Monday, November 17, 2008

Masihkah ada harapan?


Halim membaca buku kepada Myra... Semoga berjaya dalam SPM mereka..

"Dia nampak ke tu?" Macam nampak je aku tengok. Detik saya dalam hati. Begitu kagum saya dengan saudara kita ini. Walaupun tidak nampak tetapi cara hidup mereka tidak ubah seperti kita. Jikalau anda lihat mereka ini pasti anda juga akan berasa kagum dengan mereka.

Kurniaan nikmat yang diberikan Allah s.w.t selama ini perlu disyukuri dengan hati yang ikhlas. Nikmat yang diberikan secara azali dan tidak disedari ini membuatkan kita lupa kepada Yang Maha Esa. Walaupun nikmat ini nampak seperti biasa dan tidak selalu disentuh tetapi ia amat penting sekali dalam hidup kita.

Nikmat penglihatan yang diberikan ini amat berguna dan beruntung kepada sesiapa yang bersyukur dan mengetahui. Hal ini kerana dari pandangan mata akan jatuh ke hati dan disertakan dengan perbuatan. Jika pandangan mata dijaga, pandangan hati pun akan terjaga juga. Kita sekarang masalahnya pandangan mata tidak terjaga tetapi pandangan hati pula suruh dijaga. Nauzubillah. Pada hari ahad yang lepas, saya berkesempatan untuk membacakan buku di Sekolah Pendidikan Khas, Setapak.

Apabila sampai di Sekolah Pendidikan Khas, Setapak ini saya merasakan diri ini terlalu kerdil untuk membacakan buku kepada insan yang sangat teristimewa ini. Dalam keadaan hujan lebat, saya dan rakan-rakan seperjuangan rempuh juga demi untuk membantu dalam pelajaran mereka.

Mereka ini kebanyakannya akan menduduki SPM dan STPM. Pelajar yang sempat saya bacakan buku kepadanya bernama Sharliza. Beliau akan menduduki SPM tahun ini. Semalam beliau baru sahaja selesai menjawab kertas Sains Teras. Hari Ahad sebelum itu, saya sempat membacakan sharliza buku Sains. Habis dua bab saya bacakan kepadanya. Apabila saya membacakan buku kepadanya, satu soalan yang bermain di fikiran saya adalah mereka faham ke tidak ini saya bacakan buku kepada mereka. Hal ini kerana apabila saya bacakan buku ini, banyak jugalah bab yang saya sentuh. Contohnya seperti jenis-jenis pemprosesan makanan,jenis polimer dan sebagainya. Semua ini memerlukan kepada gambar rajah dan penghafalan. Risau juga saya takut-takut mereka tidak memahami apa yang saya bacakan.

Apabila saya fikirkan kembali, mereka ini memang sangat teristimewa. Walaupun mereka tidak boleh melihat tetapi hati mereka sentiasa melihat. Walaupun pandangan kasar tidak dapat digunakan tetapi pandangan hati mereka sentiasa berfungsi dengan baik. Selain itu juga, satu kelebihan mereka ialah mereka dapat menghafal apa yang dibacakan kepada mereka dengan baik. Kekuatan ingatan mereka sangat kuat sehingga mereka boleh mengingat ayat dan muka surat. Saya seperti saya katakan di atas membaca buku Sains. Sharliza ini dia boleh ingat bab apa yang dibaca dan juga bab-bab kecil dalam bab itu. Memang sangat mengkagumkan.

Ingatlah semua, walaupun mereka ini tidak dapat melihat tetapi hati mereka sangat bersih dan suci. Lebih suci daripada hati kita semua. Janganlah kita memperlekehkan mereka dalam apa jua yang mereka lakukan kerana kita tidak tahu kehebatan mereka yang sebenar. Kita juga pula bersyukur kerana dikurniakan pandangan mata dan gunakanlah sebaik mungkin nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. Pengalaman bersama insan istimewa ini tidak akan saya lupakan. Oleh sebab itu, pandanglah dengan pandangan hati kerana hati tidak akan menipu dan sentiasa bercakap benar.

"Semuanya bermula dari hati"

4 comments:

Fatimah bintun Qamar said...

salam ada jumpa mira x kat sana?
erm rindu nak jumpa adk kat sn..
pengalaman mengajarku erti kehidupan..teruskan membantu adk2 tersebut selagi mampu...

Sarah Azizul said...

indahnya pengalaman yang diperoleh..
kita yang dianugerahkan penglihatan kadang kala kabur mata hati..
hati ni nak pakai speak payah sikit sebab tak tau nak ukur camne powernya.
nak pakai contact lens pun tak leh jugak sebab bukan perlu cantik nak bagi hati terang.
mudahnya..banyakkan zikir dan itu yang buatkan hati kita terang. Insya ALLAH.

Ahmad Izzat Atan (AIA) said...

Salam,,
Tul tu kak.. Kalo akk nak jadi reader pun blh.. Pg je sekolah tu.. dorg mmg mengalukan kedatangan kita..

MARIATI ROSLAN said...

Memberi peluang kepada mad'u untuk merasa pengalaman baru adalah satu dakwah fardiyah terbaik.

Cuba amalkan..