Tuesday, November 13, 2007

SPM menjelang tiba.........................

Peperiksaan yang akan bermula seminggu lagi banyak mengingatkan aku kepada masa depan. Ada kala bila dipikirkan seronok, dan ada kala pahit. Tetapi aku tetap juga tabah menghadapi walaupun pahit yang di rasai sebenarnya. Di kala kawan-kawan aku sedang menelaah pelajaran,aku masih di buai mimpi yang indah. Sedangkan mimpi itu belum tentu akan menjadi kenyataan. Masa aku sedang dibuai mimpi indah, kawan aku menggoyangkan katil aku.

Ijat! Subuh-subuh.., Abg Baihaqi dengan suara yang tinggi. Maklumlah aku ni memang susah nak bangun pagi. Hari minggu seperti ini memang lain dari yang lain tidurnya.

Selepas aku sembahyang subuh, aku terus pergi ke bilik belajar di asrama aku. Tanpa melengahkan masa aku terus membuat latihan prinsip perakaunan. Subjek yang paling aku minati. Selang beberapa minit,kawan kelas aku datang belajar bersama. Idahan,fareez,faiza,hazizul dengan Faez merupakan kawan baik aku sejak tingkatan 4 lagi. Mereka semua aktif dalam kokurikulum dan akademik.

Kami semua belajar bersama dengan rajinnya di samping membuat lawak sebagai pengelak daripada mengantuk kembali. Kami semua memang suka bergurau. Maklumlah dua tahun kelas bersama. Manis pahit ditempuhi bersama. Lagi pun kami memang enam orang lelaki sahaja yang mengambil akaun.

Di sekolah aku ni terdapat satu kelas sastera dan empat kelas sains tulen. Aku masuk sekolah ni dua tahun yang lepas,berjumpa lah aku dengan mereka ini. Mula-mula rasa segan sebenarnya. Maklumlah aku ni dari sekolah biasa ke sek agama yang pelajar-pelajarnya alim dan solehah belaka. Tetapi lama kelamaan aku ’masuk’ juga dengan mereka. Pemikiran tidak jauh bezanya dengan aku.

Tetapi apabila dikenangkan,sekejap sangat masa berlalu meninggalkan kita. Benarlah kata Imam Ghazali bahawa
Masa adalah paling jauh dengan kita. Ia akan pergi jauh tanpa menghiraukan kita di belakang ini.
Pejam celik dah nak SPM. Pejam celik umur kita pun sudah makin bertambah. Tiba-tiba. sedang........Bersambung.

2 comments:

Azree MH said...

Hehe. Mau komen ye.. Meh sini aku komen separuh...

Kalau nak ikutkan, cara pemilihan kata-kata dan gaya bahasa sudah baik.
Cuma tatabahasa yang mudah2 tu jangan dilupa. Macam 'di rasai' sepatutnya ditulis 'dirasai'.

Kemudian cara meletakkan dialog juga perlu dibaiki supaya nampak lebih kemas.

Tapi, apa pun yang penting gaya bahasa dah baik kira sudah lepas tahap satu.. hehe..

Ahmad Izzat Atan (AIA) said...

Tq azree.. Perlu banyak belajar aku ni.