Saturday, December 22, 2007

Ayat-ayat Cinta versi Filem.

Penantian yang selama ini diharapkan akhirnya membuahkan hasil apabila novel Ayat-ayat Cinta yang popular ini telah berjaya dijadikan filem oleh syarikat perfileman di Indonesia. Novel pembangunan jiwa yang menarik ini telah menjadi perhatian orang ramai untuk membacanya. Cerita yang berkisah tentang seorang pemuda yang bernama Fahri yang mencari ilmu di bumi kinanah yang terkumpulnya banyak ilmu pengetahuan yang belum diketahui oleh kita. Dia merupakan seorang penuntut di universiti AL-AZHAR dan merupakan salah seorang daripada pelajar Sheikh Uthman yang sangat terkenal pada masa itu. Dia merasa sungguh gembira apabila bertemu jodoh dengan seorang wanita yang berpudah, yang memiliki segala kemahuan yang dimahukan oleh seorang lelaki yang inginkan ciri-ciri wanita solehah dan penghafal al-quran sama seperti keinginan Fahri. Betapa besarnya kesyukuran yang ingin dihadapkan kepada sang Pencipta yang telah membuatkan hambanya sebegini indah. Pada masa yang sama juga Fahri menghadapi konflik apabila seorang demi seorang wanita yang sudah lama menjadi kenalannya dan secara tidak sedar wanita-wanita itu menaruh harapan yang tidak dapat fahri untuk membalasnya. Tetapi kehidupan harus dijalankan jua dan itulah dugaan yg harus dihadapi oleh setiap hamba-hamba ALLAH yg beriman. Tidak cukup dengan itu, Fahri di uji lagi dengan suatu dugaan yang sangat dahsyat dan hanya individu yg kuat imannya sahaja yang boleh menghadapi rintangan sebegitu. Fahri dan isterinya pada masa itu menghadapi konflik yang amat besar dan harus mendapatkan saksi untuk kesnya terhadap seorang wanita yang hanya disaksikan oleh seorang wanita sahaja. Alangkah indahnya hidup ini jika peluang itu berada di depan mata, tetapi wanita yang dimaksudkan berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Adakah nasib Fahri akan tergantung begitu sahaja di dalam dugaan yg begitu dahsyat dan teraniaya????. Adakah begitu????. Oleh itu, di sini bersamalah kita menghayati cerita ini dalam versi filem yang saya rasa pasti menarik dan akan meberikan kesedaran kepada kita serta membawa kita ke jalan yang lurus selaras dengan tuntutan syariah. Saya juga berharap filem ini dapat mendidik jiwa kita dan berbeza dengan filem cinta yang lain. Bersamalah kita menghayati cinta yang sebenarnya. Nantilah kemunculan filem ayat-ayat cinta di pawagam.


p/s: Tarikh filem ini ditayangkan masih dalam penantian. He2..



No comments: