Pada awal muharam yang lalu, kami telah mengadakan sebuah program kaji selidik dan outreach iaitu “Solat Awareness Campaign” yang bertempat di Pudu Raya dan Pekeliling. Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk membuat kajian di kalangan masyarakat di situ tentang kepentingan solat. Program yang dikatakan ‘terjah’ ini pasti memerlukan kekuatan dalaman dan luaran. Hal ini kerana program seperti ini perlu untuk kita menyapa dan bertanya kepada masyarakat setempat dikala mereka sedang menunggu bas di Secara keseluruhan, kajian yang telah kami lakukan kepada 100 orang di tiga tempat berlainan iaitu Pudu Raya,Pasar Seni dan Stesen bas pekeliling. Statistik menunjukkan solat yang paling sukar dilakukan adalah Subuh dengan 73%. Manakala kajian menyatakan bahawa 65% bersetuju solat adalah salah satu punca kepada masalah gejala sosial yang berlaku hari ini. Oleh itu,anda semua boleh membayangkan keadaan masyarakat kita.
Kekhusyukan di dalam solat adalah tingkat yang paling tinggi daripada tingkat kejayaan. Hal ini kerana jika hati seseorang itu khusyuk maka seluruh anggota badan itu akan khusyuk. Misalnya dalam peristiwa keruntuhan tiang di masjid Jamik di Basrah, orang-orang di sekitar masjid itu riuh-rendah. Secara kebetulan di dalam masjid itu ada seorang ulama salaf sedang asyik solat. Lantaran teramat fana di dalam solat,ia tidak merasakan apa-apa pun sepertimana yang dirasakan oleh orang-orang di sekitarnya tadi. Hal ini menunjukkan kepentingan solat itu di sisi agama dan betapa tingginya darjat solat di sisi Allah s.w.t. Oleh itu, banyak gejala maksiat yang berlaku hari ini pasti akan dapat berkurangan jika kita kembali kepada fitrah kita dan dengan kehendak Allah s.w.t.

No comments:
Post a Comment