Wednesday, November 19, 2008

Menyentuh hati...


Baru balik Riadhah.. Taman Metropilitan...

"Syeikh, anta bila nak turun Matrik? Lawat adik2 ni.. Banyak yg kita kena bantu. Adik2 ini perlukan bantuan kita.." Sahabat saya menegur saya. Tersedar saya. Memang itu sepatutnya perlu dilakukan dalam hidup berjemaah ini.

Ziarah Fardhiah merupakan satu program untuk menguatkan ikatan hati sesama kita. Ziarah dapat dilakukan dengan berbagai cara seperti ziarah ke bilik-bilik, ziarah keluarganya di rumah dan sebagainya. Malah dengan melakukan seperti ini, ia lebih mendekatkan diri kita dengan mad'u ataupun dengan sahabat kita.

Perkara ini perlu supaya apabila hati-hati para pendakwah sudah terikat dan bersatu, ia akan memudahkan lagi kerja yang memerlukan kerjasama para pendakwah ini. Jika hati-hati ini masih lagi dibelenggu dengan masalah, maka agak sukar untuk melakukan sesuatu secara bersama dengan ikhlas.

Selain itu, 6 perkara yang perlu dilakukan dan selalu disebut-sebut oleh abang-abang dan kakak-kakak ini untuk menyentuh hati dan mengeratkan silaturrahim adalah solat,makan,belajar,program,usrah dan tidur bersama. Pandangan ini lebih kepada pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang lain. Walaupun perkara ini nampak seperti biasa dan remeh, tetapi perkara inilah yang akan memberikan impak yang besar kepada sesuatu jemaah dan organisasi.

Menyentuh hati paling menarik jika anda membaca buku abbas assisiy: Bagaimana menyentuh hati. Buku ini menerangkan tentang cara-cara yang perlu sebelum kita hendak berdakwah. Satu kisah yang menarik dalam buku ini bagaimana penulis buku ini hendak menegur seorang kanak-kanak kecil yang ketika itu muram dan sedih. Abbas Assisiy memikirkan cara apa yang paling sesuai untuk menegur kanak-kanak ini. Akhirnya beliau menegur dengan cara memijak kakinya untuk memulakan perbualan. Begitulah berhikmahnya cara beliau memulakan sesuatu. Beliau tidak terus menegur tetapi menggunakan cara yang sesuai yang mampu menyentuh hati seseorang.

Dalam suasana sekarang ini, kita sebagai khalifah di muka bumi ini memerlukan kita untuk bergerak dalam berjemaah ataupun berkumpulan. Hatta dalam membuat program persatuan pun memerlukan kerjasama dan kerja berkumpulan. Hal ini juga dikuatkan oleh pesanan Imam Ghazali bahawa kerja terancang memang sangat diperlukan pada akhir zaman ini. Saidina Ali pun berkata bahawa Kebatilan yang tersusun boleh mengalahkan kebaikan yang tidak tersusun.

Maka, untuk mewujudkan gerak kerja yang terancang dan dakwah yang betul-betul mantap, memerlukan kepada ukhuwah islamiyyah yang betul-betul mantap. Perkara ini boleh dilakukan seperti yang saya sebutkan di atas dan juga membuat program-program yang mengingatkan kita tentang ukhuwah islamiah yang sebenar seperti usrah, tazkirah dan sebagainya.

Di dalam sesuatu organisasi sesebuah jemaah, perlunya kepelbagaian perangai dan karakter yang akhirnya akan mewarnai jemaah itu dengan suasana yang pelbagai. Ada pimpinan yang serius,ada juga yang suka main-main,ada yang senyap, ada yang kuat melawan dan sebagainya. Warna-warni ini juga akan mempengaruhi seseorang untuk menjadi lebih fleksible dan berjiwa besar dalam apa-apa jua tindakan. Perkara ini juga akan menjadikan pimpinan dan ahli mempunyai contoh dan teladan masing-masing yang boleh diikuti tanpa menidakkan yang lain. Hal ini kerana fungsi jemaah itu memang untuk lengkap-melengkapi. Berbeza pandangan itu penting kerana dengan perbezaanlah kita akan cuba mencari titik persamaan antara kita. Selain itu, gerak kerja pun akan lancar kerana ada yang laju akan cuba membantu yang lambat. Yang garang ini pula akan cuba membantu yang lembut.

Akhir kata, hati merupakan sesuatu anggota badan yang sangat susah untuk dijaga. Jika salah perbuatan kita maka akan sakitlah hati kita dengan titik hitam. Jika tersalah cakap pula, akan terasa hati pula. Pendek kata memang susah untuk menjaga hati ini. Tetapi masalah hati ini bisa diselesaikan dengan proses taaruf yang mendalam, proses tafahum yang berkesan, dan juga proses takaful yang prihatin. Di samping itu, sifat berlapang dada dan menerima kritikan orang lain pun bisa menyelesaikan masalah hati ini. Semua konsep ini perlu dilakukan secara istiqamah agar hati ini bisa dijaga dengan sebaiknya. Insya Allah..

* Semua ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi. Sebarang kritikan membina boleh ditulis di comment. Maaf segala khilaf..


4 comments:

amalhijazz said...

satuju dengan artikel ni..cara yang dgariskan abas assisiy dengn memijak kaki kanak2 itu adalah utk mndpt perhatian budak tu, pada masa yg sama pendekatan bahasa budak2..(nakal)..
bukanla bmksud abas assisy cube mganiaya kanak2 tu..
pndangan bg ijat bgus dalam bab2 mcm ni..teruskan berjuang!!

Nokkota said...

saya setuju dgn gambo jer..
he2..

Ahmad Izzat Bin Atan said...

salam.
cis.. gmbr je setuju.. Jijan.. Apa2 abg hepi ngan korg sume.
Ukhuwah fillah..

alif zai mim ra said...

pandangan peribadi? bukan ke hari tu ada tanya orang lain ke? :P

apa-apa pun, dalam berjemaah, yang paling penting niat kita lillahi ta'ala. ikhlaskan hati, pecahkan benteng ego, mantapkan ta'aruf dan tafahum. dan baru itu terlaksananya ta'awun dan takaful.

masalah hati mungkin dianggap remeh tapi jika dibiarkan, boleh mengganggu perjalanan dakwah dalam jemaah.

apa-apa pun, kalau ada masalah, rujuklah orang yang lebih berpengalaman. insyaAllah, bantuan itu akan datang.

binalah ukhuwah islami dan bukan ukhuwah programi.

wallahua'lam.