Friday, November 7, 2008

Akhirnya sempurna!!!


"Akhirnya sempurna". Apa saya merepek ni?? Aduh2... Biasalah orang sudah baru habis exam macam ini la. Dah lama jugak tidak menulis. Tak tau la ada orang masih baca lagi blog ini. Harap2 adalah.

Tadi bersamaan hari jumaat 7hb November pada pukul 6 petang, saya sudah sempurna. Sempurna? Sempurna menghabiskan semua kertas. Kertas yang terakhir tadi, merupakan kertas yang agak mencabar juga. Risau pun ada juga kertas tu. (risau). Apa-apa saya sudah berusaha dan biarlah Allah yang menentukan kejayaan saya.

Masa kertas yang terakhir ini, saya terkena Demam Panas. Hanya Allah sahajalah yang tahu sampai ayah saya datang bawa air kelapa. Air kegemaran ketika demam. Nasib baik exam yang terakhir. Kalau tidak habislah hamba. Demam ini kadang-kadang sejuk kadang-kadang panas. Dan saya pun tidak suka makan ubat. Jadilah macam tu.

Sem ini sudah sempurna, dan perjalanan hidup perlu diteruskan walaupun kita ini tidak sempurna. Ramai orang apabila habis ujian, mereka kata "Merdeka". (biasa) dan ada juga berkata "sedih"(jarang-jarang) dan ada juga yang ingin "jom bakar buku ini"(tidak pernah dengar). Semuanya adalah luahan hati apabila orang sudah habis exam.

Kesimpulannya walaupun ujian dunia(exam dunia) sudah habis, ingatlah bahawa ujian di dunia yang mendatang pasti juga akan ditempuhi oleh kita. Oleh itu, bersiap sedialah menempuhi ujian ini kerana kita tidak tahu apa ujian yang akan menimpa kita.

*Selamat bercuti kepada semua yang sudah berjaya menghabiskan peperiksaan mereka.
*Gunalah cuti ini sebaik yang mungkin... Masyarakat memerlukan anda semua. Berbaktilah kepada mereka.

Saturday, November 1, 2008

Dana diperlukan...




Bantuan sukarelawan diperlukan daripada semua. Bantuan dana diperlukan daripada ahli PKPIM yang sudi membantu mereka untuk berdakwah di sana. Insya Allah..


Hulurkan tangan, ringankan beban!


Good Luck semua sahabat saya yang akan ke sana..


1. Syahrir

2.Fahmi

3.Kak Dil

4.Ain Najwa

5.Nadzi

6. Balqis..


Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) akan mengadakan Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka dan memerlukan sejumlah besar kewangan untuk menampung perbelanjaan misi ini. GPTD merupakan satu unit sukarelawan muda di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang aktif melaksanakan kajian ketamadunan, penguasaan bahasa asing dan khidmat sosial di pentas antarabangsa. Di antara objektif utama misi ini adalah untuk membuat jaringan hubungan bersama masyarakat Melayu di Sri Lanka dan mengenal pasti belia-belia Melayu yang berpotensi untuk diberi latihan dakwah di Malaysia seterusnya dapat menabur jasa pada masyarakat Melayu dan Islam di Sri Lanka.

Berikut merupakan butiran mengenai misi tersebut;

Tarikh : 12 November 2008 sehingga 30 November 2008 Tempat : Colombo, Kurunegala, dan Hambantota
Peserta : 7 orang delegasi (2 lelaki, 5 perempuan)
Anggaran kos : RM4000 seorang


Sehubungan itu, kami amat berbesar hati sekiranya anda dapat menjadi sebahagaian daripada kejayaan kami dalam menjayakan misi yang murni ini dengan memberikan bantuan berupa sumbangan kewangan.


Semoga usaha murni ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mampu mencapai objektifnya. Diharapkan agar sumbangan anda dikira sebagai amal ibadah, insya Allah.


Sokongan dan kerjasama daripada anda dalam menjayakan misi ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jazakumullahu khairan kathiraa.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Ain Najwa Badrul Amin (114209614100-Maybank)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

~Saudari Ain Najwa: 0192269005 atau

~Saudara Najmuddin: 0126980568.

Sila layari blog Sri Lanka

Definisi Tasawuf...



Entri kali ini, dan jika dipanjangkan umur saya akan berkongsi dengan anda semua tentang sebuah kitab yang bertajuk Cahaya Jalan Yang Lurus: Syarah Hikam Syeikh Ibnu ‘Atoillah Al Sakandari. Dalam buku ini ada lima bahagian kesemuanya. Dan kali ini saya akan berkongsi tentang Tasawwuf.

Definisi tasawwuf jika dicari memang banyak sekali. Syeikh Zarruq menyebut, definisi tasawwuf mencapai sehingga dua ribu penta’rifan. Semua definisi tersebut dicetuskan oleh ulama berdasarkan zauq dan pengalaman rohani yang mereka alami dalam mujahadah kepada Allah.
Abu Muhammad al-Jariri mentakrifkan tasawuf berdasarkan kepada ahli bidayah(orang yang berada di peringkat permulaan). Beliau mentakrifkan

“Tasawwuf ialah memasuki ke dalam setiap akhlak yang mulia dan keluar daripada setiap akhlak yang hina”

Imam al Syazuli pula berkata:
“Tasawwuf ialah melatih nafsu kea rah pengabdian kepada Allah dan mengembalikan nafsu di bawah hokum-hakamnya.

Imam al-Junaid pula mentakrifkan tasawwuf berdasarkan kepada ahli nihayah atau orang yang telah merasai hasil perjalanannya yang dicita-citakan. Menurutnya pula:

“Allah mematikan kamu daripada memandang kepada diri kamu (fana’) dan Dia menghidupkan kamu dengannya (baqa’).

Ini adalah darjat sufi yang paling tinggi dan sempurna. Berdasarkan kepada semua ini, ahli sufi perlu menjalani tiga peringkat berikut:

1. Bidayah
Orang yang berada diperingkat ini, akan merasai pada fitrahnya bahawa terdapat suatu hakikat yang perlu dikecapi olehnya. Hakikatnya adalah akhlak dan peradaban yang mulia. Untuk mengecapinya pula, memerlukan kepada suatu perjalanan yang berbekalkan keazaman dan niat yang jujur dan benar (ikhlas).

2. Mujahadah
Aspek amalan yang berhubung kait dengan syariat.

3. Orang yang merasai zauq
Merasai dan mencapai hasil yang dicita-citakan.

Dalam erti kata lain, peringkat tasawwuf ialah:
1. Mengenal nafsu, rangsangan dan keinginannya.
2. Menyucikan hati dan membersihkan ruh daripada sifat-sifat yang kotor dengan bermujahadah.
3. Menghiasi diri dengan sifat-sifat yang mulia dan mempertingkatkan diri dari satu maqam ke satu maqam untuk menjadi ahli sufi yang mempunyai hati yang sentiasa sibuk dan bersama dengan Allah.

Tasawwuf Islam terbit dari usul agama yang sohih dan bukannya dari mana-mana mazhab atau agama lain, sepertimana dakwaan sesetengah pihak. Semoga mendapat pengajaran daripada buku ini. Insya Allah..


Thursday, October 23, 2008

Lambang PPINS baru



Alhamdulillah, lambang PPINS sudah siap. Semua yang dirancang jika dengan niat yang betul insya allah akan dipermudahkan. Selepas ini, lambang ini akan menjadi satu pengertian bahawa PPINS akan terus relevan khususnya di muka bumi Negeri Sembilan. Doa dan komitmen yang daripada semua sangat diharapkan agar kerja dakwah kita ini akan terus mekar mewangi ke seluruh alam.


“Hidup Biar Berjasa”

“Satukanlah Hati Kami”



Layari blog PPINS

Tuesday, October 21, 2008

Terapi solat





KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.



Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. “Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.



Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah. Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.



Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu. Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.