Tuesday, May 12, 2009

Visi dan Misi


Bersama mencapai visi dan misi

Apabila anda mendengar visi dan misi, apa yang berada di fikiran anda? Tentu anda fikir mesti bersifat retorik. Ayat senangnya, “ala, cakap je lebih”. Tetapi benda ini yang lebih penting daripada apa yang kita sangkakan.

Visi dan Misi adalah satu perkara yang perlu diambil secara serius oleh kita. Ia selalu digunakan di dalam sesebuah organisasi tetapi ia juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Pendek cerita, visi dan misi inilah yang akan membawa diri kita ke mana hendak pergi dalam hidup ini.

Visi adalah perkara yang hendak dicapai dalam sesebuah organisasi. Manakala Misi adalah perkara yang perlu dilakukan dalam mencapai visi tersebut. Perkara ini sangat menarik kerana apabila kita mempunyai visi yang jelas dalam hidup ,pasti apa yang kita kerjakan dalam hidup ini akan diarah dengan misi kita.

Sebagai hamba yang sentiasa takutkan tuhan, kita perlu ada visi dan misi. Sebagai contoh hidup seorang muslim visinya adalah ingin Berjaya di dunia dan akhirat. Maka misinya pula perlu kea rah visi kita. Sebagai contohnya menunaikan solat lima waktu, berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan sebagainya yang pastinya ke arah kebaikan.

Oleh itu, mulai hari ini kita semua perlu mempunyai visi dan misi hidup dalam hidup kita. Hal ini kerana kesannya bukan kita akan lihat sekarang tetapi mungkin akan dilihat pada masa akan datang. Saya sendiri belajar semua ini daripada gerakan pelajar PKPIM dan saya rasa banyak lagi saya belajar daripada gerakan ini.

Visi Ahmad Izzat Bin Atan

- Menjadi seorang insan yang dapat menyumbang kepada umat

Misi
- Sentiasa menjalankan tugas sebagai hamba kepada Allah s.w.t
- Mengikuti program-program yang membina kesedaran dan kekuatan dalam menyumbang kepada umat
- Tidak membina dinding dengan semua orang bahkan membina hubungan yang murabbi dengan semua orang
- Istiqamah dalam sesuatu bentuk kerja kebaikan
- Sentiasa utamakan keutamaan dalam kehidupan

No comments: