SELAYANG: Walaupun baru diserbu lima hari lalu, peniaga haram warga Myanmar yang menjajah Pasar Borong Selayang di sini, kembali ‘garang' apabila mengacukan pisau ke arah seorang pemandu kereta yang tidak sengaja melanggar barang jualan mereka. Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, seorang peniaga
“Tindakannya benar-benar memeranjatkan saya kerana kesalahan itu berpunca daripada tindakan mereka sendiri yang menghadang laluan jalan dengan meletakkan pelbagai jenis sayur di bahu jalan sehingga menyebabkan jalan raya sesak,” katanya. Menurutnya, dia bernasib baik kerana pantas beredar dari kawasan itu walaupun cermin keretanya diketuk. Sementara itu, seorang peniaga tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Bakri, 41, bimbang dengan kemunculan kumpulan peniaga samseng warga
“Apa yang saya nampak, mereka (peniaga
Malah, lebih memburukkan keadaan, kebanyakan pelanggan di kalangan penduduk tempatan yang tidak mengetahui taktik licik peniaga terbabit.
Biasanya warga
“Sambutan daripada masyarakat tempatan amat menggalakkan kerana mereka biasanya mula menjalankan perniagaan selepas pasar ditutup,” katanya.
Sementara itu tinjauan Harian Metro di pasar berkenaan mendapati peniaga terbabit menggeledah sampah-sarap dilonggokkan dalam tong sampah bagi mencari sayuran yang boleh dijual.
Selepas puas hati dengan hasil yang diperoleh, mereka kemudian membawa sayur-sayuran terbuang itu ke kawasan tersorok untuk dibersihkan sebelum dijual.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Zainal Abidin Azim, ketika diminta mengulas perkara itu berkata, dalam beberapa siri pemeriksaan dan serbuan, peniaga terbabit segera melarikan diri sehingga sanggup meninggalkan barang jualan mereka.
“Peniaga haram
Menurutnya, kumpulan terbabit juga sering bergaduh sesama sendiri kerana berebut tapak jualan yang terhad di bahu jalan sempit yang sentiasa sibuk dengan kenderaan lalu lalang,” katanya.
1 comment:
ada juga ya orang yg sanggup kutip makanan dari sampah dan jual semula. semuanya kerana wang..huhu
Post a Comment