Wednesday, October 14, 2009

Hati yang inginkan kebahagiaan


Hati siapa yang inginkan penderitaan.
Dan hati mana yang suka akan penyeksaan.
Semua orang tidak suka akan perubahan kepada kemusnahan kehidupan.
Dari hari ke hari kita merasakan bahawa kita akan menggapai kebahagiaan.
Tetapi sebenarnya hati kita makin lama makin rasa sayu dan hilang serinya.
Siapa yang tahu, hanya tuan badan sahaja yang tahu.
Walaubagaimanapun adakah Tuhan inginkan kita selalu sedih dengan penderitaan.
Janji Allah swt itu pasti.
Tiada ragunya sama sekali.
Hanya orang yang mampu sahaja diberi penderitaan sebegini.
Doaku pinta semoga daku mampu mengharunginya.
Walaupun badai dinaiki sudah berlubang-lubang sana sini.
Tunggu masa untuk dikaramkan.
Hanya satu pintaku.
Sematkan di hatimu akan daku.
Walau di mana kamu berada.
Aku sentiasa di sisimu.
Aku tidak pernah melupaimu.
Walau sesaat.
Semoga ketemu di pintu syurga.
Di dalam hati aku idamkan.
Walau jauh tidak terkata.

Amin.



3 comments:

Nor Atiqah Abd Talib said...

aku mengerti sungguh..
aku memahami..
tangan ku cuba hulur..
sudikah kau menyambutnya..?

wahai sahabat,
ketahuilah aku sentiasa mendoakanmu,
saat suka dan dukamu,
ingatlah selalu,

bahwa aku kan sentiasa mendoakanmu..

3p4h said...

Inilah jatuh bangun kehidupan... Roda-roda kehidupan. All da besh bro, wpun amat jarang ketemu, doaku senantiasa bsma mu.

Ilal liqa'. wslm

Ahmad Izzat said...

Terima Kasih sahabat. Apa aku harapkan sahabat dunia akhirat. Bukannya sahabat dunia sahaja. Amin ya rabbal Alamin. Semoga kuketemu.