Friday, May 23, 2008

Pulau Batu Putih milik Singapura


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini hari ini memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.

Bagaimanapun, dalam penghakiman itu yang dibacakan oleh Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, ICJ memutuskan Middle Rocks dimiliki oleh Malaysia. Maka di sini kita situasi menang-menang. Perkara ini baik untuk kita.

Pulau Batu Putih, yang berukuran lebih kurang separuh daripada keluasan sebuah padang bola sepak, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusoh di Johor.

Singapura memanggil pulau kecil itu dengan nama Pedra Branca (perkataan Portugis yang bermaksud Batu Putih).

Pertikaian antara Singapura dan Malaysia mengenai Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980, apabila republik itu membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada 1979, yang dengan jelas menunjukkan pulau itu terletak dalam wilayahnya.

Pada Februari 1993, Singapura meluaskan tuntutannya ke atas Middle Rocks dan South Ledge, yang terletak berhampiran pulau itu.

Pada 6 Februari 2003, kedua-dua negara menandatangani satu perjanjian khas bagi merujuk perkara itu kepada ICJ.

Pulau Putih ini yang telah jatuh ke Singapura mengikut ICJ adalah berdasarkan fakta bahawa sejak 1850-1953, Malaysia tidak ada bukti menjalankan apa-apa kegiatan ataupun yang boleh diterima sebagai bukti kedaulatan sama ada pendudukan, pemerintahan mahupun penyeliaan atas Pulau Batu Puteh.

Oleh itu, kedua-dua negara akan berunding untuk menentukan kedaulatan atas kedua-dua tuntutan berkenaan. Perkara selanjutnya akan dibincangkan di dalam jawatankuasa tersebut. Semoga hasil perbincangan jawatankuasa ini akan mendapat keuntungan dari dua-dua negara ini.




No comments: