Thursday, April 9, 2009

Kabinet Baru

Sebagaimana yang kita semua maklum, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan barisan Saf Kepimpian Idaman beliau petang tadi disebalik ura-ura 'kesusahan' beliau untuk mendapatkan persetujuan dan persefahaman parti-parti kompenen BN.

Penulis tidak akan ketinggalan dalam mengulas serba sedikit pembentukan kabinet ini daris egi perspektif dan kaca mata penulis....

Sebelum pengumuman ini, pertemuan-pertemuan tertentu beliau bersama pimpinan utama setiap parti kompenan sebelum ini yang akhirnya membawa kepada pengumuman barisan kabinet baru anak mantan Perdana Menteri ke-2 Malaysia ini. Berkemungkinan konsep kesepakatan dan musyawarah dan pendekatan berani beliau dalam menentukan kabinet baru ini melihatkan usaha bersungguh beliau dalam membawa gagasan baru UMNO untuk 're-branding' selepas ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas mengumumkan barisan Kabinet barunya di Dewan Taklimat Unit Komunikasi, Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Kabinet baru itu menampilkan 28 menteri bagi 25 kementerian selain menampilkan tujuh muka baru. Mohd Najib turut memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan manakala Muhyiddin menyandang jawatan Menteri Pelajaran. Foto: Bernama

Penulis melihat perkara ini secara positif atas dasar menerima hakikat bahawa kepimpinan negara masih lagi tetap dibawah kekuasaan BN dan dalam keadaan semasa politik mahupun ekonomi yang masih belum stabil.

Seperti yang dijangkakan, kabinet Najib lebih kecil terdiri 28 menteri dengan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dengan 27 kementerian semasa pentadbiran Tun Abdullah sebelum ini.

"Inilah saf dan inilah pasukan kita yang diharapkan menjadi cerminan kekuatan serta wajah kemajmukan Malaysia melalui Barisan Nasional yang mewakili semua rakyat dari setiap penjuru dan pelusuk Malaysia," kata Najib ketika mengumumkan barisan kabinet baru itu di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen TV tempatan.

Barisan kabinet itu juga mencerminkan slogan pentadbiran Najib iaitu "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan", yang mengajak rakyat bersama-sama melaksanakan transformasi besar untuk negara.

Berikut merupakan senarai penuh Kabinet baru bagi kerajaan Malaysia (2009) :

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah

MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan
1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Datuk Noh Omar

Timbalan
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Dr S Subramaniam

Timbalan
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR
Datuk Anifah Aman

Timbalan
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan
Datuk M Saravanan


Penulis melihat bahawa saf kepimpinan baru negara akan terus memberi nafas dan ruang baru dalam pembentukan kestabilan politik dan ekonomi yang menjurus kepada kemakmuran negara selepas ini. Fokus dan perhatian sewajarnya perlu diberi perhatian kepada isu-isu penting lain melibatkan, ummat, rakyat dan kepentingan negara. Masa untuk 'politiking' sudah tamat!

Penting kepada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional untuk terus memainkan peranan masing-masing dalam konteks sebenar sebagai pemimpin masyarakat dan pemimpin ummat di Malaysia ini.Amalan 'Check and balance' antara kerajaan dan pembangkang perlu diteruskan dan diperkasakan.

Paling penting dalam keadadn sekarang untuk kedua-dua pihak meredakan ketegangan. Carilah titik persamaan dan juga penyelesaian antara kalian. Rakyat sekarang sudah pandai membuat penilaian antara yang kaca dan berlian. Kita sudah banyak menghabisakan masa dan tenaga memikirkan isu-isu politik yang akhirnya nanti membawa kerugian kepada umat Melayu Islam secara keseluruhannya.

Fikir-fikirkanlah....

Akhirnya penulis juga berharap agar dasar-dasar pelaksanaan terdahulu yang dilaksanakan seperti PPSMI dapat dihapuskan dengan kehadiran muka-muka baru dalam beberapa kementerian. Semoga dengan tanggungjawab atas tugas yang diamanahkan dipikul dan digalas dengan penuh rasa insaf dan penuh kesedaran.

Tahniah dan takziah...

> Maafkan saya kerana tidak dapat memberi komen tentang kabinet baru. Tetapi saya rasa komen sahabat saya ini lebih kurang komen saya. Hu2.


Dipetik daripada http://fahmisamsudin.blogspot.com

1 comment:

halim qittun said...

tolong betulkan beberapa ejaan