Sunday, May 31, 2009

Sekitar program Kem Belia di Pedas.








Pengalaman bersama program Belia: Merungkai permasalahan sosial belia masa kini.

Sampaikan walau satu ayat!


Khusyuk mendengar!

Pengalaman bersama pelbagai manusia di dunia ini mengajar saya tentang erti kehidupan. Kesabaran, keyakinan dan pengorbananyang tiada hadnya membuatkan kita kadang-kadang putus asa ataupun penat dengan kerenah dengan pelbagai orang.

Perangai seseorang manusia dibentuk dengan persekitarannya. Jika persekitarannya baik, maka akan baiklah seseorang itu. Keadaan persekitaran yang baik terbina daripada manusia yang baik. Mana mungkin persekitaran yang tidak sihat dibina oleh seorang manusia sahaja. Ia memerlukan kepada peranan semua orang untuk membinanya.

Pembinaan individu yang menyeluruh memerlukan masa yang panjang. Hal ini kerana makhluk Allah swt yang bernama manusia ini penuh dengan sifat lupa dan kelemahan. Banyak proses pembinaan manusia ini kadang-kadang tidak efision dengan keadaan persekitaran. Hal ini kerana ada orang yang mempunyai kesedaran ini tidak mempunyai method(cara) yang sesuai dengan masyarakat. Oleh sebab itu, timbul lagi masalah dalaman yang tiada penghujungnya. Ada yang kata cara aku yang betul, cara engkau salah. Ingatlah, perkara ini tiada penghujungnya!

Apabila mereka yang mempunyai kesedaran ini sudah berada dalam zon selesa, mereka sudah berada dalam zon yang mengatakan yang lain jahat dan aku sebenarnya baik. Mereka langsung tidak ingin mendekati orang yang kurang bernasib baik ini untuk dijadikan mata dakwah mereka. Mereka fikir apabila mereka masuk dengan golongan seperti ini mereka akan jadi seperti mereka. Sedangkan mereka belum berbuat lagi tentang apa yang difikirkan mereka.

Maka, walaupun kita ini tidak sebaik mana untuk mengajak kepada kebaikan, tetapi ingatlah Allah swt melihat kepada niat kita dan usaha kita untuk melakukannya bukannya kepada hasilnya. Walaupun kita ini sebaik orang pun tetapi jika kita tidak memikirkan soal masyarakat, baik kita hanyalah sia-sia sahaja. Sampaikanlah walau satu ayat. Jika ingin melihat masyarakat baik, kita sendiri perlu sampaikan kepada mereka akan kebaikan itu. Walaupun satu ayat. Ingat kawan-kawan!!!!


Sunday, May 17, 2009

Terima Kasih Cikgu!


Bersama ustaz Khazri!

Suatu hari, ketika saya bangun dari tidur, saya teringat satu peristiwa yang membuatkan aku teringin sangat hendak membuatnya. Saya dari semalam lagi asyik berfikir bagaimanakah caranya saya ingin memberi salam kepada cikgu. Hati saya sangat berdebar. Mana tidaknya ini hari pertama saya menjadi ketua kelas.

Sebelum saya masuk SHAMS, saya bersekolah di sekolah Men Ampangan. Di sini saya hanya seorang pelajar biasa. Tidak pernah bercakap di depan orang ramai. Bercakap di depan kelas pun sudah membuatkan saya berasa gugup. Tetapi di sini keinginan untuk bercakap di depan orang ramai tidak sangat kerana pembentangan di depan kelas tidak banyak sangat. Di sekolah ini tidak dilatih sangat untuk bercakap di depan tetapi banyak didedahkan dengan aktiviti kokurikulum yang sangat banyak. Antaranya silat, persatuan bulan sabit merah, pengangkap dan sebagainya.

Selamat pagi ya ustazah! Satu kelas menyahut tanda menghormati cikgu yang baru masuk. Ini kali pertama saya menjadi ketua kelas. Darah gemuruh masih ada lagi. Baru beberapa bulan masuk SHAMS sudah dipilih menjadi ketua kelas. Maklumlah kelas saya ini memang kekurangan lelaki. Nak tak nak mesti kena jadi punya. Pengalaman yang sangat menarik sebenarnya.

Bermula dari sini, saya sedikit demi sedikit cuba untuk biasa bercakap di depan orang ramai. Dengan menjadi ketua kelas, saya dapat berjumpa dengan setiap cikgu yang mengajar saya. Selain itu, cikgu mudah mengenali nama saya kerana ketua kelas. Peluang ini saya guna sebaik mungkin untuk membiasakan diri.

Satu hari yang tidak boleh saya lupakan adalah hari ujian lisan Bahasa Melayu. Ujian ini memerlukan kami untuk berforum di depan kelas. Saya dengar forum mesti kena cakap depan orang kan. Darah saya kembali gemuruh. Perasaan masa tu memang sangat takut. Bukan setakat takut dengan kawan-kawan, takut dengan cikgu pun ada. Lebih-lebih lagi cikgu ini memang sangat garang jika kita tidak mengenali dia dengan lebih mendalam. Saya pun buat muka selamba apabila dia masuk tetapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Berakhirnya kumpulan saya dalam ujian lisan ini bermakna gemuruh hati saya pun berakhir. Saya pun tidak tahu apa yang saya cakapkan tetapi yang penting saya sudah berjaya bercakap depan orang. Walaupun dikritik hebat oleh Cikgu Noriah tetapi saya berbangga dapat melawan perasaan takut saya. Terima Kasih Cikgu Noriah yang banyak merubah saya selepas keluar dari SHAMS!

Itu baru satu kelemahan saya. Ada banyak lagi kelemahan saya yang saya rasa cikgu di SHAMS ini telah mengubah sedikit demi sedikit saya ini daripada yang buruk ke baik. Banyak pengalaman baru yang mengubah persepsi saya tentang cikgu. Mari kita bersama mengenali cikgu saya.

Mula-mula saya masuk SHAMS, saya ingat cikgu-cikgu yang mengajar mesti semuanya Bangsa Melayu. Tetapi tekaan saya tidak tepat. Ada juga cikgu Cina dan India. Cikgu-cikgu ini dia tidak kisah dengan peraturan sekolah agama Islam. Itu yang saya puji. Mereka sanggup mengajar di sekolah agama. Saya cukup hormat pada mereka.

Cikgu Matematik Tambahan saya seorang Cina. Miss Ong namanya. Beliau sangat komited mengajar kami subjek ini walaupun kami semua kadang-kadang paham dan ada juga buat-buat paham. Komited dia tidak dapat dicakap lagi. Apabila beliau mengajar mesti dia akan suruh kami buat di depan. Paham ke tidak paham ke semuanya kena tunjukkan jalan kerja di depan. Itu yang membuatkan saya seronok apabila memasuki kelas dia. Ini cikgu Cina yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila.

Apa yang penting, semua cikgu-cikgu saya memang seorang komited dan sentiasa inginkan perubahan daripada anak murid mereka. Semuanya pasti saya akan ingat sampai bila-bila. Terima Kasih cikgu-cikgu yang mengajar saya di Sekolah Men Ampangan, tingkatan 1 Dahlia, 2 Angsana, 3 Angsana dan semua cikgu-cikgu SHAMS tingkatan 4 Ihsan dan 5 Ihsan.

Bahasa Melayu - Cikgu Noriah

Bahasa Inggeris – Cikgu Zalia

Sejarah – Cikgu Wan Mahanum

Sains – Cikgu Kamariah

Bahasa Arab – Ustaz Khazri.Ustazah Sawiyah

Pendidikan Syariah Islamiah – Ustazah Zuriyanai

Pendidikan Quran dan Sunnah - Ustazah Asmah

Prinsip Akaun – Cikgu Suhaida

Perdagangan – Cikgu Suhaida

Matematik Moden – Cikgu Asmah

Matematik Tambahan – Miss Ong

Sajak untuk Cikgu:

Salam buat cikgu tersayang,

Sepanjang kita bersama dan berjuang,

Cikgu sentiasa berada di setiap kali saya bertanya soalan,

Waktu rehat, waktu terluang, dan waktu pulang,

Tak pernah jemu menerima saya dengan senyuman,

Untuk membimbing saya yang kedangkalan ilmu pengetahuan

Sebagai manusia biasa saya akui saya banyak kekurangan,

Kadangkala saya melakukan kesilapan,

Sering berlaku kecuian,

Tapi cikgu tak pernah letih membetulkan,

Yang salah cikgu tunjukkan,

Yang tak betul cikgu tegurkan,

Khabar saya selalu cikgu tanyakan,

Besarnya jasa dan pengorbanan yang cikgu curahkan,

Tak terbalas dengan wang ringgit mahupun emas segantang,

Hanya Allah sebaik-baik pemberi balasan,

Cikgu, dirimu tak mungkin ada gentian!

Andai ada kesilapan yang melukakan,

Dan mengguris perasaan,

Sepuluh jari saya hulurkan, pohon kemaafan,

Ketahuilah saya tak pernah sengaja melakukan,

Mungkin saya sendiri yang kelalaian ataupun kealpaan,

Memang fitrah kita sebagai insane,

Jutaan Terima Kasih saya ucapkan,

Atas segala tunjuk ajar dan penat lelah yang cikgu berikan,

Bagi melihat saya menggapai kejayaan,

Perjuangan ini baru bermula,

Doakan saya terus gagah berusaha,

Dan tak kenal erti putus asa,

Kuat tabah walau apa yang menimpa,

Kerana hidup ini Cuma sementara,

Akhirat jualah yang abadi untuk selamanya,

Saya sayang cikgu!!!!!!

Dipetik daripada Catatan Hati Nik Nur Madihah

Pelajar Terbaik SPM 2009




<

Friday, May 15, 2009

Demam Denggi!


Waktu Melawat: 9.30-12.30tgh, 4.30-8.30malam

"Abg Wan, abg ok tk ni? Tkpa2. Nanti saya hantar abg ke klinik. Teruk benar abg ni. Risau saya dengan abg wan. Seorang sahabat lama saya sejak dari Matrik. Risau dengan keadaannya yang demam sangat panas pada hari sabtu yang lepas. Mula-mula saya fikir demam biasa. Tetapi tgk balik keadaannya yang bukan macam demam biasa saya dah mula risau. Masa itu plak, saya dan sahabat yang lain sedang berprogram di Putra Villa pada 9hb yang lepas. Perasaan berbelah bagi pun ada untuk meninggalkan abg wan keseorangan di bilik saya.

Demam Denggi masa sekarang makin lama makin menjadi di antara kita. Kadang-kadang ia menjadi semakin barah jika kita tidak mengubatinya dari awal. Dengan keadaan dunia yang dilanda wabak H1N1 membuatkan kita perlu berasa risau dengan kesihatan kita. Apabila dengar pasal demam ini, membuatkan saya sendiri agak takut sebenarnya. Takut-takut saya tiba-tiba perlu menghadapi ujian yang berat ini.

Apabila dengar cerita daripada abg wan sendiri bagaimana ia terkena demam ini membuatkan saya risau dengan kemampuan diri ini untuk menghadapi ujian seperti ini. Beliau cerita apabila merasai simptom2 sebelum disahkan mengenai demam denggi amat berat sekali. Ada sekali sampai satu tahap badan terasa kehilangan banyak air dan membuatkan diri kita tidak bermaya untuk merasai air dan makanan. Apabila hendak makan tidak boleh masuk dan juga minuman. Pendek kata semua benda yang ingin masuk semuanya akan dikeluarkan kerana badan sangat lemah untuk menerimanya.

Sekarang, beliau sudah selamat berada di Hospital Serdang. Saya dan beberapa sahabat yang lain sempat pergi melawat dia di sana. Keadaan sudah bertambah baik. Tetapi perlu berehat secukupnya agar metabolisme badannya kembali normal. Sesiapa yang ingin melawat beliau di Wad Tujuh C katil 21. Harap doakan semoga beliau cepat sembuh.

"Kebajikan merentasi sempadan"

Tuesday, May 12, 2009

Visi dan Misi


Bersama mencapai visi dan misi

Apabila anda mendengar visi dan misi, apa yang berada di fikiran anda? Tentu anda fikir mesti bersifat retorik. Ayat senangnya, “ala, cakap je lebih”. Tetapi benda ini yang lebih penting daripada apa yang kita sangkakan.

Visi dan Misi adalah satu perkara yang perlu diambil secara serius oleh kita. Ia selalu digunakan di dalam sesebuah organisasi tetapi ia juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Pendek cerita, visi dan misi inilah yang akan membawa diri kita ke mana hendak pergi dalam hidup ini.

Visi adalah perkara yang hendak dicapai dalam sesebuah organisasi. Manakala Misi adalah perkara yang perlu dilakukan dalam mencapai visi tersebut. Perkara ini sangat menarik kerana apabila kita mempunyai visi yang jelas dalam hidup ,pasti apa yang kita kerjakan dalam hidup ini akan diarah dengan misi kita.

Sebagai hamba yang sentiasa takutkan tuhan, kita perlu ada visi dan misi. Sebagai contoh hidup seorang muslim visinya adalah ingin Berjaya di dunia dan akhirat. Maka misinya pula perlu kea rah visi kita. Sebagai contohnya menunaikan solat lima waktu, berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan sebagainya yang pastinya ke arah kebaikan.

Oleh itu, mulai hari ini kita semua perlu mempunyai visi dan misi hidup dalam hidup kita. Hal ini kerana kesannya bukan kita akan lihat sekarang tetapi mungkin akan dilihat pada masa akan datang. Saya sendiri belajar semua ini daripada gerakan pelajar PKPIM dan saya rasa banyak lagi saya belajar daripada gerakan ini.

Visi Ahmad Izzat Bin Atan

- Menjadi seorang insan yang dapat menyumbang kepada umat

Misi
- Sentiasa menjalankan tugas sebagai hamba kepada Allah s.w.t
- Mengikuti program-program yang membina kesedaran dan kekuatan dalam menyumbang kepada umat
- Tidak membina dinding dengan semua orang bahkan membina hubungan yang murabbi dengan semua orang
- Istiqamah dalam sesuatu bentuk kerja kebaikan
- Sentiasa utamakan keutamaan dalam kehidupan

Friday, May 8, 2009

Tafsir Al-Azhar: Surah Az-Zukhruf ( Hiasan) 1-5

“Haa Miim” ( ayat 1). Allah dan RasulNya saja yang tahu arti dan maksudnya.
“Demi kitab yang menerangkan”. ( ayat 2). Begitu bunyi pembukaan ayat 2 dari surat ini. Al-Quran telah dijadikan peringatan penting dengan dijadikan sumpah oleh Tuhan. Dia adalah kitab yang menerangkan, yang memberikan penjelasan.

Apatah lagi setelah diiringi oleh ayat-ayat: “ Sesungguhnya Kami telah menjadikannya al-quran bahasa Arab, supaya kamu mengerti.”( ayat 3). Mempergunakan akalmu buat menyelami isinya. Dan dijelaskan lagi, bahawa dia bukan sembarang kitab, tetapi wahyu yang naskhah aslinya bukan di bumi.

“Dan sesungguhnya dia di ibu kitab di sisi Kami: tinggi mengandung kebijaksanaan”. (ayat 4). Ibu kitab ialah: “Al-Lauh al-Mahfuzh”. Tinggi tempatnya, tinggi darjatnya di antara sekalian kitab, dan isinya pun penuh dengan kebijaksanaan, curahan ilahi. Maka orang-orang yang menjadikannya pegangan hidup, niscaya akan turut tinggi pula martabat jiwanya dan terisi dengan kebijaksanaan.

Tetapi meskipun demikian begitu tinggi dan begitu bijaksana isi Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab, hingga dapat mereka fikirkan, namun manusia masih saja tertutup hatinya, tidak mahu menerima ketika di ajak. Apakah penurunan Al-Quran akan diberhentikan, kerana ada manusia yang tidak mahu percaya?

“ Apakah akan kami hentikan dari kamu peringatan itu, serta merta lantaran kaum yang melampaui batas?” (Ayat 5). Atau kamu sudah ketertaluan? Tidak, ajakan dan seruan Tuhan yang dibawa oleh Nabinya sekali-kali tidak akan diberhentikan, kerana ada yang menentangnya. Dia akan jalan terus. Sebab kebenaran jua yang akan menang. Nabi-nabi diolok-olokkan, sudah biasa dari dahulu-dahulu.

Isi penting:
1. Al-Quran dijadikan dalam Bahasa Arab supaya mudah kaum Arab memahaminya.
2. Seruan mengajak ke Agama Islam tidak akan dihentikan selamanya. Sebab kebenaran jua yang akan menang.
3. Para Nabi sudah biasa dengan ujian-ujian yang mereka hadapi daripada kaum Kafir sejak dari dahulu lagi.