Tuesday, March 11, 2008

Belajar di saat akhir? Kelebihan dan Kekurangan...



Menjelang peperiksaan akhir semester yang bakal berlangsung tidak lama lagi membuatkan kita berfikir akan cara yang paling sesuai untuk belajar. Lebih-lebih lagi kita sebagai pelajar dan mahasiswa la katakan yang sentiasa sibuk dengan program dan kerja khusus yang berlambak ini membuatkan kita mencari apa jalan penyelasaian yang terbaik untuk menghadapi ujian kali ini.

Satu forum yang diadakan oleh Biro Pendidikan dan Penyelidikan Kuliyyah Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sempena peperiksaan ini yang bertajuk “Gearing up for exam” menarik minat saya untuk menulis artikel ini. Forum yang menghimpunkan 3 orang panel yang mewakili major masing-masing iaitu pengkhususan ekonomi,perniagaan dan akauantan yang berjaya dalam pelajaran telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan cara belajar mereka. Mereka ini semua adalah pelajar tahun ketiga.

Topik perbincangan forum ini banyak menyentuh tentang cara belajar mereka yang rata-rata jawapan mereka hampir sama. Adakah belajar “last minute” elok untuk kita? Apa jawapan yang diberikan oleh mereka yang menarik adalah mereka semua belajar “last minute”. Di sini saya bukanlah untuk membuat keputusan atau menyarankan semua agar belajar di saat akhir. Tetapi adalah salah satu teori atau method seseorang untuk belajar.



Hujah-hujah yang diberikan oleh mereka membuatkan saya berfikir bahawa untuk menjadi pelajar terbaik tidak semestinya kita hanya menelaah buku tanpa menghiraukan persekitaran semasa. Tetapi apa yang paling penting adalah sediakan diri sebelum menyesal.

Selalunya kita sebagai orang Melayu sudah terbiasa dengan belajar di saat akhir. Betul tak? Perkara ini ada baik dan buruknya. Baiknya adalah kita akan lebih mengingati apabila sampai ke tempat peperiksaan. Sebelum itu mesti kita bekerja keras dengan “stay up” ,kurangkan tidur dan sebagainya. Malah kita semua sudah terbiasa dengan tabiat ini.

Otak merupakan pusat akal dan minda, yang merangkumi komponen seperti kognition, perception, attention, ingatan dan emosi. Otak juga mempunyai jangka masa mengingat yang pendek(short term memory). Selain itu, otak kita perlu kepada latihan yang berterusan untuk mempertingkatkan daya ingatan kita. Oleh itu belajar saat terakhir ada kelebihan di situ.

Kekurangannya apabila belajar saat akhir adalah kita akan sentiasa berada dalam keadaan stress dan resah. Keadaan seperti ini menyebabkan kita akan berfikir secara terdesak. Saat ini pasti kita akan menyusun jadual kita dengan sistematik bagi mencapai kejayaan di dalam peperiksaan.

Oleh itu, belajar saat akhir ada baik dan buruknya. Ia bergantung kepada individu itu sendiri untuk belajar dan cara belajarnya. Tiga teknik belajar yang popular di kalangan kita adalah

· Teknik pertama : Memori
· Teknik kedua : Menulis nota kreatif
· Teknik Ketiga : Pengurusan masa berkesan

Bersamalah kita membuat penilaian diri sendiri tentang cara pembelajaran kita. Dengan jarak masa dengan tarikh exam tinggal 14 hari lagi(UIA), berbagai cara mampu kita lakukan untuk mendapat kejayaan yang diingini oleh semua. Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.

p/s: Doakan saya permudahkan peperiksaan akhir semester ini. Insya Allah. Exam bermula 23hb ni sehingga 3rd April 2008.

No comments: