Wednesday, January 13, 2010

Hidup dan mati.


Hidup yang penuh dugaan memerlukan persiapan diri yang betul2 kuat dan bersedia. Ia seperti kita hendak pergi berperang. Semua kelengkapan perlu disiapkan. Kelengkapan senjata, tentera, perancangan dan sebagainya yang akhirnya kita ada dua jawapan. Samada mati atau hidup.

Hidup atau mati. Dua alam yang sebenarnya mempunyai hubungkait yang sangat rapat. Insan yang dilahirkan akan diazankan di telinga dan insan itu meninggal dunia dengan disembahyangkan. Bayangkan antara azan dan sembahyang betapa pendeknya masa. Begitulah pendeknya kehidupan. Dunia ini tidak menjanjikan apa-apa selain hanya bertaqwa kepada Allah swt. Sama2 kita beringat.

Ya Allah! Ampunilah dosaku. Aku banyak berbuat kemungkaran di hadapanmu Ya Allah. Berikanlah aku kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat. Jauhkanlah aku dari jadi anak derhaka Ya Allah. Berikanlah petunjuk kepada ku Ya Allah. Hanya kepada engkaulah aku memohon keampunan dan kepadamu aku mohon pertolongan. Amin.

13/1/2010

2 comments:

caliph said...

Semoga berjaya, ibu dn ayah yg melahirkan pasti mahu yg terbaik untuk kita, mhnlah agar mereka berlapang dada dan dilembutkan hati, insyaAllah..

Ahmad Izzat said...

Terima kasih ct.