Sunday, February 24, 2008

Pengisytiharan Dokumen Pilihan Raya Umum ke 12

SIDANG MEDIA PENGISTIHARAN DOKUMEN PILIHANRAYA UMUM KE 12: 13 TUNTUTAN PELAJAR(Dilancarkan pada 22 Februari 2008, 15 Safar 1429, Jumaat, di Yayasan Penataran Ilmu, Kuala Lumpur)

BISMILLĀHIRRAHMĀNIRRAHĪMDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha PenyayangSebagai sebuah komponen dalam masyarakat, kami dengan penuh insaf ingin menyatakan tuntutan dan hasrat kami.

Kami yakin, dalam pembinaan sebuah negara yang demokratik dan berjaya, peranan dan potensi generasi muda tidak harus diabaikan.

Kami juga sedar bahawa masa depan negara terletak di bahu generasi muda hari ini.Maka, kami menyatakan 13 tuntutan yang harus dipertimbangkan oleh bakal- bakal calon dan kerajaan yang akan datang, bagi memastikan agenda mengangkat martabat generasi muda dapat dilaksanakan:

1 Menukar Sains dan Matematik Kepada Bahasa MelayuProses pengajaran dan pembelajaran subjek berteraskan Sains dan Matematik dikembalikan kepada bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu agar tidak berlaku kemerosotan pelajar luar bandar. Malah agar minat dan kefahaman pelajar dapat dipertingkatkan jika diajar dalam bahasa Melayu

2 Membanteras Program Hiburan Melampau dan Gejala HedonismeGenerasi muda harus tidak diekploitasi sebagai konsumer hiburan yang melampau. Potensi mereka harus dibangunkan mengikut modul modal insan yang seimbang. Kerajaan harus mengawal program hiburan.

3 Menolak Universiti Berteraskan Parti politikKewujudan universiti berteraskan parti politik tidak membina bangsa yang berkongsi semangat kebangsaan, dari segi bahasa dan ‘worldview’, akhirnya memecahkan lagi pola ketidakseimbangan perpaduan kaum

4 Menuntut Autonomi UniversitiBukan sekadar autonomi pentadbiran, tetapi autonomi ilmu dan idea. Universiti harus mengekalkan prestij keilmuan dengan tidak membenarkan ahli politik memegang tampuk Canselor dan Naib Canselor, akan tetapi kepada ahli akademik yang ada kredibiliti.

5 Mewajibkan Subjek Falsafah di Semua Universiti dan Pilihan Terbuka Subjek MinorIni bertujuan menyeimbangkan mahasiswa dengan elemen berfikir dan kemanusiaan. Malah, subjek minor secara terbuka dapat mengembangkan potensi mahasiswa kelak.

6 Menyediakan Biasiswa dan Bantuan KewanganMenuntut pihak kerajaan menyediakan biasiswa pengajian penuh kepada pelajar bumiputera dan bantuan kewangan yang mencukupi kepada pelajar bukan bumiputera, seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Alternatifnya ialah menghapuskan caj 3% yang dikenakan PTPTN serta merta.

7 Menjadikan IPT Sebagai Zon Internet PercumaMenyediakan kemudahan capaian internet wireless secara percuma dan menyeluruh di seluruh institusi pengajian tinggi, bagi memudahkan proses pembelajaran dan penyelidikan

8 Meminda AUKUAUKU harus dipinda dan memberi kebebasan mahasiswa untuk berpersatuan dan berpolitik. Legasi AUKU menyebabkan telah lahir generasi yang berjiwa kecil dan pasif.

9 Menolak Pelabelan ‘Pro Kerajaan’ dan ‘Pro Pembangkang’.Pelabelan ini sebenarnya permainan politik sempit politik kepartian, yang ingin menguasai legitimasi parti di universiti. Label yang tidak sihat ini menyebabkan jurang di kalangan mahasiswa melebar.

10 Menolak Sikap Prejudis Terhadap Program Da’wah di UniversitiSesetengah universiti menyekat program da’wah seperti gerakan tabligh, usrah dan membincangkan tokoh pemikir Islam. Sikap universiti ini menghalang daripada pembinaan mahasiswa yang kritis dan berperibadi mulia.

11 Mengangkat Tema Islamisasi Sebagai Teras Universiti.Universiti harus menjadikan universiti sebagai pusat Islamisasi ilmu, dengan memperkenalkan subjek pengajian Islam dengan lebih meluas, dan mendidik mahasiswa supaya jurang ‘compartmentalizatio n’ tidak melebar.

12 Mendaulatkan Bahasa Melayu di Tempatnya.Bahasa Melayu harus diletakkan sebagai 'the utmost priority' bagi bakal kerajaan. Sikap pemimpin yang meremahkan bahasa Melayu merupakan sikap yang perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia.13 Melantik Wakil Senator di Kalangan PelajarWakil pelajar ini dapat menyuarakan suara secara langsung dalam Parlimen, secara tidak lansung mengiktiraf pelajar dalam proses pembinaan negara.Dokumen lengkap

13 Tuntutan Pelajar Malaysia boleh didapati di http://www.pkpim. net/

PKPIM tuntut seorang wakil pelajar di Dewan Negara

Ali Bukhari Amir Fri Feb 22, 08 9:26:35 pm MYT
KUALA LUMPUR, 22 Feb. (Hrkh) – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menuntut kehadiran sekurang-kurangnya seorang wakil pelajar sebagai Senator di Dewan Negara selepas pilihan raya umum ke-12 akan datang.

"Ini semua adalah suatu kaedah terbaik bagi memastikan segala permasalahan kaum pelajar di negara ini dapat dibincangkan secara lebih terbuka dan sihat menerusi saluran yang lebih kuat," kata Presiden PKPIM Mohd Hilmi Ramli.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media mengenai 'Pengisytiharan Dokumen Pilihan Raya Umum Ke-12' yang dipersetujui oleh kira-kira 20 buah pertubuhan pelajar termasuk lima orang bekas pimpinan pelajar Majlis Perwakilan Pelajar tahun lalu.
"Sekiranya tuntutan-tuntutan ini tidak diendahkan oleh pihak atasan, maka kami semua akan melakukan tindakan yang lebih agresif bagi tujuan mencapai maksud kami.
"Semua tuntutan ini perlu dilaksanakan segera. Jika tidak, masalah-masalah kaum pelajar akan lebih banyak dan semakin banyak isu yang gagal diselesaikan, " kata beliau sambil memperincikan 13 tuntutan lainnya.
Selain syor wakil pelajar sebagai Senator Dewan Negara, badan pelajar itu membariskan hal seperti usaha membasmi program hedonisme, pindaan Auku, menolak kewujudan IPT berteraskan kepartian, autonomi universiti, mewajibkan ilmu falsafah, biasiswa, internet percuma, mengelak istilah pro kerajaan-pembangkan g, prejudis kepada dakwah IPT, tema Islamisasi dijadikan teras universiti dan mendaulatkan bahasa Melayu.
"Tetapi, antara tuntutan pelajar yang terpenting adalah usaha mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.
"Kami akan menemui kerajaan untuk membincangkan kembali hal-hal ini," kata Mohd Hilmi.

Hari Pelajar
Dalam sidang media itu juga, Mohd Hilmi berkata, PKPIM turut mengesyorkan kerajaan akan datang dapat mengisytiharkan Hari Pelajar sebagai satu penghargaan ke atas pelajar di negara ini.
"Kami akan berbincang dengan lebih lanjut kepada kerajaan mengenai tarikh-tarikh yang boleh dipersetujui bersama untuk kepentingan semua pihak," kata beliau

Friday, February 8, 2008

Islam terus subur di Turki

Semalam surat khabar Utusan Melayu 8/2/2008 menyiarkan tentang isu tudung di Turki yang di mana parlimen Turki bersetuju menarik balik larangan bertudung. Hal ini menunjukkan bahawa Islam di sana sudah diterima kembali walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada golongan sekular dan pengikut kemalisma.


Walaupun tentangan yang hebat diberikan oleh golongan sekular namun Islam di sana terus subur berkembang di merata tempat di Turki. Sejarah Turki menunjukkan bahawa walaupun pengaruh yang dibawa oleh Kamal Atarturk itu berkembang tetapi sesungguhnya bangsa Turki adalah bangsa yang beragama. Akar agama ini,iaitu Islam,menancap sangat dalam pada jasadnya. Maka tidak mungkin kemunculan pengaruh yang dibawa oleh Atarturk ini dapat mengubah tabiat orang Turki. Bangsa Turki juga tidak akan lupa bahawa mereka pernah menguasai wilayah yang luas di permukaan bumi selama lima abad dengan khilafah Islam.


Maka dengan itu, segala tekanan yang diberikan oleh Kamal Atartruk berjaya di tempis walaupun terpaksa dibayar dengan darah. Justeru itu,kita lihat sendiri bagaimana tekanan yang dikenakan terhadap Islam telah membangkitkan semangat ruhul jihad bangsa Turki dengan munculnya beberapa gerakan Islam dan parti politik yang beriltizam melakukan proses islamisasi masyarakat dan negara Turki.


Gerakan Said Nursi misalnya telah berjaya memecahkan ketebalan Kemalisame dengan penyebaran Risale-i-Nur dan merupakan satu-satunya sebaran dakwah Islam yang cukup berpengaruh dalam masyarakat Turki.


Dalam bidang politik pula kita menyaksikan Najmudin Erbakan,seorang professor Kejuruteraan di Universiti Istanbul,telah mencatakan nama sebagai seorang ahli politik Islam yang gigih berjuang bagi menempatkan semula Islam di sisi masyarakat. Dengan partinya National Salvation Party(NSP) telah berjaya mencairkan sedikit demi sedikit Kemalisme sejak menyertai pilihanraya yang diadakan di negara Turki.


Akhir-akhir ini satu revolusi baru telah bertiup di Turki di mana kebangkitan Tayyip Erdogan dan Abdullah Gul mengasaskan sebuah parti yang diberi nama Parti Keadilan dan Pembangunan(AKP). Parti yang berorientasikan Islam dengan mengekalkan perlembagaan sekular telah berjaya meraih simpati rakyat dalam dekad 90-an sehingga mencapai kemuncaknya dalam pilihanraya Turki pada tahun 2006. Kemuncak kejayaan parti ini apabila Abdullah Gul dilantik sebagai Presiden Turki yang baru.


Oleh itu, benarlah di dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud ”walaupun Islam ditekan,dihina,diancam dan sebagainya di seluruh dunia, tetapi Islam tetap ada juga di mana-mana”. Bersamalah kita mendoakan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia. Dan akhirnya kembali tertegak zaman kekhilafahan Islam yang tercinta ini.

Wednesday, February 6, 2008

Kajian tentang Solat

Pada awal muharam yang lalu, kami telah mengadakan sebuah program kaji selidik dan outreach iaitu “Solat Awareness Campaign” yang bertempat di Pudu Raya dan Pekeliling. Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk membuat kajian di kalangan masyarakat di situ tentang kepentingan solat. Program yang dikatakan ‘terjah’ ini pasti memerlukan kekuatan dalaman dan luaran. Hal ini kerana program seperti ini perlu untuk kita menyapa dan bertanya kepada masyarakat setempat dikala mereka sedang menunggu bas di sana. Seramai 35 orang sukarelawan Titian Wahyu telah pergi ke sana dengan kesedaran yang tinggi untuk membantu masyarakat di sana. Program yang hanya berlangsung selama satu setengah hari ini sudah pasti memberi pengalaman yang begitu beharga kepada semua sukarelawan. Hal sedemikian kerana pengalaman untuk berkata-kata di hadapan orang yang tidak dikenali adalah satu kerja yang bukan semua orang boleh melakukan. Lebih-lebih lagi kita bertanya tentang kepentingan solat.

Secara keseluruhan, kajian yang telah kami lakukan kepada 100 orang di tiga tempat berlainan iaitu Pudu Raya,Pasar Seni dan Stesen bas pekeliling. Statistik menunjukkan solat yang paling sukar dilakukan adalah Subuh dengan 73%. Manakala kajian menyatakan bahawa 65% bersetuju solat adalah salah satu punca kepada masalah gejala sosial yang berlaku hari ini. Oleh itu,anda semua boleh membayangkan keadaan masyarakat kita.

Solat di kalangan kita bukanlah perkara yang jangkal untuk diperkatakan. Tetapi adakah kita mengetahui kelebihan solat itu? Di sini saya ingin berkongsi tentang kelebihan solat itu di mana banyak masyarakat di luar sana yang tidak tahu akan perkara ini. Solat adalah ibadat awal dan pertama yang diwajibkan oleh Allah s.w.t secara langsung disampaikan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w pada malam mikraj itu. Oleh itu, tidak hairanlah solat boleh mencegah kepada kemungkaran. “Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu melarang perbuatan keji dan mungkar. Dan sungguh, mengingati Allah itu adalah lebih utama”:(surah al-ankabut ayat 45).

Kekhusyukan di dalam solat adalah tingkat yang paling tinggi daripada tingkat kejayaan. Hal ini kerana jika hati seseorang itu khusyuk maka seluruh anggota badan itu akan khusyuk. Misalnya dalam peristiwa keruntuhan tiang di masjid Jamik di Basrah, orang-orang di sekitar masjid itu riuh-rendah. Secara kebetulan di dalam masjid itu ada seorang ulama salaf sedang asyik solat. Lantaran teramat fana di dalam solat,ia tidak merasakan apa-apa pun sepertimana yang dirasakan oleh orang-orang di sekitarnya tadi. Hal ini menunjukkan kepentingan solat itu di sisi agama dan betapa tingginya darjat solat di sisi Allah s.w.t. Oleh itu, banyak gejala maksiat yang berlaku hari ini pasti akan dapat berkurangan jika kita kembali kepada fitrah kita dan dengan kehendak Allah s.w.t.


Rahsia Qiyamullail & Solat Hajat oleh Saifullah Ibnu Muhammad

Erti Sukerelawan

Baru-baru ini UIA telah mengadakan Minggu Kemanusiaan yang juga merupakan salah satu aktiviti tahunan UIA yang mempromosikan tentang pentingnya sukarelawan, kelab-kelab sukarelawan dan tokoh-tokoh yang yang terlibat dalam medan ini. Oleh itu,ingin saya tuliskan serba sedikit tentang makna sukarelawan sebenar yang merupakan satu faktor asas yang perlu dititikberat dan perlu dihayati bersama.

Jikalau kita sedar akhir-akhir ini, mahasiswa seolah-olah itu sudah alpa terhadap kerja masyarakat. Mereka lebih suka berada di “comfort zone”. Padahal mereka tidak sedar bahawa keadaan sebenar di luar sana amat memerlukan mereka terutamanya yang bergelar Mahasiswa. Di sini bukanlah ingin mengupas tentang kesedaran Mahasiswa kepada masyarakat tetapi lebih kepada kesedaran masyarakat itu sendiri.


Apabila kita menghayati takrifan sebenar kesukarelaan adalah membuat sesuatu perkara tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran daripada sesiapa. Tambahan pula, kerja ini adalah sesuatu yang amat mulia di sisi Allah s.w.t lebih-lebih lagi kita sebagai umat Islam sangat digalakkan dengan melakukan kerja amal seperti menolong saudara yang tidak berkemampuan, memberikan kasih sayang kepada golongan yang memerlukan dan sebagainya. Dalam hadis Nabi yang bermaksud: “Golongan yang berkasih sayang antara satu sama lain adalah seperti satu tubuh badan, jika salah satu anggota badan itu sakit maka keseluruhan anggota akan merasai kesakitannya”.

Kebanyakan orang yang menceburi bidang ini adalah kerana beberapa faktor dari perspektif masyarakat dan individu.Tumpuan disini ialah kepada nilai-nilai dan idealisme yang mendorong individu untuk bersukarela.

Rata-rata orang yang melibatkan diri adalah kerana kepuasan(satisfaction). Kepuasan yang dimaksudkan adalah perasaan lega dan bangga kerana dapat membantu orang lain yang memerlukan,disamping yang dibantu itu pula menghargai bantuan dan sumbangan yang diberikan.

Penglibatan serta kepuasan ini didorong juga oleh sifat altruisme(altruism) atau keinginan untuk melakukan sesuatu kebaikan kepada orang lain. Altruisme ini lahir daripada sifat semulajadi manusia serta penyerapan nilai-nilai sosial yang dialami individu. Maka pendorong kepada kerja ini selain kepuasan dan agama, menjadikan seseorang itu amat positif kepada dirinya dan pihak sasar yang mendapat manfaat daripadanya.

Maka kerja sukarelawan ini adalah satu kerja yang jarang-jarang boleh dilakukan jika tidak dihayati maksud sebenarnya dan tidak berlandaskan kepada syariah yang sebenarnya. Oleh itu, kerja ini perlu dihidupkan kembali kerana kebanyakan masalah yang berlaku di negara kita ini adalah kerana kurangnya kesedaran untuk membantu sesama kita. Walhal kita semua adalah bersaudara yang mana pepatah Melayu ”berat sama dipikul,ringan sama dijinjing”. Maka bersamalah kita semua untuk membuang sejauhnya sifat hasad dengki sesama kita dan juga kata jangan jaga tepi kain orang.


Menghayati kerja sukarela oleh Azizan Bahari