Friday, October 3, 2008

Puasa dan Raya. Dulu,kini dan selamanya..


"Tahun ini munir nak raya puas-puasa. Munir nak kutip duit raya banyak2." Tegas adik saudara saya yang comel ini. Dia ini baru masuk darjah satu. Semangat orang muda. Semua nak buat sehabis baik punya. Tersenyum saya memikirkan saya masa kecil dulu.

Apabila difikirkan kembali, masa kita kecil dulu, kita semua mesti mesti bersemangat untuk meraikan Hari Raya. Lebih-lebih lagi kalau ibu bapa kita memberikan ganjaran dan membelikan keperluan hari raya untuk kita.

"along,kalau puasa penuh tahun ini, abah akan belikan hadiah untuk along. Tapi mesti puasa penuh." Saya masa darjah 2.

Begitulah dialog saya masa kecil dulu. Masa tu bersemangat saya untuk berpuasa. Berpuasa untuk dapatkan ganjaran. Pertama kali saya puasa ialah masa saya Tadika 5 tahun di Tadika ABIM di Tuanku Jaafar. Puasa setengah hari pun dah dikira satu pencapaian yang membanggakan bagi saya. Memang seronok apabila difikirkan masa kecil dulu. Apa yang kita inginkan pasti dapat. Kalau tidak dapat apa yang kita minta,mesti dapat rotan atau pelempang. (Tergelak sendiri)

Itu kisah masa kecil. Sekarang kita sudah besar dan boleh dikatakan matang dalam berfikir. Duit raya dan baju raya kadang-kadang merupakan sampingan daripada keseluruhan sambutan hari raya kita. Masa kini, apa yang penting adalah keredaan ibu bapa dan keluarga kita untuk meneruskan hidup dalam bidang masing-masing. Masa kini juga masing-masing bersemangat pula untuk berjumpa sanak saudara yang sudah setahun tidak berjumpa. Saudara yang berada di perantauan juga sanggup balik untuk beraya bersama keluarga. Begitulah nikmat bekeluarga jika dihayati dengan sebaiknya.

Selain itu, raya tahun ini juga bagi saya lebih diisi dengan semangat kekeluargaan. Biasalah apabila kita sekarang berada di arena pembelajaran mahu ke tidak mesti kita mesti perlu menempuhinya. Apakah itu? Perkara itu semestinya ujian dan peperiksaan.

Ujian dan peperiksaan tahun ini semuanya dilangsungkan selepas hari raya. Cuma UPSR sahaja sudah berlalu. PMR,SPM dan ujian akhir semester IPTA semuanya akan berlaku selepas hari raya. Tahun ini keluarga saya yang akan menghadapi PMR seramai dua orang dan SPM juga dua orang. Raya macam tidak raya je saya lihat mereka. Malam raya lagi sudah khusyuk menelaah buku. Semua sudah tidur dia masih lagi membaca buku. Semoga adik ANIS dan adik MUNIRAH berjaya dalam SPM mereka. Juga buat adik ADIBAH dan adik NURUL,semoga berjaya dalam PMR mereka.

Semoga raya tahun ini akan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. Selain seronok menyambut hari raya, ingatlah bahawa ada saudara kita yang tidak dapat beraya di luar sana. Bersama kita bersyukur atas limpah kurnia rezeki yang telah diberikan kepada kita.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Nak datang rumah telefon la dulu ye... Kalau kat UIA datang terus ke Mahallah Uthman B1.8. He2.,., Ada banyak kuih raya.

No comments: