Sunday, April 18, 2010

Berterus terang walaupun pahit

Kenapa susahnya aku untuk berterus terang? Atau apakah aku ini terlalu pengecut untuk berterus terang walaupun pahit? Hmm.. Banyak betul aku patut pelajari dalam dunia ini. Getus hatiku yang selalu tertekan kerana tidak dapat meluahkan hasrat hati aku yang sebenar.

Hari ini, saya sudah berumur 23 tahun. Satu umur yang cukup matang untuk saya menilai siapa diri saya,apa kelemahan saya, dan apa matlamat hidup saya. Dan sekarang saya hanya perlu ada keyakinan diri untuk meneruskan hidup ini.

Ayah saya selalu berkata, "be strong" dalam hidup ini. Jikalau tidak kita akan kalah. Di dunia ini persaingan sangat kuat. Sesiapa yang kuat akan menang dalam permainan dunia ini. Dan sesiapa yang kalah akan tersingkir daripada permainan dunia ini.

Keberanian untuk bercakap benar merupakan amalan yang baik yang patut kita amalkan. Kadang-kadang kita sesama keluarga pun tidak berani untuk berterus terang sehinggakan menimbulkan perselisihan faham antara satu sama lain. Perkara ini boleh dielakkan dengan kita berterus terang apa yang tidak puas hati.

Selain itu, ada individu yang suka berterus terang dan ada juga yang tidak suka berterus terang kerana hendak menjaga perasaan hati orang lain. Berterus terang juga ada baiknya jika kena pada tempatnya dan masanya dan juga caranya.

Saya teringat semasa saya di dalam program PKPIM dan ABIM selalu menekankan cara untuk kita berdakwah secara lebih efektif dan berkesan. Dengan cara wasatiyyah dan juga berhikmah dengan tindakan nescaya golongan sasaran dakwah kita akan mudah dekat dengan kita dan berubah mengikut kehendak sendiri dan bukan dengan paksaan. Perubahan dalam diri itu yang kita hendakkan dan bukannya paksaan.

Apa yang penting sekarang ini adalah cara kita untuk berterus terang dan meluahkan rasa hati yang terbuku di dalam hati dengan lebih efektif dan tidak menyakiti orang lain. Kerana dengan ini sahaja semua masalah akan diselesaikan dan semua masalah dalaman dan luaran dapat diselesaikan dengan baik. Tetapi ingat dengan cara yang berhikmah dan berkesan.

Buang bayi: Manusia yang bersifat binatang

Sejak akhir ini, kita sering terbaca di akhbar dan media massa tentang pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Pembuangan atau pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan ini merupakan salah satu amalan jahiliyah yang telah dilakukan oleh orang-orang yang tiada pegangan agama. Maka, isu ini bukan sahaja melibatkan isu kemanusiaan malah isu agama dan juga masyarakat yang semakin lama semakin hilang jati diri mereka sebagai manusia.


Firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 12-19, “Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman iaitu: Bersyukurlah kepada Allah Dan barangsiapa yang bersyukur kepada Allah maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, untuk dirinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”


Ayat di atas merujuk bahawa sesiapa yang bersyukur dengan Allah swt, maka ia juga bersyukur dengan dirinya sendiri. Allah swt sangat suka manusia yang bersyukur dengan nikmat yang diberi. Malah Allah swt akan menambah-nambah nikmat yang diberikan jika manusia itu lebih bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat yang sedia ada.


Anak-anak yang dilahirkan ke dunia adalah bersifat fitrah. Anak ini ibarat kain putih.Kitalah yang mencorakkan mereka samaada Islam,Nasrani,Yahudi atau Majusi. Selain itu, anak-anak ini adalah rezeki daripada Tuhan untuk kita, Oleh itu, kita perlu bersyukur dengan nikmat yang tidak terkira nilainya ini. Hanya manusia yang tidak bersyukur sahaja yang sanggup membuang rezeki yang tidak ternilai ini.


Saya sendiri apabila terbaca surat khabar setiap hari berasa sedih dan hiba apabila melihat manusia yang tiada dosa dibuang sebegitu sahaja tanpa rasa bersalah dan malu kepada Allah swt. Manusia yang berhati binatang ini akan dihisab di akhirat kelak akan perbuatan yang sungguh memalukan. Bayi ini akan berkata-kata kembali kepada sang pembuang tentang perbuatannya yang sungguh tidak bertamadun.


Cuba anda bayangkan bayi yang dilahirkan dalam keadaan tiada dosa bahkan seperti malaikat dibuang sebegitu sahaja tanpa rasa bersalah dan malu. Kita sendiri apabila melihat bayi yang baru lahir seronok dan teruja. Kita sampai berebut-rebut ingin memegangnya sehinggakan bayi itu menangis sahaja semua akan berkerumun untuk mengambil dan mendodoinya agar tidak menangis. Malah kita apabila melihat bayi kita berasa seronok sangat dan suka untuk melihat mukanya. Hal ini kerana bayi tidak mempunyai dosa dan bersih daripada segala dosa. Hanya manusia yang berhati haiwan sahaja yang tidak berasa begini.


Di facebook sendiri sudah ada perbincangan meja bulat tentang pembuangan bayi ini. Hal ini merupakan isu yang sangat sensitif dan perlukan kepada perbincangan yang mendalam tentang cara untuk mencegahnya. Pencegahan awal perlu dengan memberi kesedaran tentang perhubungan yang halal dan haram. Jika perkara asas tidak diselesaikan maka permasalahan yang besar tidak akan berakhir selamanya.


Isu pembuangan bayi kerap berlaku kepada orang yang melakukan persetubuhan haram ataupun dikenali berzina. Dan akhirnya setelah dikenal pasti mengandung. Perkara ini merupakan satu ketidak adilan kepada kaum wanita apabila lelaki itu meninggalkan perempuan tersebut tanpa langsung berasa bersalah dengan perilakunya. Akhirnya perempuan yang menerima balasannya.


Ada pepatah mengatakan bahawa hendak menjaga anak perempuan susah, jaga anak lelaki senang sahaja. Perkara ini tidak betul sama sekali. Bagi saya dua-dua sama susah dan senang. Malah penjagaan anak lelaki perlu diutamakan kerana mereka bakal menjadi pemimpin kepada perempuan suatu hari kelak. Dan penjagaan anak perempuan juga perlu diberi perhatian terutama pada akhir zaman ini kerana fitnah paling besar di akhir zaman ini adalah perempuan. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Maka, dua-dua perlu ada check and balance supaya dunia ini tidak terjadinya huru hara oleh keadaan yang tidak sepatutnya berlaku.



Monday, April 12, 2010

alongcharade beraksi kembali...


Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Alhamdulillah. Dengan tekad dan penuh keazaman saya ahmad izzat bin atan akan beraksi kembali di dunia blog yang sepi tanpa saya. Laungan semangat saya di depan cermin. Masya Allah. Banyaknya perubahan dalam diri saya. Tidak sedar akan masa cepat berlalu.


Walaupun masa berlalu dengan cepat, saya sendiri yakin pasti ada kelebihan yang ada dalam diri saya yang perlu saya tonjolkan kepada semua. Tidak hanya bersembang di warung kopi berdegar-degar tetapi tidak diaplikasikan dengan perbuatan pun tidak gunanya. Yang penting kita mesti buat dengan bersungguh-sungguh.


Saya akui diri saya yang disangka kuat di depan manusia sebenarnya tidak sekuat mana di depan Allah swt. Saya sendiri tidak sedar yang saya sudah banyak melakukan dosa kecil mahupun dosa besar. Di kala ini saya sendiri teringatkan satu tempat yang tenang seperti di pondok maahad derang yang saya pernah pergi sana belajar pasal ilmu agama. Tetapi ilmu saya ternyata cetek sekali.


Saya tidak pernah mengamalkan walaupun satu pun pelajaran saya selama ini baik yang berbentuk fizikal ataupun rohani. Diri saya ini ibarat 'lalang' yang apabila ditiup ke kanan dia akan ke kanan bila ditiup ke kiri dia akan kekiri. Langsung tidak ada pendirian dalam hidup ini.


Ya Allah! Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya hati saya kala tengah menulis posting ini. Saya tahu dosa saya tidak terkira dan tidak dapat dikira banyaknya. Malah tidak terdetik langsung saya untuk bertaubat menginsafi diri ini yang hina. Terlalu banyak sangat.


Aku sedar yang hidup ini penuh dengan fitnah dan penipuan. Luqman Al-Hakim pernah berkata kepada anaknya, "wahai anakku, dunia ini ibarat laut yang dalam. Sesiapa yang bertaqwa insya allah dia akan selamat dan sesiapa yang lalai dengan dunia akan lemas di dalamnya.". Begitu kuatnya dugaan dunia. Saya sendiri sudah merasai kelemasan di dalam lautan dan tidak tahu bila saya akan bernafas kembali. Mungkin saya tidak akan bernafas lagi dan tenggelam di dalam lautan yang besar dan dalam ini.


Hanya doa dan semangat yang tidak seberapa ini dapat memandu saya dalam dunia ini. Tanpa kekuatan iman dan taqwa saya akan hanyut dibuai mimpi yang indah ini yang hanya sementara. Saya tidak tahu bagaimana hendak keluar daripada lautan yang disangka cetek ini. Ya Allah! Bantulah aku!! Jauhkan aku daripada mengsyirikkanmu walau apa jua keadaan!! Ampunilah dosa aku!! Adakah disebabkan aku semuanya akan jauh dari engkau Ya Allah!! Ampunilah dosa aku!!

Monday, January 25, 2010

BUAT DUIT DENGAN PENAPIS AIR IMTIYAAZ


IMTIYAAZ-PENAPIS AIR DI RUMAH

kami adalah sebuah syarikat pengeluar produk perawatan air berjenama

imtiyaaz NANO alkaline treatment system. kami juga menyediakan peluang

perniagaan kepada seluruh rakyat malaysia dan bakal-bakal usahawan yang

berminat. peluang untuk meraih pendapatan melebihi 4 angka sebagai stokis kami.


jaminan 1 tahun turut diberikan

pasti dan pasti, Air zam-zam adalah yang terbaik..

ANTARA KELEBIHAN PENAPIS AIR
IMTIYAAZ

  • mengandungi tahap alkali yang tinggi yang berupaya menyingkirkan segala toksid dalam badan hasil daripada pemakanan yang tidak seimbang.
  • mengandungi kadar oksigen dan mineral yang tinggi yang diperlukan oleh badan manusia.
  • molekul air yang halus (teknologi NANO) dan mudah diserap oleh badan manusia.
  • bersih, selamat dan tidak mengandungi kandungan yang membahayakan kesihatan
  • bahan-bahan yang digunakan adalah dari sumber yang halal & suci dan minum tanpa was-was.
  • untuk menangkis karat, habuk, tanah, sisa-sisa tercemar, klorin dan sebagainya
  • untuk menyerap bahan seperti bau, rasa, besi karat, klorin yang berlebihan, dan bahan-bahan pencemar yang lain.
  • mengandungi lebih 10 jenis mineral dan ion negatif yang diperlukan untuk badan manusia.
  • memperbaiki nilai pH mendekati alkali.
  • mempunyai kesan anti-oksida.
  • memecahkan molekul air kepada pecahan kecil untuk penyerapan lebih baik dan memperbanyakan kandungan oksigen dalam air.

    HARGA ASAL RM 1788.00
HARGA SEKARANG RM598.00 (SAHAJA HARGA PROMOSI)

BELIAN KEDUA PADA HARGA RM398 SEUNIT JUAL RM598
UNTUNG RM200,, WAU SUNGGUH LUMAYAN!!!

ANDA BERMINAT??

hubungi Ahmad Izzat Bin Atan- 014-9307029

emel: along_charade@hotmail.com>

ataupun Atan Bin Buchik - 019-3666242
Pembayaran boleh dibuat dengan cara online banking ke akaun
CIMB Bank: 05050175960528
atau
Maybank: 155126932240

Kemudian sila emailkan ke along_charade@hotmail.com/SMS
Jika pembayaran telah dibuat, sila maklumkan kepada kami atau telefon saya
014-9307029.

Harga barang adalah tidak termasuk harga pos.

Penghantaran adalah melalui perkhidmatan Pos Laju atau mengikut anda.

Sunday, January 24, 2010

PILIHAN RAYA KAMPUS 2010 HAMBAR DAN MEMALUKAN




Alhamdulillah, Pilihan Raya Kampus (PRK) UIAM telah sempurna berlangsung pada hari Khamis, bersamaan 21 Januari yang lepas. Dari pemerhatian penulis, PRK tahun ini agak hambar jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.

Bermula dengan proses penamaan calon pada 14 Januari hinggalah ke hari pengumuman pemenang pada 21 Januari lepas, semuanya hambar dan lesu. Selain itu, calon-calon juga tidak dibenarkan memberikan 'hadiah' semasa berkempen. Ini pada pendapat penulis merupakan suatu momentum yang bagus. Kita mahukan pengundi-pengundi menilai calon daripada manifesto perjuangan dan kewibawaan mereka, bukannya 'hadiah' yang berlebih-lebihan.

Di UIAM Gombak, terdapat 2 kuliyyah diumum menang tanpa bertanding. Paling mengejutkan, kuliyah Undang-undang yang dikenali sebagai 'kerusi paling panas'. Hanya terdapat 2 calon sahaja yang menghantar borang, dan langsung diumum menang tanpa bertanding. Kuliyyah Seni Bina dan Alam sekitar juga diumum sebagai menang tanpa bertanding. Turut menang tanpa bertanding ialah calon kerusi pelajar internasional. Manakala, di UIAM Kuantan, majoritinya menang tanpa bertanding.

POLITIK FITNAH YANG MENCACATKAN PRK UIAM

Ada satu persamaan antara PRK kali ini dengan PRK-PRK sebelum ini iaitu politik fitnah dan politik label-melabel. Jika sebelum ini 'Teropong' tersebar, pada PRK kali ini, sejumlah besar artikel fitnah tersebar di Kuliyyah Ekonomi yang melabel-label calon PKPIM UIAM sebagai wakil 'Aspirasi' tersebar semasa hari mengundi. Kejadian ini sungguh memalukan.

Umum mengetahui, 'Aspirasi' dikaitkan dengan Pro-Kerajaan, manakala Pro-Mahasiswa dikaitkan dengan Pembangkang. Dikotomi politik sebegini telah membutakan mata warga kampus UIAM kepada suara ketiga yang non-partisan iaitu PKPIM.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia atau akronimnya dikenali sebagai PKPIM merupakan sebuah gerakan pelajar Islam yang bersifat kebangsaan (tapi bukan asabiyyah sempit) dan menjadikan non-partisan sebagai orientasi perjuangannya.

PKPIM komited dengan perjuangannya untuk melahirkan barisan generasi muda yang dinamik dan berketerampilan selain menjadikan ilmu sebagai tenaga penerus momentum untuk membina generasi pemimpin muda yang bakal menerajui negara di masa hadapan.

PRK yang berlangsung baru-baru ini membuktikan perjuangan PKPIM masih lagi panjang. Politik fitnah yang mencalar kewibawaan dan integriti generasi mahasiswa yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini sungguh memalukan. Virus ini jika tidak dihentikan, akan menjahanamkan negara pada masa hadapan. Yang akan sengsara, generasi terkemudian.

Disini, PKPIM UIAM ingin membuat penafian sekeras-kerasnya bahawa AZHARUL AMIN BIN AHMAD NAZARUDIN, calon kerusi Kuliyyah Ekonomi BUKAN CALON ASPIRASI seperti yang didakwa didalam artikel fitnah yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjwab.

Kami juga menggesa, kepada mereka yang menyebarkan artikel tersebut supaya bertanggungjawab dengan bersemuka dengan kami. Sesungguhnya, fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh. PKPIM UIAM tidak akan tunduk dengan permainan politik kotor ini. Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang senantiasa bertaubat.

Akhirnya, TAHNIAH kepada semua pemenang, dan kami mengharapkan kepimpinan SRC kali ini menjalankan tanggungjawab dengan seadilnya kepada semua warga pelajar UIAM. Wallahu'alam.


Laporan oleh,

Faridah Mohd Tap
23 Januari 2010