Thursday, July 23, 2009

Hidup yang penuh mencabar

Assalamualaikum semua,


Lama tidak dengar cerita kan? Maaflah menyepi sekejap. Bukan menghilangkan diri tetapi mencari sinar ketenangan yang tidak berhenti sudah kumencarinya. Walaupun sekarang hidup saya tidak seperti dahulu, tetapi azam dan semangat yang kuat terus membara meneruskan hidup ini.


Pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada abg miza yang dikasihi kerana telah berjaya melangsungkan perkahwinannya. Pejam celik dan kahwin abg miza ini. Apa-apapun doakan yang terbaik untuk dia.


Alam perkahwinan ini bukan alam yang boleh dibuat main-main. Ia merupakan satu hubungan yang menyatukan dua keluarga untuk selamanya. Selain itu, ia merupakan tuntutan agama untuk berkahwin dengan gadis pilihan kita.


Akhirnya, umur makin lama makin tua dan cabaran pun makin lama makin mencabar. Terpulang pada kita untuk bertindak mengikut kepada strategi kita dan kita mesti tahu apa yang kita lakukan. Doakan yang terbaik untuk saya dalam hidup ini. Saya tidak tahu mati saya bila dan di mana. Hanya doa dan usaha boleh menentukannya. Oleh itu kita kena bersiap sedia awal! Insya Allah.

5 comments:

a.K.u said...

Moga bahagia dengan hidup pilihanmu....

siti nur asila bux @ khaulah said...

kita tidak punya pilihan sebenarnya..kerana segalanya telah ditentukan tuhan..yang pasti, yakin akan ketetapanNYA bahawa itu yang terbaik buat kita.
ianya datang tanpa dipinta, pergi tanpa diduga.
moga najaah selalu dan tenang dalam tarbiyyah ALLAH..:)

halim qittun said...

sekali kaki melangkah, jangn sekali kita berpatah, tp jgn lupe melihat sejarah..
kerana yg Allah yang memandu arah..
memberi peringatan atas setiap kifarah..semoga dirimu terus tabah..

salam perjuangan fi sabilillah

caliph said...

InsyaAllah shabat2 semua..

doakan kita semua thabat dlm perjuangan ini, sesekali kita diuji jgn biar diri goyah sebegitu shaja, tapi kembali pd Ilahi, kerana Dia lah yg menentukan segalanya..

Moga akh izzat berjaya di alam kehidupan bariu yg diiringi dgn tarbiyyah dr Ilahi, insyaAllah n moga berbahagia hingga ke syurga

bagus2, dh bertambah dh ahli PPINS=)

alif zai mim ra said...

ucapan tahniah buat pengantin daripada sahabat2 di Kuantan.

dah lame tak jumpe abg miza, ijat n sahabat2 seperjuangan semua. bila nak turun kuantan ni? kami setia menunggu..

nak datang sini bgtau ek. ajak la ahli PPINS yg baru jugak. ;)

moga Allah merahmati dan memberkati kalian semua. :')