Showing posts with label Agama dan Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Agama dan Pendidikan. Show all posts

Monday, September 11, 2017

Selamat Hari Raya Haji 2017

Assalamualaikum,

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua kawan-kawan serta pembaca pemuda pujangga.
Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita tentang pengorbanan ibu atau mama atau umi.

Cerita yang saya rasa semua orang sudah maklum. Tetapi saya ingin kongsikan sahaja. Buat peringatan semua. Seorang ibu atau mama, seorang insan yang sangat penting dalam hidup seseorang yang bergelar anak. Jika ibu atau mama ini tiada di bumi ini, maka tiadalah kita. Oleh itu, Allah swt telah mengangkat darjat seorang ibu atau mama ke tahap yang paling tinggi sisi Allah swt.

Antara  kelebihan ibu atau mama ini adalah :

1) Syurga anak lelaki adalah terletak pada redha seorang ibu atau mama.

2) Sayang ibu tiga kali lebih daripada seorang ayah.

3) Doa seorang ibu atau mama lebih terhijab daripada seorang ayah kerana ibu lebih penyayang.

4) Redha Allah swt terletak pada redha ibu dan bapa seseorang manusia itu.

Oleh itu, selagi ada ibu dan mama kita, berbaktilah pada mereka selagi belum terlambat. Capailah sebanyak mungkin pahala yang boleh dengan menjaga mereka. Buatlah mereka tertawa selalu seperti mana ibu, mama selalu menggembirakan kita waktu kita kecil.






Ingatlah, dunia ini bulat. Kadang-kadang kita akan berada di bawah, dan kadang-kadang kita akan berada di atas. Semua itu adalah daripada ketentuan Allah swt dengan keredhaan ibu bapa kita. Pastinya, kita tidak akan berjaya di dunia mahupun di akhirat selagi tidak mendapat redha mereka. Amin.

Sunday, December 4, 2011

Berselawat dapat tenangkan jiwa

Alhamdulillah, apabila terbaca poster di Bilik Komputer Ekonomi ini tenang saya rasakan. Mana tidaknya tajuk poster ini berbunyi IIUM Berselawat. Seluruh bumi IIUM berselawat. Tenang seluruh isi bumi IIUM termasuk dengan orang-orangnya sekali.

Ya, berselawat dapat menenangkan jiwa dan sanubari kita daripada kekacauan dunia yang semakin menduga. Keadaan sekarang yang tidak stabil dan goyah menyebabkan diri dan juga keimanan kadang-kadang tergugat. Hanya dengan mengingatiNya akan dapat menenangkan diri.

Tasbih dan Qasidah ini merupakan muzik yang sukar di cari di mana-mana. Ia selalunya dilagukan sempena program ataupun selepas majlis ilmu dan solat. Biarpun begitu, ia selalu disalah tafsirkan sebagai bidah dan sebagainya. Sedangkan ini adalah salah satu cara untuk kita mengingati Nya.

Saya seronok apabila mendengar Qasidah ini. Saya dengar sewaktu saya di Yayasan Sofa sempena program Kem Remaja Solat di situ. Pertama kali saya mendengar saya sudah merasakan ketenangan apatahlagi mendendangkan bersama. Inilah nikmat yang diberikan Allah swt untuk merasai nikmat ketenangan.

Oleh itu, nikmat ketenangan ini tidak dapat jika kita tidak mencari. Dengan mencarinya ia akan dapat ketenangan. Carilah wahai sahabat kerana tiada perkara yang seindah ketenangan. Ketenangan dunia dan juga di akhirat.


Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha. Pengorbanan......

Sambutan E’idul Adha 1431H kali ini memanggil kita untuk menghayati dan mendalami erti sebenar di sebalik istilah pengorbanan. Lazimnya, Hari Raya E’dul Adha akan dikaitkan dengan ibadah penyembelihan haiwan ternak seperti lembu, kerbau, kambing, unta, kibash dan lain-lain lagi. Ibadah ini adalah satu refleksi dan manifestasi dari kisah pengorbanan besar Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.

Perkataan korban dari segi istilah berasal daripada perkataan Arab yakni Qaraba, Yaqrabu, Qurbanan yang memiliki makna ‘dekat’. Jadi, korban bererti mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mengerjakan sebahagian perintah-Nya. Korban dalam pengertian kita sehari-hari sebenarnya diambil dari perkataan Arab udhhiyah yakni berbentuk jama’ dari perkataan ”dhahiyyah” iaitu sembelihan pada waktu dhuha tanggal 10 sehingga 13 Dzulhijjah. Dari sinilah muncul istilah “E’idul Adha”. Dengan demikian yang dimaksud dengan korban atau udhhiyah adalah penyembelihan hewan dengan tujuan beribadah kepada Allah pada hari raya Idul Adha dan tiga hari Tasyriq, yaitu tanggal 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Selain itu, Allah SWT telah melampirkan sejarah mengenai korban di dalam Surah Al-Maidah ayat 27 yang bermaksud:

“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!" Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa”.

Ayat ini mengadungi satu saranan bahawa dalam ibadah korban memerlukan sifat keikhlasan dan persembahan kepada Allah dan ketaqwaan kita kepada-Nya. Inilah yang dikisahkan pada zaman Nabi Adam a.s. Beliau mendapat perintah dari Allah agar kedua anaknya melakukan korban. Caranya dengan ”mempersembahkan” hasil bumi dan haiwan ternak. Kedua anaknya Qabil dan Habil segera memenuhi perintah tersebut. Habil yang bekerja sebagai penternak, dengan sepenuh hati berkorban untuk mencari redha Allah dengan menyiapkan haiwan terbaiknya untuk korban. Sebaliknya, Qabil, yang bekerja sebagai petani, melaksanakan perintah tersebut dengan tidak ikhlas kerana Allah, malahan beliau merasa terpaksa. Beliau berkorban dengan buah-buahan yang busuk yang beliau sendiri tidak menyukainya. Hasilnya, korban Habil diterima oleh Allah sedangkan korban Qabil ditolak. Justeru, kisah ini harus dijadikan iktibar buat kita semua dalam kerja buat kita setiap masa.

Mendekatkan jiwa kepada Allah dengan elemen pengorbanan.

Sememangnya ibadah haji adalah satu ibadah yang melatih pengamalnya untuk berkorban. Berkorban apa sahaja. Ada yang sanggup menggadaikan tanah, harta pusaka untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekkah. Ada juga yang hanya dapat mengecapi impian tersebut apabila umur sudah lanjut dan ramai juga tidak berkesempatan langsung.

Justeru, pada hari yang mulia ini kita disunnahkan untuk menyembelih haiwan ternak yang dagingnya harus dibahagikan terutama kepada mereka yang tidak mampu. Dengan ini kita diingatkan akan rasa tanggungjawab terhadap kesejahteraan sesama manusia dan sebagai anggota masyarakat. Selain itu, kita dilatih pula untuk merasakan nikmat kebahagiaan berkorban, sekalipun barang yang dikorbankan itu tidaklah sebesar mana dalam erti material. Akan tetapi, besar sekali ertinya jika dilihat dalam erti immaterial (maknawi), iaitu melalui proses memberi dan menerima antara anggota yang mampu dan yang kurang mampu dalam masyarakat. Hal ini dipekuatkan lagi dengan pengintegrasian di kalangan anggota masyarakat menjadi satu jamaah yang diikat dengan tali persaudaraan dan tali ukhuwah yang dapat menjambatani jurang antara yang punya dan yang tidak punya (the have and the have not).

Adapun dalam erti yang lebih mendalam, E’idul Adha ini juga mengingatkan kita kepada satu peristiwa yang mencetuskan rasa keharuan yang membawa erti pengorbanan yang lebih tinggi dan lebih besar. Bukan semata-mata pengorbanan kesenangan dan harta. Akan tetapi pengorbanan sesuatu yang amat dicintai di dunia ini. Itulah satu pengorbanan jiwa untuk sesuatu nilai yang lebih tinggi dari. Demikianlah peristiwa pengorbanan yang diperintahkan oleh Allah AWT kepada Rasul-Nya, Ibrahim dan anaknya Ismail a.s.

Al-Quran melukiskan peristiwa itu dengan satu rangkuman ayat yang amat indah. Ia dilukiskan dalam satu dialog Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s yang masih muda belia, yang juga menjadi tempat tumpuan kasih sayang sebagai anak dan bapa.

“Maka tatkala Ismail sampai (pada umur sanggup) Berusaha bersama-sama Ibrahim. Ibrahim berkata: hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu! Ia menjawab: Hai ayahku kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar. Tatkala keduanya berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pehanya, (nyatalah kesabaran keduanya). Dan kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” (Surah As-Shaffat ayat 102-107).

Begitulah sikap jiwa yang rela berkorban dari seorang ayah dengan rela dan ikhlas mengorbankan anak yang dicintainya. Dan demikianlah pula sikap jiwa seorang pemuda yang tidak ragu-ragu dan ikhlas memberikan miliknya yang tinggi yakni jiwa dan nyawanya sendiri. ALLAHU AKBAR!!!

Nilai pengorbanan dahulu dan sekarang: Bekal untuk individu dan gerakan

Tatkala merenung sejenak, apalah yang ada dengan pengorbanan kita hari ini jika dibandingkan dengan nilai pengorbanan umat terdahulu. Mereka sanggup berkorban seluruh harta dan nyawa, pangkat dan kedudukan demi semata-mata ingin mengejar satu nilai yang lebih tinggi yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Apa yang berlaku hari ini, kita lebih banyak mengutip hasil dari perjuangan dan pengorbanan umat terdahulu tetapi tidak pernah memulakan langkah perubahan untuk generasi akan datang merasai nikmat seterusnya. Telah dijelaskan oleh Dato’ Dr. Sidiq Fadzil berulang kali dalam tulisan dan ucapannya bahawa perjuangan kita ini adalah perjuangan untuk melakukan perubahan (taghyiri), pencerahan (tanwiri) dan pembebasan (tahriri). Perlu dicermati bahawa, perubahan yang harus dilakukan ini adalah berdasarkan idealisme perjuangan yang jelas dan kesediaan untuk berkorban yang tinggi. Dengan ini, barulah akan terhasil satu dampak perubahan yang besar dan memberi kesan yang membekas kepada setiap jiwa anggota masyarakat.

Sebagai ahli gerakan dakwah yang tangguh (kental), perlu ada sikap mujahadah yang tinggi untuk mengutamakan jamaah lebih dari diri sendiri. Lantas, pengorbanan dari sudut masa, tenaga dan harta seharusnya tidak lagi menjadi suatu masalah yang dapat diberi kompromi. Namun, ianya perlu didasari dengan kefahaman yang substantif akan matlamat dan cita-cita besar Islam. Pak Natsir menerusi khutbah Hari Raya E’idul Adha yang disampaikan di ruang halaman Fakultas Kedokteran di Universitas Indonesia, Jakarta pada 16 Febuari 1970 bersamaan 10 Zulhijjah 1389H berkata:

“Perjuangan ini memerlukan cita-cita, idealisme dan kesediaan menderita dan berkorban untuk mencapainya. Ia berkehendak kepada pemulihan moral dan keyakinan kepada pegangan hidup, yang mengatasi materil semata-mata. Tidak ada satu bangsa yang mencapai satu kejayaan kecuali apabila bangsa itu menghayati satu keyakinan, dan kecuali bila yang diyakininya itu mempunyai dimensi moral yang dapat menghidupsuburkan peradaban yang besar.”

Cabaran umat hari ini sememangnya berbeza jika dibandingkan dengan umat terdahulu. Dalam berkembang biaknya institusi-institusi agama, sekolah-sekolah agama dan gerakan dakwah yang pelbagai, tetapi kebejatan sosial dan kemaksiatan juga seperti menemui jalan buntu akan penyelesaiannya. Jika dahulu, orang yang melakukan zina akan mencari tempat-tempat tersorok dan tersembunyi, tetapi hari ini mereka sudah tiada lagi rasa malu dengan merakam perbuatan jijik tersebut dan berbangga dengan menayangkannya di internet untuk tatapan ramai. Cuba kita tanyakan, di mana silapnya? Ada apa dengan dakwah kita? Apakah Islam yang kita terima ini punyai kecacatan atau KITA sebagai penerima dan pengamalnya yang sudah buta mata hati?

Mohd Akmal Afiq Bin Mohamad

Timbalan Presiden

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Thursday, November 4, 2010

Iktibar daripada Khutbah Jumaat

Alhmadulillah, hari ini saya sempat mendengar khutbah jumaat di masjid al-mustaqimah. Banyak isi kandungan penting yang saya dapat daripada khutbah kali ini. Ini banyak menyedarkan saya tentang hala tuju dan masa depan hidup saya.

Prosperity index yang dikeluarkan oleh Negara Barat menunjukkan Malaysia telah jatuh ke tangga ke 43 di dunia. Index ini adalah statistik Negara maju mengikut urutan paling maju ke paling mundur.

Mengikut mimbar tersebut, statistik di kalangan Negara Asia, Australia telah dinobatkan yang pertama. Manakala Singapura dikatakan Negara paling maju di Asia Tenggara. Dan Malaysia di tangga ke 8.

Apa isi yang ingin saya katakan di sini adalah kriteria negara maju yang dibuat adalah berdasarkan kepada pembangunan duniawi dan bukannya pembangunan jasmani dan spiritual.

Oleh sebab itu, Singapura di katakan negara paling maju kerana merupakan hub ekonomi di asia tenggara dan juga merupakan anak emas Amerika Syarikat. Persoalan saya di sini bukanlah kedudukan dalam ranking dan bukan juga persoalan pembangunan dan material tetapi adalah soal kita sebagai umat islam untuk menilai adakah penting untuk menilai sesebuah negara itu maju berdasarkan kemajuan fizikal sahaja.

Di sini, kita sebagai umat islam perlu kembali kepada 5 perkara penting yang perlu dipelihara dalam hidup kita sebagai umat islam. Dalam ayat lain adalah Maqasid Syariah. Kita sudah lari daripada prinsip hidup kita yang telah kita pegang selama ini. Dan Maqasid Syariah ini akan membantu kita untuk meluruskan kembali jalan yang kita lalui saat ini.

Pertama adalah memelihara agama. Adakah sesebuah negara itu sudah mengamalkan syariat islam yang sepenuhnya dalam hidup kita. Jika perkara pertama ataupun pokok kepada hala tuju hidup kita tidak amalkan maka runtuhlah sesebuah negara itu. Terbantutlah perjalanan hidup manusia itu.

Kedua adalah memelihara diri ataupun nyawa. Hidup ataupun mati adalah ketentuan Allah swt. Kita yang merancang hidup kita dan kita juga yang menentukan bagaimana kehidupan kita sekarang dan akan datang. Memelihara diri ini adalah berpandukan kepada agama iaitu cara hidup kita.

Ketiga adalah memelihara keturunan. Keturunan merupakan asas kepada terbinanya sebuah keluarga yang harmoni. Jika penzinaan dan maksiat berleluasa di negara ini, keturunan akan rosak dan tidak akan terbinalah apa yang dikatakan keluarga islam yang harmoni.

Keempat adalah memelihara akal. Kecerdikan yang dikurniakan jika digunakan untuk cara yang salah akan menyebabkan kita akan terpesong daripada agama. Jatuh bangun sesebuah negara adalah berpandukan kepada rakyat yang pandai dalam menilai hak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Kelima adalah memelihara harta. Harta perlu digunakan sebaik mungkin dan tujuannya adalah untuk mengejar akhirat dan bukannya bermegah2 di dunia. Harta juga penting di dunia untuk menyemai baja di akhirat.

Jika kelima-lima dikira sebagai kriteria untuk diadili sebagai negara maju, pasti akan aman sentosa dunia ini. Ambilkan sebagai renungan.


Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha



Saat kita berhari raya aidiladha, ramai antara kita yang tidak ketinggalan untuk balik ke kampong masing-masing walaupun hari raya haji tidaklah semeriah hari raya aidilfitri. Walaupun kemeriahan yang tidak seberapa, tetapi ganjaran dan kisah di sebaliknya amat besar jika kita dapat hayati bersama.

Hari raya aidiladha ataupun hari raya haji dan korban merupakan hari raya untuk memperingati kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Peristiwa ini telah dirakamkan dalam surah Qashas ayat 100-113 yang menerangkan bagaimana peristiwa ini berlaku.

Bagi diri saya, saya berasa bahawa Hari Raya korban ini dapat menghidupkan kembali amalan yang makin lama makin pupus iaitu semangat pengorbanan. Apabila diertikan maksud pengorbanan pastinya ramai yang mengatakan bahawa “dulu aku pernah terkorban” ataupun “mengorbankan diri aku”. Ini adalah dari segi fizikal.

Pengorbanan bagi saya adalah berkorban segala yang kita ada untuk membersihkan diri untuk menghadap Allah swt di akhirat kelak. Maka tidak kisah pengorbanan apa juga yang kita lakukan baik material ataupun sosial semuanya akan dihitung oleh Allah swt.

Oleh itu, pengorbanan adalah perjuangan yang tidak akan henti sampai bila-bila. Perjuangan yang tidak kenal erti penat pasti merasai nikmat pengorbanan yang sebenar. Itulah dinamakan pengorbanan yang hakiki.

“Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua”

Tuesday, November 10, 2009

Bermula peperiksaan..


Semalam bermulanya peperiksaan akhir semester dengan persediaan yang tidak berapa mantap. Maklumlah, markah dibawa ke akhir tidaklah memuaskan saya dan saya sendiri menyalahkan diri kerana tidak serius dalam hal ini. Hanya berkat doa,usaha,ikhtiar dan tawakal sahaja yang dapat membantu saya insya allah.

Subjek semester ini tidaklah begitu meyakinkan untuk saya betul-betul cemerlang. Hal ini kerana saya baru bertukar kos dan masih mencari rentak untuk menyesuaikan dengan kos dan subjek ekonomi yang agak memeningkan pada mulanya. Mungkin ini jalan saya untuk saya memeningkan kepala dahulu agar dapat saya memperoleh ketenangan yang abadi pada akhir kelak.

Walaupun semua ini merupakan suratan takdir yang perlu saya terima selain daripada masalah yang membelenggu saya, saya pasti kejayaan dan kebahagiaan pasti akan menjelma tidak lama lagi. Menarik untuk kita ingatkan sebuah buku yang popular yang bertajuk La Tahzan yang bermaksud janganlah bersedih menyingkap kembali semangat dan motivasi kita untuk kita lebih bersemangat dalam hidup ini walaupun dihimpit dengan pelbagai masalah.

Tetapi yang pasti walaupun diri dicemuh dengan kata-kata yang kesat, ingatlah bahawa indahnya hidup jika kita hidup penuh dengan syariat Allah swt. Kenikmatan yang dikecapi didunia walaupun hanya sebagai kuli atau orang sampah yang bersyariat lebih baik daripada seorang hartawan tetapi tidak pernah merasai kenikmatan halawatul iman dan kenikmatan hidup bersyariat.

Oleh itu sedarlah wahai sahabat walaupun diri difitnah dan dikutuk ingatlah dunia tidak menjadikan apa-apa sebaliknya janji Allah swt itu pasti walaupun ianya pahit untuk ditelan dan dirasai. Insaflah sahabat sebelum terlambat.

11/11/2009
Library UIA
3.10petang




Saturday, September 5, 2009

Miftah 09


Miftah adalah Majlis iftar Mahabbah PKPIM yang selalu diadakan setiap tahun merupakan program yang wajib saya sertai. Program yang banyak menekankan aspek pengisian dalaman merupakan program yang wajib disertai oleh semua lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan. Dan ini antara program yang sesuai disertai oleh semua.

Iftar bersama-sama dengan rakan seperjuangan membuatkan hati saya kembali penuh daripada kosong sebelum ini. Semangat makan bersama menambahkan lagi ukhuwah yang sedia terjalin. Ukhuwan islamiah ini yang tiada di mana-mana tempat di dunia kecuali di dalam gerakan islam seperti ini.

Selain daripada iftar bersama, pengisian yang bermakna pun mengisi jiwa raga saya ini. Dua slot pagi tadi tidak dapat saya dengari tetapi ada yang merakamnya. Ia daripada Dr Abd Aziz Bari dan Cikgu Sidek Baba. Terlepas peluang keemasan bersama majlis ilmu kali ini.

Nasib baik ia dapat diganti dengan pengisian oleh Dr.Farid pada sebelah petangnya tentang Gerakan Taadib Islami. Satu tajuk yang sangat tinggi dan hebat untuk diperbincangkan. Antara kandungan ucapan beliau adalah:

Taadib adalah adab di dalam kehidupan seharian kita dan maknanya sangat luas. Ia bukan setakat beradab di depan ibu bapa kita malah ia lebih besar daripada itu. Ia merupakan satu cara untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya dengan perbuatan yang sesuai dengan keadaan. Nilai ini yang semakin hilang dalam diri kita pada hari ini. Ini antara perkara pokok dalam ucapan beliau.

Selain itu, apabila saya berjumpa dengan sahabat-sahabat saya ini, banyak perkara baru saya dapat. Ini membuatkan saya sentiasa inginkan pengisian ilmu kerana jika tiada pengisian jiwa saya kosong sangat2. Pedoman kepada semua supaya tidak mengikuti jejak langkah saya.

Terakhir sekali, bersama kita menghitung hari mendatang adakah ia akan lebih baik daripada hari ini ataupun sebaliknya. Bersama doakan yang terbaik supaya kita menjadi orang yang beruntung lebih-lebih lagi beruntung di dalam bulan Ramadhan ini.

Istiqamah selalu!

2.30pagi/Masjid Negara/6.9.09

Monday, August 31, 2009

Berita terbaru.


Selamat sudah kereta aku.. Berkata hati aku. Baru-baru ini saya telah mendapatkan pelekat kenderaan UIA yang baru. Pertama kali memakainya di kereta membuatkan saya berasa lega dan selamat. Lepas ini tiada masalah lagi untuk masuk ke UIA. Bersyukur sangat. Alhamdulillah.

Dalam masa yang sama, baru-baru ini juga pada malam Merdeka, saya sempat untuk ke KLCC bagi melihat bunga api di sana. Sayangnya, bunga api itu tidak meletup tetapi dia simpan dalam kedai mercun. Mungkin kerajaan tidak bagi semua untuk bermain mercun. Satu teladan yang patut dicontohi.

Dalam bulan Ramadhan kali ini, kita banyak dihidangkan dengan pelbagai makanan. Di mana-mana bazar pasti akan ramai orang datang membeli tidak kira di curuk mana letaknya bazar tersebut. Dan pasti semua yang menjual pasti akan habis dan mendapat untungnya pada akhirnya. Tambahan lagi bulan Ramadhan, sepatutnya kita beramal jariah dan bersedekah tidak kira kepada sesiapa sahaja hatta kepada sahabat kita sekalipun.

Selain itu, perkara terpenting yang perlu kita fikirkan dalam bulan ramadhan ini adalah untuk meminta dosa kita diampunkan dan terhindar dari azab api neraka. Jika di dalam bulan Ramadhan pun kita masih hendak berdengki dengan meletakkan harga yang tinggi kepada kita, itu tidak melambangkan akhlak seorang muslim di bulan Ramadhan. Tambahan pula,kita juga perlu bijak dalam membuat penilaian.

Terakhir, hari ini sudah 10 hari kita berpuasa. Dan 10 pertengahan ini adalah pengampunan dari Allah swt. Bersama kita mengejar maarifah dari Allah swt supaya kita tidak menyesal apabila perginya Ramadhan kali ini. Selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan.

Tuesday, June 23, 2009

Cara terbaik untuk mati

Kadang apabila bersendirian begini, saya terfikir dengan cara apakah ana akan mati nanti?

Adakah nanti ana akan mati di atas katil?

Atau pun sakit kuat?

Atau pun kemalangan?

Apa-apa pun sebabnya, pasti saya akan mati.

Manusia akan mati.

Haiwan akan mati.

Malah pelangi pun tidak lama berada di dada langit.

Adakah saya boleh memilih cara untuk mati?

Mati dengan cara bermaruah dan bersedia untuk bertemu Tuhan.

-Ingatkan daku sahabat jika aku terlalai dalam kehidupanku. Agar aku mati dalam keadaan yang bahagia.

Hari ketabahan

Salam semua. Hari ini adalah hari yang banyak mengajar erti kehidupan dalam meneruskan sisa-sisa hidup yang tidak tahu akan kesudahannya. Pancaroba yang dilalui oleh manusia membuatkan manusia kadang-kadang terlupa akan Yang Maha Pencipta yang telah menyusun dengan baik takdir dan nasib setiap manusia. Bergantung kepada manusia itu sendiri sama ada hendak menjadi baik atau tidak baik.
Ketabahan dalam kehidupan kadangkala susah untuk dihadapi. tetapi kecekalan yang diharapakn untuk menghadapinya tidak mampu untuk dihadapi 100%. Banyak cara untuk melakukan yang terbaik tetapi sifat manusia yang pelupa dan lemah membuatkan kita sendiri berasa kecewa dengan sikap kita.
Sekarang masanya bukan untuk kita mengenang akan nasib yang lalu tetapi membuatkan perancangan masa depan yang tidak tentu akan mendapat kebahagiaan atau tidak. Doa dan harapan yang tidak putus kepada Allah swt meminta keampunan perlu agar kita tidak menjadi hamba yang dimurkai oleh Allah swt.
-Doakan saya yang terbaik untuk menghadapi ujian esok hari dengan selamat. Terima Kasih semua.

Sunday, May 31, 2009

Sampaikan walau satu ayat!


Khusyuk mendengar!

Pengalaman bersama pelbagai manusia di dunia ini mengajar saya tentang erti kehidupan. Kesabaran, keyakinan dan pengorbananyang tiada hadnya membuatkan kita kadang-kadang putus asa ataupun penat dengan kerenah dengan pelbagai orang.

Perangai seseorang manusia dibentuk dengan persekitarannya. Jika persekitarannya baik, maka akan baiklah seseorang itu. Keadaan persekitaran yang baik terbina daripada manusia yang baik. Mana mungkin persekitaran yang tidak sihat dibina oleh seorang manusia sahaja. Ia memerlukan kepada peranan semua orang untuk membinanya.

Pembinaan individu yang menyeluruh memerlukan masa yang panjang. Hal ini kerana makhluk Allah swt yang bernama manusia ini penuh dengan sifat lupa dan kelemahan. Banyak proses pembinaan manusia ini kadang-kadang tidak efision dengan keadaan persekitaran. Hal ini kerana ada orang yang mempunyai kesedaran ini tidak mempunyai method(cara) yang sesuai dengan masyarakat. Oleh sebab itu, timbul lagi masalah dalaman yang tiada penghujungnya. Ada yang kata cara aku yang betul, cara engkau salah. Ingatlah, perkara ini tiada penghujungnya!

Apabila mereka yang mempunyai kesedaran ini sudah berada dalam zon selesa, mereka sudah berada dalam zon yang mengatakan yang lain jahat dan aku sebenarnya baik. Mereka langsung tidak ingin mendekati orang yang kurang bernasib baik ini untuk dijadikan mata dakwah mereka. Mereka fikir apabila mereka masuk dengan golongan seperti ini mereka akan jadi seperti mereka. Sedangkan mereka belum berbuat lagi tentang apa yang difikirkan mereka.

Maka, walaupun kita ini tidak sebaik mana untuk mengajak kepada kebaikan, tetapi ingatlah Allah swt melihat kepada niat kita dan usaha kita untuk melakukannya bukannya kepada hasilnya. Walaupun kita ini sebaik orang pun tetapi jika kita tidak memikirkan soal masyarakat, baik kita hanyalah sia-sia sahaja. Sampaikanlah walau satu ayat. Jika ingin melihat masyarakat baik, kita sendiri perlu sampaikan kepada mereka akan kebaikan itu. Walaupun satu ayat. Ingat kawan-kawan!!!!


Thursday, December 18, 2008

Pengajian di Maahad Derang


Bersama ustaz Majid (Mudir Maahad Tarbiyaah Islamiyyah Derang )


Bersama ustaz Abu Khair




Bersama sahabat-sahabat


Di ibu pejabat ABIM Kedah

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya sampai ke Derang. Keinginan saya untuk datang ke sini memang sudah lama lagi. Hal ini kerana keadaan suasananya yang zuhud dan aman ditambahkan dengan tenaga pengajar yang berwibawa menambahkan lagi saya untuk mengaji di sini.

Tanggal 11hb saya selamat sampai di Alor Setar pada pukul 3 ptg. Tetapi saya menuju ke Datuk Kumbar dahulu. Di sini adalah ibu pejabat ABIM Kedah. Kami semua perlu berehat di sini kerana arahan maahad derang. Ini juga kerana hal kenderaan untuk kami bawa ke sana dan sebagainya.

Apabila saya sampai di ibu pejabat ABIM Kedah ini, saya dapat merasakan mereka semua betul-betul gigih mendidik anak bangsa kita. Mana tidaknya sekolah rendah islam kedah ini jikalau kita lihat boleh dikatakan agak sederhana dan hanya mempunyai dua bangunan sahaja. Sekolah ini juga sekaligus menjadi ibu pejabat ABIM Kedah dan tempat berkumpulnya semua ahli ABIM Kedah dan Persida. Di sebelah sekolah ini pula ada sawah padi yang amat luas sekali. Sesuai sangat jika kita hendak belajar menuai padi di sini.

Kita sambung ke Pengajian Derang. Program pengajian kilat ini adalah inisisatif PKPIM Pusat untuk menghidupkan kembali amalan mempelajari secara bertalaqqi. Kitab yang digunakan adalah Bidayatul Hidayah ataupun permulaan Hidayah.

Buku ini ditulis oleh Imam Al-Ghazali dan diterjemahkan oleh Sheikh Fahmi Zam Zam Al-Maliki yang juga merupakan Mudir 2 Maahad Derang ini. Kitab yang banyak membincangkan tentang panduan amalan harian. Buku ini sangat baik untuk semua golongan mempelajarinya. Di dalamnya ada menceritakan tentang Adab-adab melaksanakan ketaatan, cara meninggalkan maksiat dan adab pergaulan dan persahabatan.

Tenaga pengajar yang mengajar kami sebanyak 4 orang iaitu Ustaz Hafiz Mustafa Lubis, Ustaz Abu Khair, Ustaz Ilyas dan Ustaz Majid. Semua ustaz ada bahagiannya masing-masing dalam mengajar kami. Kebanyakan ustaz di sini adalah bekas pelajar Maahad Derang dan lepasan universiti Pakistan, Syria dan India.

Nanti saya akan ceritakan isi pengajian derang dengan lebih mendalam kepada semua. Tidak sabar-sabar saya ingin berkongsi dengan anda semua. Artikel ini lebih untuk mendedahkan dahulu akan gambaran secara keseluruhan tentang buku yang dibincangkan di Maahad Derang ini.

Apa-apapun banyak ilmu yang saya dapat daripada program ini. Pertama, ustaz-ustaz di sini sangat tinggi ilmunya walaupun tidak mendapat apa-apa kelayakan dari kerajaan malaysia. Kedua, tempat ini sangat dijaga oleh ustaz-ustaz di sini. Dijaga dari segi kewangan yang masuk, adab-adab sesama mereka dan amalan harian mereka.

Dari segi duit yang masuk memang sangat terjaga. Jika ada orang yang ingin menderma ke Maahad Derang ini, mereka akan menapis dengan bertanyakan dari mana duit ini datang dan sebagainya. Memang saya teruja mendengar akan hal ini.

Akhir sekali, saya menyarankan kita semua menjadi pencinta ilmu yang sebenar. Banyak ilmu yang kita dapat hari ini jika tidak dari sumber yang betul, ia akan memakan diri kita kembali. Oleh itu, perlunya kepada ilmu hati yang sebenar kerana jika kita tinggi ilmu tetapi tiada keberkatan akan ilmu kita pelajari, ia tidak membawa apa-apa faedah kepada kita. Ingatlah kata-kata Pak Hamka,

" Kata-kata yang datang dari hati akan sampai ke hati orang itu, jika kita bercakap dengan perasaan benci dan marah akan sampailah benda tu kepada mereka"





Friday, November 21, 2008

Michael Jackson peluk Islam




LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.

Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.

Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.

Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.

Rakannya, David Wharnsby seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.

"Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa bermaksud orang yang terpilih.

Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.

Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.

Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain.

Sumber dari Berita Harian. 22/11/2008.



Tuesday, September 2, 2008

Bulan yang dinantikan....


Semakin hampir saat itu tiba, setelah hampir setahun menunggu kedatangannya. Para sahabat di zaman RasuluLLah selalu merindui ketibaan bulan yang penuh dengan pengampunan ini. Ketika ini, umat Islam dimerdekakan dari gangguan Iblis dan tentera-tenteranya yang diikat untuk memberi peluang agar ibadah dapat dilakukan dengan baik dan bersungguh-sungguh lagi. Pintu-pintu syurga telahpun dibuka, manakala pintu-pintu neraka telah ditutup dengan rapi.

"Hai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepadamu mengerjakan puasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang terdahulu dari kamu, supaya kamu terpelihara dari kejahatan." (surah Al Baqarah: 183)

Ramadhan ini... ALlah menurunkan al Quran melalui Jibril untuk disampaikan kepada kekasih-Nya di Gua Hira'. Pengisiannya yang mengandungi pelbagai hikmah di samping perlantikan sebagai pesuruh ALlah kepada seisi alam ini.

Ramadhan ini.. terdapat malam yang penuh dengan rahmat dan barokah, lebih baik dari seribu bulan. Didirikan di setiap malam yang akan berlalu dengan solat Terawih sehingga ke akhirnya.

Ramadhan ini.. belajarlah untuk menahan diri dari perkara yang mendatangkan kemurkaan ALlah hingga menyebabkan berkurangnya pahala puasa atau menjadikan puasa sia-sia.

Ramadhan ini... berlakunya peristiwa perang badar al kubra sebagai bukti ketulenan iman umat Islam ketika itu, yang sanggup mengibarkan panji Islam tanpa rasa ragu dan gentar walaupun dengan kuantiti yang mustahil pada pandangan akal. Tetapi tiada yang mustahil bagi ALlah.

Ramadhan ini.. didiklah diri dengan perasaan ihsan dan kasih sayang kepada orang yang memerlukan. Moga dengan kejernihan hati dapat mengurangkan kesedihan mereka yang faqir miskin dan suka untuk menolong mereka dengan bersedekah.

Ramadhan ini.. peliharalah segenap pancaindera dari perkara yang haram. Bukankah ALlah sudah membantu?

Zaman ini, kedatangannya tetap ditunggu dengan pelbagai perasaan yang hadir. Mungkin kerana taraf iman yang tidak sama, ada orang yang mendahulukan Syawal dari Ramadhan. Belum pun tiba saat kemenangan, sudah ada yang dilekakan dengan keduniaan. Mata senang dengan kemewahan yang bukan menjadi keperluan sehingga terpaksa berhutang. Sedangkan jiwa mati tidak diberi dengan makanan..

Selamat datang wahai bulan yang dimuliakan ALlah, bulan yang penuh maghfirah dan barokah.. Semoga semakin bertambahlah iman dan amal hendaknya..Amiinnn

"Barangsiapa yang mengerjakan puasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan kepada Allah dan benar-benar mengharapkan keampunan, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, August 4, 2008

PKPIM; Perjuangan Ulama dan Dasar Ilmu Islam Yang Dilupa


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه


Teringat penulis kepada penyataan oleh Almarhum Tuan Syeikh Niamat Yusof, antara tokoh ulama penting dalam penubuhan PKPIM dan ABIM, yang suatu ketika dahulu pernah mengingatkan golongan muda;

“Saya berharap golongan muda dalam ABIM perlu ingat bahawa pada awalnya, penubuhan ABIM penuh dengan liku dan ranjau. Jadi, untuk menjaga dan memastikan kesinambungan ABIM, generasi muda perlu melihat ke belakang bagaimana ABIM telah memainkan peranan melahirkan tokoh-tokoh ulama dan intelektual yang melibatkan diri dalam gerakan Islam melalui pelbagai institusi. Gerakan ini perlu dipertahankan untuk memastikan masa hadapan ummah ”

Almarhum Syeikh Niamat Yusof jika diimbau perjuangannya dalam menegakkan kebenaran dan keadilan di bumi bertuah Malaysia ini amat sukar perjalanannya. Beliau merupakan mudir pertama di Maahad Tarbiyyah Islamiah (Pondok Dehrang), Dehrang, Pokok Sena, Kedah.

Permulaan perjuangan beliau bermula sebagai Penolong Setiausaha kepada Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang merupakan Setiausaha kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Almarhum Tuan Syeikh Niamat Yusof telah mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan anjuran Liku, Alor Setar pada tahun 1972. Sejak itu bermulalah penyertaan seorang tokoh ulama ulung yang dirindui ummah selepas pemergiannya, di dalam Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Justeru, para pemuda dan pemudi Islam khusus yang berada di lapangan PKPIM, harus kembali sedar mengenai asal penubuhan gerakan Islam ini yang pada asas dan tunjangnya adalah dipasak untuk mengembalikan Islam sebagai Nizamaul Hayya. Bahawa “kekukuhan” PKPIM adalah melalui membudayakan ilmu Islam yang “dicari”.

Perjuangan PKPIM ini harus diperhalusi adalah natijah kepada perjuangan daripada umat Islam yang faham akan keperluan ummah yang dahaga akan sentuhan ilmu daripada para ulama.

Berprinsip

Kita tidak mahu menjadi seperti umat yang taksub kepada parti dan individu. Kita juga bukan bermuka-muka dalam memperolehi laba dan untung di dunia. Kita tidak bermanis kepada pemerintah walau perbuatan mereka adalah melanggar syariah.

Manakala kepada lawan pemerintah, kita juga tidak sesekali berlembut lidah apabila melihat mereka melakukan kesalahan yang jelas menyimpang. Kita (PKPIM) tegas dengan prinsip tidak takut jika mereka “memerintah”, ketika itu, kita disanggah, kerana pernah berbeza pandangan.

Dalam perkara ini, PKPIM harus terus berpendirian jelas sebagaimana dfirmankan oleh ALLAH SWT:

“Dan berkatalah kepada hamba-hambaku: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara musuh yang nyata bagi manusia”
[Surah Al-Isra’: 53]

Perjuangan yang kita sertai ini akan ada pada suatu ketika nanti, perlu menggunakan jihad lisan, jihad dengan pena, tangan serta perkataan benar disisi pemerintah yang zalim.

Maka, amat wajar kita mempertahankan prinsip non-partisan. Di kala sebilangan manusia rakus, takut dan kecut bila diizin oleh ALLAH SWT memegang tampuk kuasa. Mereka tidak lagi mewar-warkan isu umat Islam atas alasan mahu “tasamuh” kepada bangsa yang berbeza agama walau diinjak kemuliaan agama Islam yang mulia.

Arah Perjuangan

Mutakhir, kebanyakkan ahli PKPIM, punya kemampuan untuk berbicara perihal politik. Memiliki karisma menolak kerakusan yang dicetuskan oleh pemerintah melalui bacaan ilmiah dan penulisan. Kita juga juara dalam mendepankan isu Bahasa Melayu (kini Bahasa Malaysia).

Kita juga diberi keizinan oleh ALLAH SWT menjadi wira dan menjuarai isu-isu masyarakat. Contohnya, kita didengari oleh pemerintah dengan isu riba didalam PTPTN. Kita juga ampuh mempertahan agar digubal akta AUKU yang melayukan jati diri mahasiswa sehingga diambil kira untuk digubal kembali pada peringkat Parlimen sedikit masa lagi.

Walaubagaimanapun, kedengaran suara-suara mempersoalkan, adakah PKPIM juga sedang mengasimilasi dasar menjadi pejuang mahasiswa semata? Sehingga lupa kepada keutamaan membela agama Islam. Ketika ummah keliru dengan persoalan pelampau di dalam agama seperti wahabi dan syiah, kita masih berkompang mempersoal titik temu dalam politik.

Di kalangan ahli PKPIM dan masyarakat, ada yang menjadi keliru kerana dimomokkan dengan kehadiran pemuka pembid’ah dalam ibadah ummah. Apabila disoroti mengapa ummah begitu cepat mempercayai dan mengikuti adalah disebabkan “kemalasan” dalam mengusahakan hadir atau menganjurkan sendiri majlis-majlis ilmu yang khusus mensyarahkan perihal ibadah.

Bukti dapat dilihat dengan kesungguhan di kalangan ahli menyertai program-program bersifat mendidik masyarakat mengenai hal-hal semasa khusus menyentuh perihal politik, ekonomi dan sosial amat di luar jangka sambutan.

Begitu juga kepada majlis-majlis atau seminar yang membicarakan persoalan wanita, cinta, nikah dan munakahat. Sambutan adalah dijangka! Samada daripada pihak “ana dan enti”.

Kemudian, tuan-tuan bandingkan sahaja jumlah yang hadir dalam majlis seminar Ta’dib Islami dan Kuliyyah Daurah Haiah. Juga kehadiran yang boleh dikatakan secara umum “sifar ahli PKPIM” dalam majlis-majlis anjuran institusi luar seperti pengajian kitab-kitab turath walaupun melibatkan tokoh ulama besar dari serata pelusuk dunia sebagai tenaga pengajar. Sungguh menyedihkan melihat kepada jumlah yang hadir.

Pejuang Berpenyakit

Natijah kepada kekurangan tumpuan terhadap keilmuan yang lahir daripada guru-guru mursyid yang tidak berkepentingan duniawi, maka akan terhasil pula golongan pejuang yang berpenyakit.

Pejuang-pejuang ini yang terdiri dari kalangan lelaki dan wanita, menyeret sama orang-orang yang berada di dalam lingkungannya melalui program-program yang dijalankan atas nama persatuan dan mencontohi sifat buruk yang sama seperti mereka.

Kefahaman tentang iman yang lemah ditonjolkan dengan sifat riya’, ingin menjadi ketua, suka menonjol diri, mengadu domba, gemar kepada pangkat dan jawatan, kemewahan dunia serta pelbagai lagi penyakit yang asalnya adalah daripada hati yang telah mati iman kepada ALLAH SWT.

Kewujudan orang-orang sebegini di dalam jama’ah akan menghasilkan kesusahan dan kerosakan kepada ummah.

Justeru, para pejuang perlu memahami sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa mentaati aku maka ia telah mentaati ALLAH SWT dan sesiapa menderhakai aku, maka ia telah menderhakai ALLAH SWT. Sesiapa yang mentaati ketua maka ia telah mentaati aku dan sesiapa yang menderhakai ketua maka ia telah menderhakai aku”
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Nasihatilah Pemimpin

Manakala kepada para pimpinan, ketahuilah bahawa kelemahan dan kekurangan sentiasa bersama diri. Selaku mu’min, peringatan daripada kalangan yang dipimpin jangan dikesampingkan. Mu’min bersifat cerminan sesama pemimpin dan pihak dipimpin.

Hadith Rasulullah SAW:
Dari Abi Ruqayyah Tamim bin ‘Aus ad-Dari Radhiyullahu ‘anhu, Nabi Sallallahu ‘alaihi Wassalam bersabda:
“Agama adalah nasihat”. Kami bertanya: “Untuk siapa?” Kata Baginda: “Untuk ALLAH, KitabNYA, RasulNYA, pemimpin-pemimpin umat Islam dan keseluruhannya.”
[Hadith Riwayat Muslim]

Maka, perhubungan di antara pemimpin dan dipimpin adalah umpama urat saraf. Putus satu pertalian, maka gerakkan menjadi pincang dan lemah.

Kesimpulan

Justeru, dalam mendepani segala isu semasa, PKPIM sebagai sebuah gerakkan pelajar yang matang akal Islami, harus utuh dan kekal kepada prinsip, misi dan visi dalam melahir ummah bertamadun beracuan khayra ummah bersumberkan Al-Quran, Sunnah dan Ijma’ Ulama. Kembali kepada menyubur ilmu usul di dalam Islam adalah tunjang kepada pemahaman ahli dan ummah agar bersatu dalam mendepani segala cabaran yang bakal didepani. Tinggalkan kepincangan dan kemahuan peribadi. Bergeraklah dalam lingkungan jihad yang ALLAH SWT redhai. Hamba yang haqir ini sekadar mencetus kembali semangat ukhuwwah dan perjuangan Islami, agar tidak lapuk dalam sorak retorik yang tidak menguntungkan ummah secara seluruh.

Alfatihah untuk roh Ayahanda Tuan Guru, Syeikh Ustaz Niamat Yusof..
Haul Tarikh pemergian Almarhum Syeikhuna, As-Syeikh Niamat Yusof pada 13 rejab yang lalu.

Tahun ini 13 rejab 1429 h jatuh pada 16 julai 2008.

Wallahu’alam

"وصلى اللّÙ‡ على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"

Wednesday, July 9, 2008

Universiti Apex: Faedahnya kepada Mahasiswa.


Universiti adalah sebuah institusi yang paling tinggi di dalam sistem pendidikan Negara kita. Setiap rakyat Malaysia berpeluang untuk mengikuti pengajian di Universiti selepas tamatnya sistem persekolahan Menengah mereka. Malah kita semua sangat beruntung kerana kerajaan telah memberi bantuan yang sangat besar dalam sektor pendidikan Negara.

Bajet yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk tahun 2007 yang lalu menunjukkan bahawa perbelanjaan untuk pendidikan antara bajet yang kedua tertinggi selepas sektor pertahanan. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan memandang institusi ini sebagai sangat penting kepada Negara dan juga masa depan rakyat Malaysia. Selain itu, dalam aspek pembangunan insan, pendidikan merupakan kunci utama kepada pembentukan modal insan yang sering kali dicanangkan oleh Perdana Menteri kita hari ini. Oleh sebab itu, kita semua wajib terlibat dalam sistem pendidikan kita baik di dalam keadaan formal ataupun tidak formal.

Dalam pada itu, Kerajaan dengan inisiatif terbarunya menunjukkan satu idea untuk membawa university ke arah pengiktirafan di dalam Negara mahupun di luar Negara. Idea penubuhan Universiti Apex yang telah digagaskan oleh Perdana Menteri menunjukkan kerajaan sudah bersedia untuk membawa universiti di Negara ini ke tahap yang membanggakan. Universiti Apex ini akan menjadi penanda aras peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan langkah memperkenalkan status ini dibuat oleh Perdana Menteri menerusi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang dilancarkan 27 Ogos 2007.

Dalam pelan strategik itu, Universiti Apex akan dikenal pasti sebagai universiti tersohor yang menjadi penanda aras peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi. Selain itu, ia juga akan menjadi tangga teratas selepas Universiti Elit dan Universiti Kompetitif. Dalam pada itu, setiap universiti mempunyai kuasa autonomi untuk memilih Naib Canselor mereka sendiri dan berpeluang mencari sendiri dana universiti yang telah diiktiraf sebagai Universiti Apex.

Jikalau kita melihat kepada pelan strategic tersebut, adalah sangat baik untuk menjadikan universiti di Malaysia ini antara universiti yang terbaik di dunia. Setiap daripada kita pasti akan merasa bangga jika universiti tempatan mendapat pengiktirafan di dalam mahupun di luar Negara. Namun ingin saya lontarkan persoalan bagaimana dengan Mahasiswa di Universiti itu sendiri? Adakah mereka akan mendapat kelebihan yang sama taraf dengan pencapaian universiti itu?

Sejarah menunjukkan bahawa Universiti adalah tempat idaman setiap pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke tempat yang berprestij ini. Dalam masa yang sama, setiap keluarga pasti akan gembira dengan kejayaan anak mereka memasuki ke alam universiti. Tetapi adakah hanya dengan memasuki alam universiti sahaja?

Pelajar dan Mahasiswa Universiti hari ini memerlukan kepada kesedaran kepada konsep ilmu yang sebenar. Ilmu yang sebenar adalah apabila ilmu itu dipelajari secara teori dan diaplikasikan kepada bentuk nyata. Hari ini kita melihat ramai orang yang menjadi pendidik tetapi dari segi aplikasi sangat lemah ataupun langsung tiada. Dari segi sikap pula ramai yang ingin belajar untuk melepasi ujian ataupun dipanggil exam oriented. Situasi ini sangat membimbangkan kita sebagai Negara yang membangun.

Universiti yang ingin dipanggil sebagai berprestij memerlukan kepada mahasiswa universiti itu yang kritikal dari segi idea dan juga ilmu yang dipelajari. Jika kita melihat kepada Universiti Oxford misalnya, pelajar mereka sangat kritikal kepada ilmu sehinggakan perpustakaan menjadi tempat tumpuan mereka. Perbincangan tentang sesuatu ilmu di sana juga sangat terbuka sehinggakan pelajar di sana sangat pakar tentang isu semasa di dalam dan luar Negara.

Justeru, kita memerlukan sistem pendidikan yang paling efektif sesuai dengan peredaran zaman yang begitu pantas. Sistem pendidikan hari ini memerlukan transformasi yang drastik terutama dari segi mutu silibus pelajaran yang terlalu merujuk kepada sistem barat. Pendidikan yang berjaya adalah apabila setiap pelajar mempunyai kekuatan “quotient” yang seimbang iaitu intelektual “quotient”, emotional “quotient”, dan spiritual “quotient”.

Ramai pelajar kita hari ini tidak Berjaya di dalam ketiga-tiga cabang ini. Sebagai contoh wujudnya pelajar yang hebat dalam bidang intelektualnya tetapi lemah dalam mengawal emosinya. Kesannya pelajar itu terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya sehinggakan mereka melakukan kegiatan yang di luar jangkaan kita. Justeru, kita perlu melahirkan pelajar yang lengkap dengan ketiga-tiga aspek yang memerlukan keterlibatan semua pihak termasuk NGO yang pakar dalam bidang ini.

Oleh yang demikian, pendidikan merupakan tunjang utama kepada pembentukan generasi akan datang. Generasi muda hari ini adalah asset yang paling bernilai kepada Negara. Mereka ibarat lombong emas yang belum diproses menjadi ketulan untuk dijual kepada orang ramai. Maka universiti adalah medan yang terakhir untuk mereka melangkah ke alam dunia yang sebenar. Persediaan yang rapi perlu dari sekarang supaya kita tidak akan ketinggalan dari aspek pembangunan insan ini.

Wednesday, June 18, 2008

40,184 calon terpilih masuk 20 IPTA

Seramai 40,184 calon dipilih memasuki 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/Matrikulasi/Setaraf (Ijazah Pertama) pada sesi akademik 2008/2009, bulan depan. Daripada jumlah itu, 24,989 atau 62.19 peratus calon Bumiputera, 12,445 (30.97 peratus) Cina dan 2,750 (6.84 peratus) India. Sebanyak 61.87 peratus atau 24,862 calon akan mengikuti jurusan sains manakala baki 15,322 atau 38.13 peratus jurusan sastera.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Ir Radin Umar Radin Sohadi, berkata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerima 67,143 permohonan dengan 53,504 calon memenuhi kelayakan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 ke atas serta syarat khas program pengajian.
Tahniah kepada semua yang berjaya memasuki IPTA. Jikalau dilihat daripada statisitik ini ramai lagi yang tidak dapat masuk ke IPTA. Alhamdulillah kita semua adalah insan yang terpilih.

Friday, May 30, 2008

Nak dekat dah....

Alhamdulillah hari ini 31hb Mei, sehari lagi untuk masuk ke bulan Jun. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua. Mesti anda tertanya mengapa saya bercakap beginikan? Tekalah.. Nak tahu mengapa? Panjang ceritanya.. :)

Bagi memendekkan cerita, jikalau anda semua hendak tahu,bulan Jun inilah bulan yang paling getir dan penuh dengan cabaran. Mengapa? Salah satunya mestilah bulan ini adalah bulan 'exam' ataupun ujian akhir sem ini. Huh.

Apabila bercakap pasal 'exam' ini, tetiba hati rasa gelisah. Lebih-lebih lagi nak dekat 'exam'. Bahkan kalau kita sibuk dengan program,kerja khusus dan sebagainya membuatkan kita lagi gelisah. Adakah kita sudah bersedia dengan dugaan dunia ini? Satu tips yang patut kita pegang adalah pandai mencuri masa.

Mencuri masa

Perkara ini perlu didalam kehidupan harian kita. Pencurian ini membuatkan kita akan lebih berhati-hati dan bersedia awal dalam apa-apa tindakan. Contohnya, kalau kita di Universiti, kita pasti akan ada program malam-malam. Lagi-lagi kalau program jemaah seperti usrah,kuliyyah dan sebagainya. Apabila kita sudah tahu yang malam nanti kita pasti akan sibuk, maka perlu kita guna masa petang kita untuk mengulangkaji pelajaran. Waktu yang paling sesuai adalah sebelum zohor. Oleh itu, masa itu tidak disia-siakan dengan aktiviti yang kurang berfaedah seperti tidur dan sebagainya dan dapat diisi dengan sedikit mengulangkaji walaupun sedikit. Daripada langsung tidak buat lebih baik ada. Tak begitu?

Banyak berjumpa pensyarah.

Bercakap pasal benda ini, saya pun kurang juga melakukannya. Tetapi saya memang berazam lepas ini untuk melakukannya. Mengapa benda ini penting? Ini tiada kena mengena dengan 'bodek' ataupun nak jadi jambu pensyarah. Hal ini penting kerana biar pensyarah kenal kita. Apabila sudah kenal, maka hubungan kita dengan dia pasti akan berterusan tanpa ada rasa 'gap' di dalam kelas mahupun di luar kelas. Seorang pensyarah saya ini apabila dalam skem pemarkahan dia hendak melihat siapa yang selalu jumpa dia, dapat markah tinggi. Begitu punya dia nak suruh kita jumpa dia. Selain itu, seperti kita tahu berkat seorang guru itu sangat bernilai apabila dalam belajar. Hatta jikalau hendak melihat zaman-zaman nenek moyang kita sampai apa yang disuruh oleh guru kita dibuat tanpa dibantah sekalipun sebagai tanda penghormatannya kepada mereka. Oleh itu, selalulah berjumpa dengan pensyarah. Janganlah berat kaki untuk berjalan berjumpa mereka. Kalau kita tidak mulakan dulu siapa lagi?

Akhirnya bersedialah sebelum anda disediakan. Ini 'term' saya sendiri. Apa yang kita buat hari ini ingatlah natijahnya pada masa akan datang. Insya Allah jika kita buat yang terbaik untuk hari ini, kejayaan pasti di dalam genggaman. Apa-apa pun kembali pada Allah s.w.t. Amallah daripada kita hanya berkata-kata kosong. Hal ini amat dimurkai oleh Allah s.w.t.



Saturday, May 17, 2008

Perisitwa Nakbah..


"Jahanam!! Jahanam!!" Jahanam Amerika!! Jahanam Zionis!! Bersemangat mujahidin-mujahidin yang datang untuk memberikan tanda ingatan terhadap peristiwa Nakbah. Hari ini jumaat bersamaan 16 Mei 2008 berkumpulnya semua NGO Islam dalam satu memorendum kepada PBB di kedutaan PBB di Damansara.

Sebagai memperingati perisitiwa Nakbah ini sebanyak 30 NGO di seluruh Malaysia mengadakan bantahan dengan menghantar memorendum kepada PBB dengan disertai Mahasiswa yang turut berkumpul untuk menyatakan tanda bantahan. Laungan semangat oleh Saudara Cikgu Azmi menyemarakkan lagi semangat semua untuk terus berada di depan pejabat PBB walaupun di bawah sinaran Matahari yang panas.

Peristiwa Nakbah ini telah disambut dengan demonstrasi aman umat Islam di seluruh dunia. Sambutan yang ke-60 tahun ini menandakan bahawa bumi palestin inginkan keadilan dan hak mereka yang telah dinidakkan selama ini. Kekejaman setiap hari di bumi palestin ini menyebabkan semua umat Islam di seluruh dunia merasa akan kepedihannya dan inginkan satu perubahan yang drastik daripada politik Palestin dan umat Islam itu sendiri.

Peristiwa ini adalah bersempena memperingati perisitiwa rakyat Palestin yang telah dihalau oleh pihak zionis dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Pada tarikh 15 Mei 1948 ini juga adalah satu tarikh yang akan diingati selamanya kerana tarikh ini adalah tarikh secara rasmi Negara Israel telah ditubuhkan oleh PBB. Ini adalah satu penipuan dan pengkhianatan yang terbesar di dalam peradaban dunia.

Sekarang,jika kita ketahui satu pembangunan yang tidak boleh diterima oleh dek akal dan tidak berperikemanusiaan adalah dengan terbinanya tembok pemisah sepanjang 20 kilometer. Tembok yang setinggi 20 meter itu adalah untuk memisahkan kehidupan rakyat palestin yang hanya diduduki mereka sebanyak 20% daripada keseluruhan tanah mereka. Inilah adalah kekejaman yang paling kejam dalam sejarah peradaban dunia. Dan isu terbaru adalah pembinaan jambatan kontreversi di pintu Magharba. Zahi Nujaidat, jurucakap Pergerakan Islam bagi tanah Palestin yang dijajah pada 1948 pada Selasa lalu memberi amaran bahawa dinding-dinding Masjid Aqsa boleh retak jika kerajaan Israel terus menyambung pembinaan jambatan itu. Semua kemusnahan dan kerja-kerja perobohan di pintu pagar Magharba hanya membawa kepada satu sahaja tujuan iaitu membina kuil Third yang menjadi satu konsensus di kalangan ahli politik Israel, sekular dan para agamawan.


"Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya". Oleh dari itu, gerakan Islam Hamas telah berjuang selama 40 tahun daripada sesekecil usrah sehinggalah sekarang telah berjaya memenangi politik Negara mereka. Kejayaan ini telah membuatkan Barat berasa susah hati dan terancam akan kejayaan ini. Dan sekarang seperti kita tahu, Hamas tidak dapat bergerak sepenuhnya kerana dikekang oleh Israel. Perkara ini tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang. Memetik kata-kata dari Gerakan Hamas semalam, Khamis (15/5) dalam majlis memperingati 60 tahun terjajahnya Palestin, menegaskan bahawa perampasan Palestin oleh Israel adalah tragedi paling besar tercatat dalam sejarah Arab dan Islam. Penjajahan ini telah mengubah kehidupan rakyat Palestin menjadi derita panjang yang tidak terperi.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua bahawa isu palestin bukanlah isu kecil tetapi adalah isu besar yang memerlukan keterlibatan semua umat Islam di seluruh dunia. Isu ini perlu dihebahkan ke serata alam supaya kita tidak hanya berdiam diri dan tidak membuat sesuatu. Kita perlu elakkan diri dari berada di zon selesa(comfort zone).

Ingatlah ayat al-quran di bawah bahawa mereka akan sentiasa memikirkan strategi untuk menghapuskan semua umat islam di dunia ini. Mereka juga akan sentiasa menyeksa dan membunuh seramai yang mungkin umat islam. Tetapi adakah kita akan hanya berdiam diri?

Pengaruh mereka telah berjaya meresap ke dalam pemikiran umat islam. Mereka juga telah bergembira apabila umat islam ditekan dan dihina dengan kejam dari pelbagai aspek. Adakah kita hanya berdiam diri?


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka" (Surah Al-Baqarah:120).




Monday, May 12, 2008

Kejernihan jiwa

Kawan sekelas dulu........5 Ihsan

“Tensionnya aku hari ini!!!” Semua benda aku belajar hari ini semua tak masuk kepala!! Mengeluh seorang sahabat aku. Biasalah tu. Hari ini memang subjek ‘killer’. Kalau saya pun memang susah juga. “Sahabat, kadang-kadang kita lupa yang semua ini berlaku kerana jiwa kita penuh dengan dosa dan menyebabkan urusan kita menjadi susah”. Nasihat aku kepadanya.

Jiwa adalah satu organ manusia yang tidak dapat dilihat yang sangat susah untuk dijaga. Hal ini kerana jiwa adalah satu benda yang paling lembut dan memerlukan kepada belaian yang kerap oleh kita sebagai manusia. Jika hati ini tidak dijaga dengan baik maka rosaklah satu jasadnya.

Pentingnya amalan

Di sini saya ingin mengingatkan diri sendiri dan juga kawan-kawan semua bahawa segala urusan duniawi adalah berlandaskan daripada ketentuan dari Allah s.w.t. Perancangan manusia tidak selalunya berjaya tanpa kita meminta kejayaan tersebut daripadanya. Perkara yang selalu kita semua lupa adalah apabila kita semua pandai untuk bercakap di depan orang tetapi tidak pandai untuk melakukannya. Penting untuk kita sedar bahawa amalan yang diredhai oleh Allah s.w.t adalah apabila kita melakukan apa yang telah kita cakapkan. Perkara yang tidak disandarkan kepada amalan akan menjadikan kita seorang yang bersifat NATO(No action Talk Only).

Nilai hidup

Hidup ini ibarat bumi yang berputar. Kadang-kadang kita akan berada di atas dan kadang-kadang kita berada dibawah. Semua ini lumrah hidup. Tetapi adakah kita membuat yang terbaik dalam hidup kita? Masa yang telah berlalu sangat berharga jika kita melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Maka hidup ini pun sangat yang berharga bagi kita dan kitalah yang perlu mengawal masa kita agar hidup kita lebih bermakna. Jika kita mengambil perumpamaan antara orang yang kaya dan orang yang miskin. Manakah yang lebih gembira hidupnya? Dua situasi ini ada pro dan kontranya. Orang yang kaya jika hidupnya hanya mengejar material dan terlupa akan tanggungjawabnya akan menyebabkan mereka mengejar sesuatu yang tidak pasti. Jika keluarga itu berlandaskan kepada ajaran islam yang sebenar maka aman bahagialah keluarga itu kerana melalui harta yang banyak mereka membelanjakan ke jalan yang diredhai dan diberkati oleh Allah s.w.t. Begitulah sebaliknya dengan keluarga yang miskin itu. Oleh itu, hidup ini hanya sementara sahaja. Maka beramallah sebaik mungkin agar hidup ini akan lebih bermakna buat kita.

Semua akan menjadi mudah

Apabila amalan dan hidup kita berlandaskan syariat Allah s.w.t, maka hidup ini akan menjadi mudah dengan izin Allah s.w.t, Syeikh Muhammad Abduh dalam riwayat kisahnya menceritakan bahawa beliau pada mulanya adalah seorang yang lembap dan tidak pandai dalam pelajarannya. Sampai suatu masa ketika beliau berjumpa dengan Pak Cik saudaranya seorang ulama sufi yang hebat amalannya. Dari situ beliau tersedar yang hidup ini jika tidak dipandukan dengan amalan penyucian jiwa dan keredhaan Allah s.w.t, maka semua kerja yang kita lakukan akan menjadi payah dan sukar. Bila hati tidak tenteram maka perbuatan kita pun akan turut sama. Selepas itu, beliau terus kembali belajar di Madrasahnya dan menjadi seorang yang aktif dalam mendalami ilmu agama. Itu adalah seorang tokoh islam yang berwibawa. Cuba bandingkan dengan kita? Jauh sama sekali. Oleh itu, apabila hubungan kita dengan Allah telah sempurna maka hubungan kita dengan manusia juga turut akan sempurna. Jangan kita abaikan hubungan kita dengan Allah. Jika tiada hubungan kita dengan Allah, siapa lagi ingin kita bergantung? Maka bersamalah kita menyemai kejernihan jiwa yang jitu. Jika jiwa itu elok, maka eloklah semua jasadnya.