Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Atuk saya meninggal dunia

Haa?? Atuk meninggal dah. Abah saya memberitahu saya dalam message telefon saya. Perasaan sebak dan air mata turut turun tanda saya sedih sangat dengan pemergian atuk saya. Tidak dapat digambarkan betapa sedih hati saya ditambah beberapa perkara yang tidak sempat saya buat untuknya. Hmm... Ya Allah...

Tarikh 22hb April 2010, tarikh keramat yang tidak akan saya lupa sampai bila2. Pemergian atuk saya ke rahmatullah merupakan satu tamparan yang hebat bagi saya. Nak tak nak saya perlu kuatkan diri menghadapi semua ini.

Setiap insan yang hidup pasti akan menemui ajalnya dan melalui dunia sebelum hari akhirat iaitu alam barzakh. Tiada seorang akan terlepas dengan qada dan qada' yang telah ditentukan oleh Allah swt. Saya sendiri apabila mendengar berita kematian sesiapa sahaja pasti akan membuatkan saya insaf. Hal ini kerana saya sendiri pun tidak tahu saya akan mati bagaimana,bila dan di mana. Dan adakah saya akan mati sebagai orang islam ataupun tidak? nauzubillah.

Pemergian atuk saya semalam saya terima dengan hati yang sedih. Dan menerima semua ini sebagai takdir yang ditentukan Allah swt. Tetapi ada tiga perkara membuatkan saya bertambah sedih dan menyesal dengan perbuatan saya ini,

Pertama, saya tidak dapat bersama keluarga saya memandikan atuk saya pagi semalam. Dan tidak dapat melihat muka atuk buat kali terakhir. Dalam keadaan semua orang hadir memandikan secara bergilir-gilir, saya tidak ada masa itu, Hmm.

Kedua, saya tidak dapat menyembahnyangkan jenazah atuk saya sendiri. Hal ini kerana saya lambat sampai ke kampung semalam kerana saya masa itu di Gombak.

Ketiga, saya tidak dapat mengiringi jenazah atuk ke tanah perkuburan. Perasaan menyesal dan sebak dengan kejadian ini menyebabkan saya menangis di tanah perkuburan. Air mata saya tidak dapat menahan kerana saya tidak dapat melunaskan tanggungjawab saya sebagai cucu
Othman bin Sipik.

Pedoman buat semua, jangan jadi seperti saya menjadi orang yang paling menyesal di dunia ini kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang cucu kepada atuknya. Maafkan dan ampuni dosa saya atuk. Insya Allah saya akan menjadi cucu yang terbaik untuk atuk.

Wednesday, January 13, 2010

Hidup dan mati.


Hidup yang penuh dugaan memerlukan persiapan diri yang betul2 kuat dan bersedia. Ia seperti kita hendak pergi berperang. Semua kelengkapan perlu disiapkan. Kelengkapan senjata, tentera, perancangan dan sebagainya yang akhirnya kita ada dua jawapan. Samada mati atau hidup.

Hidup atau mati. Dua alam yang sebenarnya mempunyai hubungkait yang sangat rapat. Insan yang dilahirkan akan diazankan di telinga dan insan itu meninggal dunia dengan disembahyangkan. Bayangkan antara azan dan sembahyang betapa pendeknya masa. Begitulah pendeknya kehidupan. Dunia ini tidak menjanjikan apa-apa selain hanya bertaqwa kepada Allah swt. Sama2 kita beringat.

Ya Allah! Ampunilah dosaku. Aku banyak berbuat kemungkaran di hadapanmu Ya Allah. Berikanlah aku kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat. Jauhkanlah aku dari jadi anak derhaka Ya Allah. Berikanlah petunjuk kepada ku Ya Allah. Hanya kepada engkaulah aku memohon keampunan dan kepadamu aku mohon pertolongan. Amin.

13/1/2010

Monday, September 14, 2009

Saya terima sepupu lagi.


Seorang lelaki dan seorang perempuan


Bayi perempuan


Gambar baby boy sejurus selepas dilahirkan bersama baby girl yg lahir enam minit lebih awal(Diambil dari facebook fauzi othman)

Alhamdulillah, kali ini saya terima kembar sepupu. Kembar ini baru dilahirkan pada pagi hari ahad yang lepas. Saya dan keluarga sempat pergi melihat kembar anak pak su saya ini pada petang ahad tu. Comel sangat. Sekarang atuk saya sudah ada 39 orang cucunya. Cuba kita kira kejap.

Mak Long - 5 orang
Pak Ngah - 5 orang
Pak Lang - 5 orang
Pak Andah - 2 orang (keluarga saya)
Pak Anjang - 9 orang
Pak Chik(Nie) - 3 orang
Pak Chik(Izon) - Belum lagi
Pak Teh - 3 orang
Pak Tam - 3 orang
Pak Su - 4 orang

Masih belum cukup 50 orang. Tetapi ini belum tambah anak saudara saya. Anak Mak Long, Mak Ngah saya sume. Munkin cukup 50. Sekejap sangat semua sudah besar belaka. Kahwin pun bertambah apatah lagi yang mempunyai anak.

Apa-apapun semua mesti gembira apabila mempunyai keluarga yang besar dan bahagia. Itu yang kita hendakkan. Bukan sahaja besar tetapi yang paling penting adalah gembira dan bahagia ditambah dengan keberkatan dari Allah swt.

Kegembiraan akan bertambah sinar apabila menjelangnya raya nanti. Raya lah tempat untuk mengumpulkan semua sanak saudara yang dekat mahupun dari jauh. Tahun ini saya tidaklah berasa beraya sangat oleh kerana keadaan saya dan ujian yang masih belum habis. Habis cuti terus ujian pertengahan. Tidak berasa sangat raya tahun ini.

Apa-apapun raya bukanlah untuk dihidangkan baju baru, seluar baru, rumah baru dan sebagainya yang utama, tetapi apa yang paling penting adalah penghayatan kita terhadap bulan Ramadhan. Dan takbir raya itu menandakan kemenangan kita sebenarnya selain menahan lapar dan dahaga dan sebagainya. Semoga kita menjadi Muslim yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Nikmat keluarga. nikmat Ramadhan dan juga nikmat beraya bersama keluarga.

+Artikel pasal raya nanti akan disambung.