Tuesday, April 28, 2009

Keputusan Ujian Akhir Sem!

Hari ini keputusan sudah keluar. Saya berasa sangat risau dengan keputusan saya sem lepas. Ada subjek yang ok dan ada juga yang tidak ok. Semuanya membuatkan saya berasa tidak senang dengan keputusan aku sem yang lepas.

6 subjek saya amik sem lepas. Semuanya bagi saya mencapai KPI. Tetapi tidak boleh dibanggakan dari segi pointer. Saya cuba untuk membuat yang terbaik tetapi inilah hasilnya. Jika kita berusaha sedaya upaya insya allah kejayaan akan dikecapi. Saya pun terkesan juga dengan ayat ini. Saya sendiri pun tidak berusaha dengan sebaiknya. Sebab itu jadi macam ini.

Apapun kawan2 saya doakan semoga anda semua mendapat keputusan cemerlang. Good Luck!

Sunday, April 26, 2009

Tahniah kepada Naimah

Assalamualaikum,

Dengan ini saya ingin mengucapkan Selamat melangkah ke alam perkahwinan kepada sahabat saya Saudari Naimah Binti Hassan yang telah selamat melangsungkan perkahwinannya semalam dengan pasangannya bernama Mohd Fahmi Bin Ismail. Semoga perkahwinan anda kekal hingga ke anak cucu. Maafkan saya tidak dapat hadir ke Terengganu kerana ada masalah dari segi masa dan program dakwah.

Doa Tetamu buat Tuan Rumah dan Pasangan berkahwin

Daripada Abdullah Bin Basar, sesungguhnya ayahnya menyediakan jamuan untuk Rasulullah SAW, lalu baginda memenuhi jamuannya. Sebaik sahaja selesai dari jamuan, baginda mengucapkan:
Ya Allah, ampunilah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah mereka pada rezeki mereka yang Engkau kurniakan"

Muslim

Friday, April 24, 2009

BANTAH KENYATAAN NAZRI DAN KEPUTUSAN KABINET

Lebih 100 NGO-NGO Islam mengeluarkan kenyataan bersama membantah kenyataan Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz dan keputusan kabinet dalam kes Mohd Ridhuan Abdullah lwn M. Indra Ghandi. Satu sidang akhbar telah diadakan di pejabat Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia pagi tadi. Berikut adalah kenyataan media bersama mereka:

Isu ini bermula daripada sebuah konflik keluarga yang menyaksikan sebuah keluarga telah terpecah. Dalam situasi sebegitu, kami berpandangan bahawa kepentinga, hak dan kebajikan semua pihak iaitu anak-anak, ibu dan bapa perlu diambil-berat dan diutamakan. Kes seumpaman ini menjadi lebih kompleks kerana ia turut melibatkan elemen pertukran agama yang terkait dengan soal isu pertukaran agama, bidangkuasa berkaitan Islam dan Mahkamah Syariah.

Kami menegaskan apa-apa cadangan perubahan yang berkaitan mesti mengambil-kira undang-undang yang sedia ada dan pendangan semua pihak yang berkenaan. Proses ini harus melibatkan perbincangan yang menyeluruh dan lengkap serta tidak terlalu reaktif kepada tekanan mana-mana pihak. Jika tidak, ada dibimbangi keputusan atau cadangan perubahan yang dikemukakan akan tetap gagal berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat. Sebagai contohnya, kami tidak bersetuju dengan keputusan kabinet yang menetapkan agama anak-anak adalah berdasarkan agama asal perkahwinan kerana ini akan menafikan hak pihak yang memeluk Islam.

Mengambilkira sensitiviti yang tinggi berkaitan dengan kes-kes seumpaman ini, kami menyeru semua pihak untuk menangani isu ini secara bersama dan saksama. Kami pertubuhan-pertubuhan Islam sekali lagi menyatakan kesediaan kami untuk turut terlibat dalam proses ini.

Mesej ini diambil daripada laman http://membelaislam.wordpress.com. Panjangkan mesej ini. Ayuh kita pertahankan hak dan kemurnian agama Islam yang kita cintai. Sampai mesej ke seluruh negara: bahawa kita membantah keputusan kabinet yang terbaru tentang hal pertukaran agama itu!

Thursday, April 23, 2009

Ustaz patah kaki!


Ustaz Khazri baru keluar Wad

Apabila saya mendapat message daripada kawan saya, saya terkejut dengan kandungan dalam message tersebut. Kandungannya berbunyi

" Ustaz Khazri accident patah kaki sekarang di Wad 5A Hospital Seremban"

Saya pun terkejut dengan kandungan tersebut dan petang itu saya bergegas pergi ke Hospital bersama rakan saya.

Sampai di sana pukul 6.20 petang, saya pergi bergegas ke Wad 5A. Tetapi saya dan rakan-rakan SHAMS tidak menjumpai katil ustaz. Saya pun pelik. Betul ke Wad 5A. Selepas itu, saya terjumpa dengan rakan sekerja Ustaz Khazri di UKM. Dia kata "ustaz sedang dalam wad pembedahan. Dari pukul 4.30ptg lagi ustaz dibedah. Mungkin dalam pukul 7 ptg ustaz keluar". Apabila saya dengar ustaz sedang dibedah saya pun harap ustaz akan kembali normal.

Wad pembedahan di tingkat 3. Rakan sekerja ustaz memberitahu. Saya pun bergegas ke tingkat 3. Sampai di tingkat 3, ramai kelibat yang ada di situ. Mak dan kakak ustaz Khazri pun ada disitu. Saya pun terus bertanya ustaz bagaimana semua. Ternyata Mak ustaz seorang yang tabah. Menunggu dengan sabar akan anak mereka. Tetapi hati Mak mana yang tidak sedih sebenarnya melihat anak mereka sakit. Kami semua terus menunggu dengan sabarnya.

Tepat jam 7.15 petang, ustaz keluar dari wad pembedahan dengan senyumannya yang biasa. Saya pun terus salam dengan ustaz dan bertanya tentang keadaan ustaz. Ternyata semangat ustaz itu langsung tidak pernah luntur dari muka ustaz. Sama seperti dulu. Sudah 2 tahun dah saya tidak berjumpa ustaz kesayangan saya ini. Banyak kenangan dan pengajaran diperolehi daripada ustaz ini. Sebab itu apabila dengar je berita beliau, saya terus tersentak dengan apa yang berlaku oleh beliau.

Semoga sesiapa ex-SHAMS dulu yang mengenali ustaz Khazri boleh la melawat beliau di Wad 5A. Saya pun tidak sempat tanya bagaimana dia kemalangan semua. Nanti anda semua tanya la dia k. Doakan semoga Ustaz sembuh cepat dan boleh berjalan seperti biasa.

Wednesday, April 22, 2009

Menara Gading PPINS


Banner Menara

Assalamualaikum,

Pada 24-26hb April 2009, PPINS akan mengadakan program Menara Gading 2009 khas kepada pelajar lepasan SPM. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar lepasan SPM dan hala tuju pelajar selepas mendapat keputusan SPM. Program ini juga akan memberi pendedahan tentang alam pengajian tinggi yang sedia ada di Malaysia ini. Maklumat program seperti berikut:

Nama program:Menara Gading PPINS 2009

Tarikh: 24-26hb April 2009

Tempat: Wisma ABIM Negeri Sembilan, Ampangan ( Di bangunan Uda )

Sasaran peserta: Pelajar lepasan SPM seluruh Negeri Sembilan

Sesiapa yang berminat, sila hubungi saudara Ahmad Izzat- 013-3539359 untuk keterangan lanjut tentang program ini. Tempat adalah terhad. Terima Kasih.

Ajak kawan ramai-ramai!!!!!!