapi pandangan golongan pendek akal. Mulkay, seorang sarjana Barat, dalam bukunya Sosiologi Ilmu Pengetahuan menjelaskan bahawa seseorang tidak boleh berfikir dalam acuan orang lain, sebagaimana sesuatu bangsa itu tidak boleh bangun dengan bertunjangkan bahasa bangsa orang lain, kecuali mereka menghayati keseluruhannya budaya bangsa tersebut.

Sejarah telah mengabsahkan kenyataan Asraf dalam Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Orang Arab tidak mungkin bangun dengan bahasa, budaya, dan tatasusila orang Parsi, dan begitu juga orang Timur tidak mungkin bangun dengan bahasa dan budaya orang Barat. Dengan demikian, pembangunan tamadun baru Malaysia yang menetapkan aspek sains dan teknologi sebagai salah satu asas terpenting seharusnya menepati citra dan cita masyarakat Malaysia selaian digerak menggunakan bahasa kebangsaan.

Oleh itu, menyedari perihal Bahasa Melayu yang kedudukannya kian tegugat, adalah menjadi suatu kemestian perkara ini dibincangkan secara matang seterusnya diperjuangkan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran agar survival bahasa yang menunjang kebangunan bangsa dan keutuhan negara akan dapat terus dipertahankan.

Kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dalam pendidikan negara adalah jelas. Hal ini selaras dengan kandungan dasar-dasar pendidikan negara seperti Laporan Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961, dan Akta Pendidikan 1996. Fasal 152 (1) Perlembagaan Malaysia jelas menyebut, “Bahasa kebangsan adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.”

Selain itu, kedudukan bahasa kebangsaan itu sendiri telah dimantapkan oleh Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka yang diluluskan oleh Parlimen, iaitu suara keramat rakyat dan sepakat pemerintah negara.

Oleh itu, saya menanggapi PPSMI sebagai suatu kesilapan besar pihak pemerintah khususnya Kementerian Pelajaran yang harus segera diperbetulkan. Penentangan terhadap pelaksanaan PPSMI ini adalah kerana;

  1. PPSMI secara dasarnya menyalahi peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan dasar-dasar pendidikan negara.
  2. PPSMI menafikan hak bahasa kebangsaan untuk menjadi pengantar ilmu di seluruh peringkat institusi pendidikan negara.
  3. PPSMI merupakan kilang memproses bahasa rojak yang menghakis keunggulan bahasa kebangsaan sebagai medium terpenting dalam perhubungan masyarakat Malaysia. Hal ini menjurus kepada kegagalan usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia menerusi kesatuan bahasa.
  4. PPSMI dilaksanakan secara tergesa-gesa dan gagal menuruti carta alir bagi perlaksanaan dasar-dasar baru dalam kurikulum pendidikan negara. Suatu yang sungguh menghairankan apabila projek perintis tidak dilaksanakan yang mana mampu meminimumkan kerugian sekiranya berlaku kegagalan bagi pelaksanaan awal PPSMI.
  5. Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 gagal membuktikan dengan jelas bahawa PPSMI tidak mendiskriminasi golongan pelajar kurang upaya dan mereka yang berada di kawasan pendalaman. Statistik yang terperinci dan profil lengkap keputusan tersebut masih gagal dikemukakan kepada umum oleh pihak Kementerian Pelajaran. Sedar atau tidak, PPSMI telah secara terangan menggagalkan usaha meliberalisasikan pendidikan yang bermatlamat “pendidikan untuk semua”.

Justeru, gesaan tersebut saya lontarkan kepada masyarakat khususnya pihak yang terlibat secara langsung dalam menangani isu ini;

  1. Membuka ruang terhadap partisipasi golongan mahasiswa khususnya PKPIM dalam persidangan meja bulat kali kelima anjuran Kementerian Pelajaran. Sikap keterbukaan dan non-partisan PKPIM selain sebuah badan tidak berkepentingan diharap mampu memberi impak positif dalam mencari penyelesaian isu PPSMI ini.
  2. Pendedahan semua kajian yang dibuat oleh mana-mana pihak termasuk pihak kerajaan, NGO, pihak swasta serta orang perseorangan dengan tanpa sebarang tapisan demi menjamin ketulenan kajian. Menolak sekeras-kerasnya tindakan pilih kasih dalam pemilihan kajian yang hasilnya sama dengan apa yang dikehendaki khususnya hasil terpencil yang menyokong penerusan perlaksanaan PPSMI.
  3. PPSMI dapat diusulkan dan diterima sebulat suara untuk dibahaskan pada sesi perbahasan Dewan Rakyat yang terdekat. YB Speaker Dewan juga digesa supaya sedia membantu bagi melicinkan proses tersebut. Harapan saya agar ahli-ahli Parlimen dapat mengenepikan perbezaan faham politik dan berbahas dengan matang dan berobjektif.

Saya percaya bahawa komitmen ahli-ahli Parlimen bakal dinilai dengan seadilnya oleh rakyat. Bila keperluan rakyat dipenuhi, aspirasi rakyat didukungi, pastinya undi rakyat akan dimiliki. Keputusan mesyuarat Kumpulan Prihatin pada 27 November lepas yang dipengerusikan oleh Profesor Emeretus Datuk Dr Abu Bakar Hamid jelas memperincikan gerakan mengembalikan kedudukan Bahasa Melayu perlu kepada gerakan politik.

Menyedari bahawa tarikh 8 Mac lalu merupakan permulaan bagi kempen yang panjang sebelum berlangsungnya PRU ke-13, besar harapan kami agar isu PPSMI ini tidak sama sekali dikambinghitamkan demi kepentingan juzu’ politik golongan tertentu.

Dalam ruangan ini, saya juga ingin merakamkan penghargaan terhadap Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang telah berjaya membahaskan isu PPSMI ini dengan lantang di persidangan Kongres Nasional Tahunan ke-5 pada 28 November lalu. Justeru, saya juga mengharapkan perkara yang sama akan juga dilaksanakan pada Perhimpunan Agung UMNO Mac hadapan. Pesanan saya kepada seluruh perwakilan agar tidak gentar menyatakan kebenaran demi agama, bangsa dan negara. Mengungkap kata-kata Tun Mahathir, “dengan sedikit keberaniaan, kita mampu meminpin perubahan.”

Kesimpulannya, kita hidup dalam pinjaman zaman generasi mendatang. Sekiranya kita tidak berupaya untuk menyediakan baki keuntungan, cukuplah untuk kita tidak meninggalkan hutang, kerugian yang membebankan mereka. Beramanahlah dengan sejarah genarsi lalu dan harapan generasi hadapan.

“Bahasa Jiwa Bangsa”

ABU QASSIM NOR AZMI

EXCO PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN PKPIM SESI 08/09

Friday, November 28, 2008

Bang Mamat: Sang peretas dakwah dari pondok Gede..



Bang Mamat, adalah panggilan sayang seorang adik yang pernah mengecap kelamnya dunia preman (samseng) untuk seorang Rahmat Abdullah. Sosoknya sebagai kakak yang tak pernah jera menasihati menjadi pembuka akal sehatnya untuk kembali ke jalan Allah. Dakwah bil hikmah dan dakwah melalui seni adalah salah satu jalan yang dipilih oleh almarhum yang selama hayatnya menetap di daerah Pondok Gede, Jakarta.

Penggambaran sosok anak betawi yang tawadhu dalam film Sang Murabbi begitu kental terlihat. Siapa sangka sosok yang begitu dikenal dan dikagumi di kalangan aktivis partai dakwah ini ternyata begitu menikmati sikap zuhudnya. Seringkali semasa hidupnya terutama saat menjabat anggota DPR, beliau lebih memilih berkendaraan umum dibanding mobil dinasnya. Kebiasaan yang dulu sering dilakukannya dalam menghadiri undangan-undangan ceramah.

Lisan yang keluar dari lidahnya adalah ilmu dan bahasa sederhana seorang Rahmat Abdullah yang tidak merasa jumawa menjadi rujukan para aktivis dakwah. Kepergiannya tak ayal lagi ditangisi ribuan kader dan aktivis baik yang dekat dan pernah berjumpa dengannya bahkan oleh orang yang hanya berjumpa dengannya melalui tulisan, buku atau artikelnya.

Dibuatnya film Sang Murrabi bukan saja sekedar mengenang seorang ustadz yang bergelar Syaikhut-Tarbiyah ini, namun juga mengingatkan kembali akan jejak langkah kebaikan yang telah diretasnya, semangat pantang mundurnya dalam dakwah, juga kesederhanaannya dalam hidup. Bahkan artis Neno Warisman, Astri Ivo, dan Aty Cancer pun mau terlibat di dalamnya. Sosok Ustad Rahmat Abdullah diperankan dengan apik oleh Irwan Rinaldi sebagai peran utama, seorang pendatang baru dalam dunia film namun tak asing lagi dengan dunia akting. Bukan perkara mudah memerankan sosok tersebut walapun secara pribadi Irwan mengenali beliau. Berkeping-keping VCD ceramah, buku-buku, dan observasi langsung dengan keluarga Ustad Rahmat Abdullah, menjadi penting dilakukan Irwan untuk menjiwai perannya. Memang hanya satu Rahmat Abdullah di dunia ini dan tentu saja tak tergantikan. Ketika rencana diputarnya film Sang Murrabi di Kuala Lumpur bergulir, Zul Ardhia selaku sutradara film menyetujuinya dengan senang hati.

Penasaran dengan sosok Ustadz Rahmat Abdullah yang segala gerak dan lisannya sering dijadikan rujukan para aktivis dakwah tersebut?

Ingin berjumpa lebih dekat dan ngobrol bareng dengan artis-artis film Sang Murabbi? Jangan lupa hadiri Penayangan dan Bedah Film Sang Murrabi pertama kali di Kuala Lumpur.

Jom catat tanggal dan tempatnya:

Hari/Tanggal : Minggu, 30 November 2008
Tempat : Anjungan A, Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Bintang Tamu : Irwan Rinaldy (pemeran utama), Neno Warisman, Zul Ardhia (Sutradara)

Harga Tiket :

* RM50 -> Sessi I (Pk.08.30 – 13.00) + ngobrol bareng artis Sang Murabbi.
* RM10 -> Sessi II (Pk.14.30 – 16.00)

Bonus : Doorprize



Tambahan tentang transportasi:

* Akan ada mobil panitia yang akan menjemput peserta yang naik LRT or KTM.
* Mobil akan standby di stesen LRT PWTC dan stesen KTM Putra
* Sesi pagi : mobil akan stand by mulai pukul 07.30 - 08.30
* Sesi siang : mobil akan standby mulai pukul 13:30- 14:30

sumber:http: //sang-murabbi. blogspot. com/

Wednesday, November 26, 2008

Ahli Parlimen sepakat......


Di manakah keadilan?? Di manakah hak mereka ??

“Saya rasa isu ini isu yang sangat penting untuk dibahaskan kerana ini adalah isu palestin. Mereka sana kebuluran sengasara yang dipertua.” Tegas seorang Ahli Parlimen.


Hari ini saya begitu gembira kerana ini pertama kali dalam parlimen membincangkan sesuatu isu tanpa dipengaruhi oleh fahaman politik masing-masing. Isu Zionis yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkasyi memang sangat relevan dan penting buat masa sekarang. Isu ini sudah lama diperjuangkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) malah Jemaah Islam di Malaysia pun sudah berkali-kali menghantar memorandum kepada kerajaan dan juga kepada Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB).


Usul yang menegaskan kerajaan Malaysia untuk bertegas dan menghalang keganasan zionis ini telah disepakati dan dipersetujui oleh sebahagian ahli parlimen hari ini. Tetapi apa yang mengecewakan saya adalah Timbalan Yang Dipertua hari ini tidak membenarkan untuk dibahaskan. Beliau berkata


“Isu ini tidak penting untuk dibincangkan sekarang. Ia akan dibincangkan kemudian. Berkata Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ronald.


Saya begitu terkejut dengan jawapan speaker ini. Jikalau kita melihat berita hari ini, boleh dikatakan semua ahli parlimen bersetuju untuk membahaskan isu ini. Tetapi speaker tetap dengan pendiriannya. Apa-apapun saya gembira isu ini dibahaskan dengan mengenepikan perbezaan politik masing-masing. Harap isu ini tiada kompromi oleh kita semua untuk kita perjuangkan selamanya. Lebih-lebih lagi kepada pemimpin Negara kita yang bertanggungjawab untuk memperjuangkan issu palestin di peringkat global dan di Malaysia. Semoga Allah swt permudahkan kerja ini.


Hidup Islam!!


Bebaskan Palestin!!!


Allahuakbar!!!

Tuesday, November 25, 2008

Fatwa Yoga: Kekeliruan yang Ada Titik Temunya.


Fatwa Pengharaman Yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini mengakibatkan banyak tentangan daripada NGO-NGO tertentu, golongan non-muslim dan juga golongan muslim yang mengamalkan Yoga. Lebih teruk, isu ini seolah-olah dihisteriakan oleh pihak penentang fatwa,
manakala pihak pembela fatwa berikrar akan mempertahankan fatwa ini habis-habisan. Maka, tidak semena-mena institusi fatwa negara dibicarakan seolah-olah tidak lagi relevan, dan menyusahkan rakyat yang berbilang kaum.

Hakikatnya, isu ini telah dihisteriakan sebegitu teruk oleh pihak tertentu adalah hasil daripada ketidakfahaman mereka terhadap kandungan fatwa dan hakikat Yoga itu sendiri. Ini adalah akibat daripada liputan separuh masak media masa terhadap kandungan fatwa dan
mungkin juga niat jahat sesetengah pihak tertentu terhadap institusi berautoriti Islam dengna hanya menunggu peluang dan ruang untuk menyerang habis-habisan. Selain itu, kekeliruan juga berlaku apabila di Malaysia istilah Yoga (falsafah yang berkaitan dengan agama Hindu) dan Asana (sejenis senaman zahir yang berkaitan Yoga) tidak dibezakan.

Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa dengan cukup jelas. Yoga menjadi haram apabila ia diamalkan bersama-sama dengan unsur kebatinan, spiritual dan mantera yang tidak difahami serta pemujaan kepada unsur selain ALLAH SWT. Manakala jika hanya melibatkan pergerakan fizikal sahaja maka ia tidaklah menjadi haram. Ini yang dijelaskan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan , Prof Datuk Dr Shukor Husin. Maka, jelas di sini bahawa, jika senaman Yoga tersebut bebas daripada unsur kebatinan maka umat Islam boleh beramal dengannya.

Fatwa ini bukanlah baru. Bahkan ia meliputi seni mempertahankan diri lain selain dari Yoga juga. Sudah berapa banyak Perguruan Silat yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa kerana ia mengandungi unsur mantera yang tidak difahami, kebatinan dan pemujaan kepada selain ALLAH SWT. Namun, jika silat tersebut tiada unsur-unsur seperti yang dikatakan di
atas, ia bebas untuk diamalkan. Seni Silat yang berasal daripada tanah Melayu sendiri harus mengikuti kehendak Islam. Tiada kompromi. Oleh itu, format yang sama juga perlu diikuti oleh semua amalan lain termasuk Yoga.

Masalah yang lain adalah, di Malaysia, istilah Yoga tidak dibezakan dengan Asana. Yoga merupakan salah satu daripada 6 mazhab ortodoks di dalam agama Hindu. Manakala Asana adalah senaman yang biasanya dikaitkan dengan Yoga yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kelenturan tubuh, kesihatan dan ketenangan fikiran. Saya fikir, adalah lebih tepat dikatakan senaman Yoga yang diamalkan oleh pakar-pakar kesihatan di Malaysia dinamakan kembali sebagai Asana. Agar kekeliruan ini tidak timbul kerana Yoga adalah sejenis mazhab Agama. Oleh itu, sememangnya untuk menjaga akidah Umat Islam, Yoga dalam erti kata
sebenar tidak patut dipelajari oleh Umat Islam kecuali untuk tujuan penyelidikan. Namun, senaman yang bersih daripada unsur syirik, sudah tentu ia tidak menjadi masalah.

Oleh itu, kalau lah semua pihak mencari titik temu di dalam isu ini, maka histeria ini tidak akan berlaku. Kepada pengamal Yoga, bersihkan amalan mereka daripada sebarang mantera dan unsur syirik. Itupun kalau selama ini ada. Kalau mengikut Datin Suleiha Merican, Pengusaha Moya Yoga Studio, selama inipun mereka tidak mengamalkan sebarang unsur syirik dan mentera kecuali hanya senaman sahaja. Dan lebih baik menamakan kembali senaman Yoga mereka sebagai Asana. Manakala umat Islam tidak terburu-buru menghentam pihak yang mengamalkan senaman Yoga selagi tidak mengetahui asal usul suatu perkara tersebut. Selain
itu, Yoga dalam erti kata yang sebenarnya iaitu salah satu daripada ajaran Hinduisme maka ia tetaplah haram. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan harus dijunjung, tetapi siri-siri penerangan haruslah dibuat agar semua umat manusia tidak mempunyai kefahaman yang salah terhadap Islam. Sikap sentiasa ingin berkelahi seperti yang ditunjukkan oleh NGO tertentu seperti Sisters in Islam (SIS) tidaklah menbantu di dalam meredakan isu ini.

Selain Yoga, marilah kita sama-sama membanteras juga sesetengah amalan kebatinan dan persilatan yang berselindung di atas nama Islam yang turut mempunyai pelbagai mantera pemujaan yang tidak ada asasnya dalam Islam. Ia juga turut haram bukan.

Dipetik daripada :

Fadhlur Rahimi Ahmad Bustami

Timbalan Pengerusi

Jaringan Siswazah Malaysia (JASA)

Friday, November 21, 2008

Michael Jackson peluk Islam




LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.

Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.

Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.

Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.

Rakannya, David Wharnsby seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.

"Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa bermaksud orang yang terpilih.

Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.

Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.

Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain.

Sumber dari Berita Harian. 22/11/2008.



Thursday, November 20, 2008

Kehebatan Air


Air terjun yang tidak pernah berhenti.....

Anda percaya atau tidak bahawa air boleh merawat pelbagai penyakit? Dengan air sahaja ia boleh meyelesaikan pelbagai masalah? Di sini saya terangkan serba sedikit daripada pembacaan saya dan ilmu yang saya dapat dalam kelas saya.

Menarik sangat jika kita mengetahui yang air sebenarnya mempunyai kuasa yang tidak boleh dibayangkan oleh kita. Dengan air sahaja ia boleh merubah seseorang itu daripada kesedihan kepada kegembiraan. Daripada kesakitan kepada kesembuhan. Kehebatan air ini bisa diketahui dengan mengetahui fungsi sebenar air tersebut.

Daripada pembacaan buku yang bertajuk The Seven Pillars of Health oleh Don Colbert ini memang menarik untuk dibaca. Hal ini kerana buku ini menerangkan tentang cara sebenar dalam merawat seseorang pesakit pada zaman sekarang. Selain itu, buku ini menunjukkan cara untuk mendapatkan kehidupan yang bahagia.

Berbalik kepada tajuk asal. Mengapa saya pilih air? Apa yang sangat penting air ini? Biar saya terangkan kepada anda. Air adalah satu-satunya gizi paling penting bagi tubuh kita. Air terlibat dalam setiap fungsi tubuh kita. Kita semua dapat hidup lama tanpa makanan selama lima hingga tujuh minggu tetapi tidak dapat hidup lebih dari lima hari tanpa air.

Dalam satu kisah dalam buku ini menyebut bahawa seorang pesakit migrain. Sakit kepala ini membuatkan dia susah untuk membuat kerja dan menjalani hidup dengan normal. Semua doktor sudah cuba merawat dia tetapi semua telah gagal dalam usaha membantunya. Dia tidak menyedari bahawa dengan segelas air sahaja boleh membantunya.

Ramai tidak sedar bahawa mereka sebenarnya tidak meminum air. Maksud saya disini adalah air kosong atau air putih. Setiap pagi kita minum air milo ataupun nescafe dan tengah hari pula kita akan minum air jus dan malam pula dengan minum air kopi. Sebenarnya mereka semua tidak sedar yang semua jenis air ini telah mencuri air dalam tubuh mereka yang menyebabkan bahaya lebih besar dibandingkan dengan kebaikan. Buat pengetahuan semua tubuh kita akan kehilangan sekitar dua liter air setiap hari melalui keringat, air seni dan pernapasan.

Maka air sebenarnya sangat penting untuk tubuh badan kita berfungsi dengan baik. Dengan air ia akan melicinkan pergerakan kita dan ia akan membuatkan kita lebih mudah berfikir. Sebab itu tidak hairanlah pelajar Cina memang pandai dan cerdik. Hal ini kerana dengan meminum air yang secukupnya, ia akan membantu otak kita berfungsi dengan lebih pantas dan laju. Tidak hairanlah orang cina memang suka membawa air putih ke mana-mana mereka berada.

Di dalam kajian islam pula, seorang saintis dari Jepun telah mengkaji kesan air kepada ayat al-quran. Kajian ini dilakukan dengan menguji air putih di dalam kontena yang besar. Prof ini telah mengenakan air dengan muzik rock. Seterusnya prof melihat molekul air tersebut. Ternyata molekul air tu sangat teruk. Berpecah-pecah dan tidak teratur. Selepas itu, prof mengenakan dengan ayat al-quran. Ternyata apabila dilihatkan hasilnya memang sangat jernih dan tersusun molekul-molekulnya. Molekul-molekulnya seperti kristal. Bersinar dengan cantik sekali. Begitulah kehebatan ayat al-quran. Oleh itu, memang ada hikmahnya Allah s.w.t menyuruh kita membaca doa sebelum minum dan makan.

Akhir kata, tubuh kita terdiri dari sekitar 70% air. Otot-otot kita terdiri dari 75% air. Sel-sel otak kita terdiri dari sekitar 85% air. Darah kita pula terdiri daripada 82% air. Malah tulang kita juga terdiri dari sekitar 25% air. Semua organ tubuh kita memerlukan air yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Apabila tubuh berfungsi dengan baik, semua penyakit dapat dihindari. Nasihat saya kurangkan minum air berwarna dan berkaffein kerana ia akan mencuri air dari tubuh kita. Semoga mendapat pengajaran daripada artikel kali ini. Insya Allah.


Wednesday, November 19, 2008

Menyentuh hati...


Baru balik Riadhah.. Taman Metropilitan...

"Syeikh, anta bila nak turun Matrik? Lawat adik2 ni.. Banyak yg kita kena bantu. Adik2 ini perlukan bantuan kita.." Sahabat saya menegur saya. Tersedar saya. Memang itu sepatutnya perlu dilakukan dalam hidup berjemaah ini.

Ziarah Fardhiah merupakan satu program untuk menguatkan ikatan hati sesama kita. Ziarah dapat dilakukan dengan berbagai cara seperti ziarah ke bilik-bilik, ziarah keluarganya di rumah dan sebagainya. Malah dengan melakukan seperti ini, ia lebih mendekatkan diri kita dengan mad'u ataupun dengan sahabat kita.

Perkara ini perlu supaya apabila hati-hati para pendakwah sudah terikat dan bersatu, ia akan memudahkan lagi kerja yang memerlukan kerjasama para pendakwah ini. Jika hati-hati ini masih lagi dibelenggu dengan masalah, maka agak sukar untuk melakukan sesuatu secara bersama dengan ikhlas.

Selain itu, 6 perkara yang perlu dilakukan dan selalu disebut-sebut oleh abang-abang dan kakak-kakak ini untuk menyentuh hati dan mengeratkan silaturrahim adalah solat,makan,belajar,program,usrah dan tidur bersama. Pandangan ini lebih kepada pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang lain. Walaupun perkara ini nampak seperti biasa dan remeh, tetapi perkara inilah yang akan memberikan impak yang besar kepada sesuatu jemaah dan organisasi.

Menyentuh hati paling menarik jika anda membaca buku abbas assisiy: Bagaimana menyentuh hati. Buku ini menerangkan tentang cara-cara yang perlu sebelum kita hendak berdakwah. Satu kisah yang menarik dalam buku ini bagaimana penulis buku ini hendak menegur seorang kanak-kanak kecil yang ketika itu muram dan sedih. Abbas Assisiy memikirkan cara apa yang paling sesuai untuk menegur kanak-kanak ini. Akhirnya beliau menegur dengan cara memijak kakinya untuk memulakan perbualan. Begitulah berhikmahnya cara beliau memulakan sesuatu. Beliau tidak terus menegur tetapi menggunakan cara yang sesuai yang mampu menyentuh hati seseorang.

Dalam suasana sekarang ini, kita sebagai khalifah di muka bumi ini memerlukan kita untuk bergerak dalam berjemaah ataupun berkumpulan. Hatta dalam membuat program persatuan pun memerlukan kerjasama dan kerja berkumpulan. Hal ini juga dikuatkan oleh pesanan Imam Ghazali bahawa kerja terancang memang sangat diperlukan pada akhir zaman ini. Saidina Ali pun berkata bahawa Kebatilan yang tersusun boleh mengalahkan kebaikan yang tidak tersusun.

Maka, untuk mewujudkan gerak kerja yang terancang dan dakwah yang betul-betul mantap, memerlukan kepada ukhuwah islamiyyah yang betul-betul mantap. Perkara ini boleh dilakukan seperti yang saya sebutkan di atas dan juga membuat program-program yang mengingatkan kita tentang ukhuwah islamiah yang sebenar seperti usrah, tazkirah dan sebagainya.

Di dalam sesuatu organisasi sesebuah jemaah, perlunya kepelbagaian perangai dan karakter yang akhirnya akan mewarnai jemaah itu dengan suasana yang pelbagai. Ada pimpinan yang serius,ada juga yang suka main-main,ada yang senyap, ada yang kuat melawan dan sebagainya. Warna-warni ini juga akan mempengaruhi seseorang untuk menjadi lebih fleksible dan berjiwa besar dalam apa-apa jua tindakan. Perkara ini juga akan menjadikan pimpinan dan ahli mempunyai contoh dan teladan masing-masing yang boleh diikuti tanpa menidakkan yang lain. Hal ini kerana fungsi jemaah itu memang untuk lengkap-melengkapi. Berbeza pandangan itu penting kerana dengan perbezaanlah kita akan cuba mencari titik persamaan antara kita. Selain itu, gerak kerja pun akan lancar kerana ada yang laju akan cuba membantu yang lambat. Yang garang ini pula akan cuba membantu yang lembut.

Akhir kata, hati merupakan sesuatu anggota badan yang sangat susah untuk dijaga. Jika salah perbuatan kita maka akan sakitlah hati kita dengan titik hitam. Jika tersalah cakap pula, akan terasa hati pula. Pendek kata memang susah untuk menjaga hati ini. Tetapi masalah hati ini bisa diselesaikan dengan proses taaruf yang mendalam, proses tafahum yang berkesan, dan juga proses takaful yang prihatin. Di samping itu, sifat berlapang dada dan menerima kritikan orang lain pun bisa menyelesaikan masalah hati ini. Semua konsep ini perlu dilakukan secara istiqamah agar hati ini bisa dijaga dengan sebaiknya. Insya Allah..

* Semua ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi. Sebarang kritikan membina boleh ditulis di comment. Maaf segala khilaf..


Monday, November 17, 2008

Masihkah ada harapan?


Halim membaca buku kepada Myra... Semoga berjaya dalam SPM mereka..

"Dia nampak ke tu?" Macam nampak je aku tengok. Detik saya dalam hati. Begitu kagum saya dengan saudara kita ini. Walaupun tidak nampak tetapi cara hidup mereka tidak ubah seperti kita. Jikalau anda lihat mereka ini pasti anda juga akan berasa kagum dengan mereka.

Kurniaan nikmat yang diberikan Allah s.w.t selama ini perlu disyukuri dengan hati yang ikhlas. Nikmat yang diberikan secara azali dan tidak disedari ini membuatkan kita lupa kepada Yang Maha Esa. Walaupun nikmat ini nampak seperti biasa dan tidak selalu disentuh tetapi ia amat penting sekali dalam hidup kita.

Nikmat penglihatan yang diberikan ini amat berguna dan beruntung kepada sesiapa yang bersyukur dan mengetahui. Hal ini kerana dari pandangan mata akan jatuh ke hati dan disertakan dengan perbuatan. Jika pandangan mata dijaga, pandangan hati pun akan terjaga juga. Kita sekarang masalahnya pandangan mata tidak terjaga tetapi pandangan hati pula suruh dijaga. Nauzubillah. Pada hari ahad yang lepas, saya berkesempatan untuk membacakan buku di Sekolah Pendidikan Khas, Setapak.

Apabila sampai di Sekolah Pendidikan Khas, Setapak ini saya merasakan diri ini terlalu kerdil untuk membacakan buku kepada insan yang sangat teristimewa ini. Dalam keadaan hujan lebat, saya dan rakan-rakan seperjuangan rempuh juga demi untuk membantu dalam pelajaran mereka.

Mereka ini kebanyakannya akan menduduki SPM dan STPM. Pelajar yang sempat saya bacakan buku kepadanya bernama Sharliza. Beliau akan menduduki SPM tahun ini. Semalam beliau baru sahaja selesai menjawab kertas Sains Teras. Hari Ahad sebelum itu, saya sempat membacakan sharliza buku Sains. Habis dua bab saya bacakan kepadanya. Apabila saya membacakan buku kepadanya, satu soalan yang bermain di fikiran saya adalah mereka faham ke tidak ini saya bacakan buku kepada mereka. Hal ini kerana apabila saya bacakan buku ini, banyak jugalah bab yang saya sentuh. Contohnya seperti jenis-jenis pemprosesan makanan,jenis polimer dan sebagainya. Semua ini memerlukan kepada gambar rajah dan penghafalan. Risau juga saya takut-takut mereka tidak memahami apa yang saya bacakan.

Apabila saya fikirkan kembali, mereka ini memang sangat teristimewa. Walaupun mereka tidak boleh melihat tetapi hati mereka sentiasa melihat. Walaupun pandangan kasar tidak dapat digunakan tetapi pandangan hati mereka sentiasa berfungsi dengan baik. Selain itu juga, satu kelebihan mereka ialah mereka dapat menghafal apa yang dibacakan kepada mereka dengan baik. Kekuatan ingatan mereka sangat kuat sehingga mereka boleh mengingat ayat dan muka surat. Saya seperti saya katakan di atas membaca buku Sains. Sharliza ini dia boleh ingat bab apa yang dibaca dan juga bab-bab kecil dalam bab itu. Memang sangat mengkagumkan.

Ingatlah semua, walaupun mereka ini tidak dapat melihat tetapi hati mereka sangat bersih dan suci. Lebih suci daripada hati kita semua. Janganlah kita memperlekehkan mereka dalam apa jua yang mereka lakukan kerana kita tidak tahu kehebatan mereka yang sebenar. Kita juga pula bersyukur kerana dikurniakan pandangan mata dan gunakanlah sebaik mungkin nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. Pengalaman bersama insan istimewa ini tidak akan saya lupakan. Oleh sebab itu, pandanglah dengan pandangan hati kerana hati tidak akan menipu dan sentiasa bercakap benar.

"Semuanya bermula dari hati"

Thursday, November 13, 2008

Barack Obama vs Politik Malaysia..


BBC mengatakan kemenangan Barrack Obama sebagai 'A Historic Victory'. Ucapan Obama selepas kemenangan yang meyakinkan untuk terpilih sebagai Presiden Amerika yang baru sangat memukau. Lautan manusia membanjiri padang untuk mendengar ucapan sulung Obama.


Karisma ucapan beliau menjerit memberitahu agenda besar negara beliau. Ada yang menitis air mata, ada yang melompat kegembiraan, ada yang tergamam, ada yang terharu, dan pelbagai warna perasaan lautan manusia. Slogan New Dawn for United States menangkap imaginasi rakyat Amerika. Ketika berucap, beliau mengatakan, ..."to Mc Cain... Mc Cain fought hard and long for this campaign,...and it is harder and longer for the country that he loves, he has indured sacrifice for America,..I congratulate him, and governor Palin for all they achieved, I look forward to work with them, renew this promise nation into mountain heat...". Ini kematangan politik di sana.


Di Malaysia kita sangat malang kerana mempunyai ahli politik yang tidak matang malah tidak berwawasan. Banyak kerosakan berlaku kerana kejahilan ahli politik. Dewan Parlimen menjadi 'sarkas' kerana sikap ahli politik yang takut untuk berdebat. Banyak angkara ahli politik yang menjahanamkan batu asas negara. Soal Bahasa Melayu, soal masa depan agama Islam, kuil dirobohkan, rasuah, skandal seks, sentimen bangsa yang sempit, hukum rimba ISA dan pelbagai lagi.


Tidak ada semangat kerjasama erat dan kesefahaman antara pemerintah dan pembangkang. Permainan politik mereka ialah 'zero sum game'. Wacana baru 'post- partisan' sepatutnya dibudayakan. Ungkap sdr Yusmadi ('Obama' Malaysia) dalam satu forum di sebuah universiti. Apa salahnya pemimpin Melayu berlapang dada dan menumpukan agenda memperkasa agama dan bangsa? Apa salahnya pemimpin Melayu duduk semeja membincangkan agenda ekonomi dan perpaduan bersama?


Sepatutnya politik di Malaysia lebih matang dan berwawasan, kerana majoriti kita adalah orang Islam. Malu kita kerana mempunyai pemimpin yang tidak bermaruah. Sudah terang lagi benderang, pemilihan bahagian parti penuh dengan jijik rasuah dan 'menjilat' pemimpin. Kasihan bagi individu yang baik dan berpelajaran untuk berjuang, kerana ditolak mentah- mentah oleh majoriti yang korup.

Nampaknya lingkaran pemimpin yang keliru masih berputar. Ini akibat kekeliruan ilmu dan 'loss of adab' yang diungkap oleh Prof Naquib Al Attas.

Nampaknya, masa depan negara masih kelam. Jika New Dawn dan Change! di Amerika tidak mustahil, di Malaysia bagaimana?


Dipetik daripada http://hilmimadani.blogspot.com

Wednesday, November 12, 2008

Pengalaman di Program Latihan Kepimpinan Pengurusan dan Organisasi


Kepimpinan pengurusan dan organisasi adalah salah satu teknik dan ciri-ciri pemimpin yang perlu ada oleh setiap pelajar dan mahasiswa. Selain itu. Kemahiran tambahan yang lain seperti bercakap di depan khalayak ramai,bersifat kritis dan berbudaya ilmu merupakan pelengkap kepada kemahiran yang sedia ada.

Dengan semangat yang kental ditunjukkan oleh semua AJK, akhirnya misi untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa tentang Pengurusan Organisasi berjaya diadakan. Ia diadakan di Kem Bukit Lagong,Selayang selama 3 hari 2 malam. Program yang dianjurkan oleh Kelab Bimbingan Mahasiswa, Universiti Putra Malaysia ini dihadiri seramai 20 orang mahasiswa UPM. Fasilitator dari PKPIM UIAM juga turut dijemput bagi membantu program ini.

Program ini banyak diisi oleh aktiviti yang santai selain aktiviti yang memerlukan kerja kumpulan dan pembentangan oleh setiap kumpulan. Selain modul menarik yang disediakan oleh penganjur membuatkan peserta tidak merasa bosan dengan program ini. Modul seperti modul kepimpinan, potensi diri disediakan agar visi dan misi program ini tercapai.

Setelah penat bermodul di dewan program, peserta juga dihidangkan dengan aktiviti lasak yang menguji kekuatan mental peserta. Aktiviti Berjalan Malam(Night Walk) diadakan bagi merasai keindahan hutan pada sebelah malam selain melawan rasa takut dalam diri. Pada aktiviti ini sedang dijalankan hujan turun dengan lebatnya menyebabkan peserta lebih berhati-hati kerana tanah dan permukaan bumi menjadi licin dan berlumpur. Aktiviti memang sukar untuk dilupakan.

Selain itu, aktivit lasak yang lain seperti Obstacle dan Flying Folks juga diadakan oleh pihak penganjur. Aktiviti ini memang sangat menarik kerana halangan yang disediakan sangat mencabar mental dan fizikal. Saya berkesempatan untuk mencuba kedua-dua halangan yang disediakan. Di kem ini, terdapat satu halangan yang baru siap dibina dan saya dan kawan-kawan berkesempatan untuk menggunakan yang baru dan juga yang lama. Pada mulanya, saya malas untuk mencuba kerana badan saya agak kurang bermaya untuk melakukannya. Tetapi dek kerana sahabat yang mendorong saya tetap melakukannya. Memang sangat menarik sehingga basah-basah baju saya membuat aktiviti ini. Ada juga halangan yang memerlukan kita perlu menyelam dalam air kotor dan sebagainya. Pengalaman yang mengerikan tetapi sangat seronok.

Program ini habis pada hari rabu tetapi saya dan rakan-rakan UIA telah balik pada malam selasa kerana ada hal yang perlu diselesaikan di kampus. Apa-apapun pengalaman berada di program ini sangat menarik dan saya mendoakan semoga PKPIM UPM terus berjaya dalam perjuangannya dalam dakwah mereka di kampus UPM.

12/11/2008

Di rumah

10.00 malam.